Pemantauan Kantin Sekolah Rendah Sempena Pembukaan Semula Sekolah.
Pada 26 hb Februari 2021 bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, seramai 7 orang pegawai di Sektor Pembangunan Murid telah diamanahkan untuk membuat pemantauan kantin di semua sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid telah memberikan taklimat kepada semua pegawai sebelum memulakan pemantauan ke sekolah yang telah diagihkan kepada tiga kumpulan pemantau. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan ke semua kantin sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan, pihak pengusaha kantin dan pihak sekolah telah membuat persediaan sepenuhnya untuk memulakan operasi sebaik sahaja sekolah mula dibuka semula bermula 1 Mac depan. Kantin adalah dalam keadaan yang bersih serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.