Labuan-04 Ogos 2021 ( Rabu ), Unit Ko-Kurikulum SKK SK St Anne telah mengadakan kursus asas pertolongan cemas yang telah di adakan secara dalam talian. Peserta kursus ini adalah terdiri daripada murid-murid dan guru-guru dari SKK SK St Anne, SKK SK Rancha-Rancha, SK Sungai Bedaun, SK Pekan 2, SK Membedai, SK Layang-Layangan, SK Kerupang, SJKC Chung Hwa danSJKC Chi Wen
SKK SK St Anne telah menjemput Dr. Mohamad Hamim Bin Mohamad Hanifah, Ketua Jabatan Unit Kecemasan Dan Trauma, Hospital Nukleus WP Labuan untuk memberi penerangan berkaitan pertolongan cemas. Beliau telah memfokuskan ceramah kepada topik pertolongan cemas bagi kes-kes yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita seperti CPR, tercekik, luka terbakar, sawan dan patukan ular. Selain memberi penerangan mengenai pertolongan cemas, Dr. Mohamad Hamim Bin Mohamad Hanifah juga telah memberi penerangan berkaitan pengurusan Covid-19 di WP Labuan
Melalui ceramah yang diberikan murid-murid telah memperoleh pengetahuan yang sangat berharga mengenai pertolongan cemas. Adalah diharapkan murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuan ini di sekolah, di rumah dan di mana-mana sahaja mereka berada. Kursus ini juga telah dapat memupuk minat murid-murid dalam bidang pertolongan cemas dan perubatan.
Sebelum ceramah berakhir, murid-murid diberi peluang untuk mengemukakan soalan berkaitan pertolongan cemas. Murid-murid sangat teruja untuk bertanya soalan melalui ruangan komen dan mengucapkan terima kasih kepada penceramah kerana menjawab soalan mereka
Program ini berjalan lancar di mana murid-murid menunjukan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pertolongan cemas.