Labuan, 21 Jan – Unit Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling SKK SK Rancha-Rancha telah memperkenalkan Program ‘Mai Tah Ke Sekolah’ bagi tujuan menarik minat murid hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
Kelas yang mencapai kehadiran 100% setiap minggu akan menerima ‘mama token’ dan ‘baby token’ sebagai lencana simbol kehadiran penuh untuk setiap murid dalam kelas sepanjang minggu berkenaan.
Ceramah ‘Buli’ yang disampaikan oleh ASP Sukvinderjeet Singh dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK W.P Labuan.
Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran pada murid berkaitan dengan kes buli dan langkah-langkah untuk menangani kes buli.
Sekolah juga menyediakan Peti Aduan Sekolah untuk menyalurkan aduan jika terdapat kes disiplin yang perlu dilaporkan.
Berita Oleh : SKK SK Rancha-Rancha
SK Layang-Layangan : Program Transisi Penerapan Budaya “Love, Happiness and Mutual Respect”
Labuan, 18 Jan – Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan telah melancarkan Program Transisi dan Guru Penyayang 2019 yang merupakan salah satu program tahunan awal persekolahan.
Program tersebut berfokuskan kepada aktiviti-aktiviti pengenalan kepada dunia persekolahan untuk murid-murid Tahun Satu dan Prasekolah, serta pelaksanaan Dasar Guru Penyayang Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan semua guru dan murid.
Objektifnya ialah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang menjadi teras dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah atau pun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.
Program telah berlangsung selama 3 minggu iaitu minggu pertama ialah Perlaksanaan Minggu Orientasi diikuti dengan Minggu Pembentukan Kumpulan iaitu (Dinamika Kumpulan) dan Perlaksanaan aktiviti ke arah proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan meraikan Simbolik Program Transisi bersama Puan Amia.
Program ini melibatkan 2 kelas iaitu Kelas Satu Sarjana dan Satu Bestari iaitu seramai 75 orang murid.
Program ini adalah bersifat membimbing ke arah alam persekolahan formal dan menekankan amalan budaya penyayang seperti yang disarankan.
Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar, Puan Hajah Dayang Bt Hj Md Yassin menyeru semua murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti persekolahan, serta menasihatkan para murid untuk membantu menjadikan suasana persekolahan lebih selesa dan ceria disamping pemupukan nilai-nilai murni kepada murid-murid baharu.
Adalah diharapkan dengan adanya program ini, kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal dan tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan pembelajaran dan pergaulan terutamanya bagi murid yang tidak pernah ke kelas Tadika dan Prasekolah.
Majlis penutupan Minggu transisi 2019 ini bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Pusat Sumber Sekolah yang telah dirasmikan oleh En. Imbran Bin Hj. Yunus Ketua Unit Sains dan Matematik merangkap pegawai angkat SK. Layang-Layangan.
Pada majlis tersebut beliau juga turut memberi pendedahan tentang Pentaksiran Tahap 1 kepada ibu bapa dan waris murid Tahun Satu yang hadir.
Seramai 68 orang ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut begitu teruja menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahun Satu sebagai memeriahkan lagi majlis.
Hadir sama ialah Puan Amia Bte Buah Ketua Unit Bahasa Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Sebelum itu majlis dimulakan dengan para ibu bapa mendengar Taklimat Keselamatan daripada Inspt. Rose, pegawai polis angkat sekolah diikuti dengan Taklimat 1M1S dan jQaf yang disampaikan oleh ustaz Mohd. Mokhsein Bin Nasiruddin.
Berita Oleh : SK Layang-Layangan
Sebahagian ibu bapa yang hadir pada sesi Taklimat Pentaksiran Tahap 1
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha (SMKRR)
Labuan, 18 Jan – Pertandingan Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha (SMKRR) sekali lagi mencipta lakaran sejarah dengan menganjurkan acara terbabit buat kali ke-5.
Seramai 400 orang pelajar bersama ibu bapa dan komuniti terlibat dalam acara pada acara tersebut yang berlangsung seawal 7 pagi.
Larian merentas desa dimulakan dengan taklimat keselamatan yang diberikan oleh En. Muhammad Bin Abdullah selaku setiausaha sukan sekolah.
Rumah sukan Hijau menjadi juara dengan kutipan 205 mata diikuti dengan rumah sukan Kuning, 179 mata.
Turut hadir memeriahkan acara terbabit, En. Omar Baki Bin Matusin Pengetua SMKRR selaku pelepas bagi peserta.
Acara ini turut melibatkan pegawai trafik lalu-lintas daripada IPD Labuan bersama pihak Jabatan Pertahanan Awam bagi memastikan keselamatan dan kelancaran acara terbabit.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha
Majlis Penutupan Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun 1 2019
Labuan, 18 Jan – Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha telah mengadakan Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 2019 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Angkat sekolah, Puan Zaliha binti Salleh.
Program Transisi merupakan satu program untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.
Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah oleh Puan Norinnie binti Kassim, Guru Besar SKK SK Rancha-Rancha memberi penjelasan tentang kaedah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mana pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap I di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.
Hadir bersama Encik Rasid bin Jaludin, YDP PIBG SKRR dan semua ibubapa dan murid Tahun 1 SKK SK Rancha-Rancha.
Berita Oleh : SKK SK Rancha-Rancha
Merentas Desa Mewujudkan Semangat Perpaduan dan Kekitaan bagi warga SK Tanjung Aru.
Labuan, 15 Jan – Aktiviti merentas desa sesi 2019 yang dianjurkan oleh unit Ko-Kurikulum pada tahun ini disambut dengan begitu baik sekali oleh warga Tanjung Aru.
Antara objektif bagi aktiviti ini adalah untuk membina kecergasan fizikal dan mental murid dan guru melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas, memupuk semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan serta memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat Negeri.
Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas bersama PK Ko-Kurikulum sekolah, Encik Irham Bin Hamid dan diteruskan dengan aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh Puan Suliana Binti Amin bersama murid-murid.
Merentas desa dimulakan sebaik sahaja aktiviti pemanasan badan selesai. Ia disertai oleh semua murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4 sehingga tahun 6 iaitu seramai 172 murid. Catatan masa terbaik murid ialah selama 20 minit 11 saat.
Antara murid yang mendapat catatan masa terbaik bagi kategori lelaki ialah adik Abuzar Ghifari Bin Kifli, adik Muhd. Isyraf Mikhail Bin Mohd Yussof dan Muhamad Haiqiel Ong.
Manakala catatan terbaik bagi murid perempuan ialah adik Nurfatin Erdanie Binti Mohd Rezal, adik Sharifah Syaedatul Syuhadah Binti Habib Kadir dan adik Roselyn Christina Reynold Gonzales.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh perasmi aktiviti merentas desa iaitu Sarjan Mejar Mohd Ridwan Abdullah.
Kunjungan Ketua Polis Labuan Pada Hari Pertama Persekolahan
Labuan, 7 Januari – Ketua Polis IPD Labuan Superintendan Hj Mohamad Farid bin Ahmad dan rombongan telah membuat kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan pada 2hb Januari 2019 iaitu pada hari pertama persekolahan tahun 2019.
Ketika berucap dalam perhimpunan pagi, Superintendan Hj Mohamad Farid menyeru murid-murid sekolah sentiasa memberi tumpuan kepada pelajaran dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang bertujuan memupuk kebolehan diri serta meningkatkan kualiti sahsiah diri.
Murid-murid mesti mempunyai kekuatan untuk menghindarkan diri daripada risiko dan pengaruh yang tidak baik daripada rakan-rakan sebaya.
Kesilapan dalam membuat pertimbangan akan menjejaskan tumpuan kepada pelajaran dan usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Beliau juga berharap, murid-murid dapat bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis , memberi maklumat berkaitan kegiatan-kegiatan tidak sihat yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan.
Tujuannya supaya kegiatan tersebut dapat dibanteras dan murid-murid yang terlibat tidak terjerumus dalam kegiatan yang merosakkan masa depan mereka.
Pihak polis akan sentiasa membantu pihak sekolah dari segi pencegahan dan pembangunan diri murid-murid kerana itu merupakan sebahagian daripada sumbangan pihak polis kepada masyarakat.
Sementara itu, dalam ucapan aluan Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah, pihak sekolah sangat menghargai komitmen pihak IPD membantu sekolah dalam hal berkaitan pencegahan jenayah dan aktiviti-aktiviti tidak sihat dalam kalangan murid SMK Labuan.
Pihak sekolah telah mewujudkan medium komunikasi whatsapp bersama pegawai perhubungan polis untuk memudahkan penyaluran maklumat dari kedua-dua pihak.
Semoga kerjasama ini dapat membantu memudahkan usaha sekolah melakar kejayaan dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang, memberi peluang kepada ramai murid terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh membawa nama baik SMK Labuan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Turut hadir DSP Firdaus bin Ramli, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, ASP Syed Asrul Sani bin Syed Adnan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Labuan, merangkap Pegawai Perhubungan Polis SMK Labuan, ASP Sukvinderjeet Singh, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Labuan, En Mohd Nizam bin Yasim, Pegawai Sektor Pengurusan Akademik JPWP Labuan, merangkap Pegawai Angkat SMK Labuan, Ustazah Marziawati binti Mardan, Penolong Kanan HEM SMK Labuan, En Cheah Teong Aik, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Labuan, En Saminan bin Sabtu, Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam, SMK Labuan.
Dari Kiri, ASP Syed Asrul Sani, Encik Ismail, Encik Nizam, Superintendan Hj Mohamad Farid, DSP Firdaus dan ASP Sukvinderjeet Singh
Berita Oleh: Encik Ismail Abdullah Pengetua SMK Labuan
SMK Labuan Raih 3 Anugerah Sempena Majlis Apresiasi PIBK WP Labuan 2018
Labuan, 28 Nov – SMK Labuan telah meraih tiga anugerah sempena Majlis Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 pada 23 November 2018 di salah sebuah hotel di Labuan.
Tiga anugerah yang diraih oleh SMK Labuan ialah Anugerah Ikon PIBK Dalam Pembangunan Kokurikulum Sekolah Menengah, Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Sekolah Menengah dan Anugerah Khas PIBK (Program PIBK Terbaik 2018).
Menurut Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah, kemenangan ini adalah hasil daripada komitmen semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan komuniti yang secara sukarela menyumbang kewangan dan tenaga menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.
Harapan agar pengurusan PIBG dan aktiviti PIBK akan lebih terancang dan teratur. Pelan Strategik SMK Labuan 2019-2025 telah meletakkan Hubungan Komuniti sebagai Matlamat Strategik yang keempat. Ini akan memperkasakan pengurusan PIBG dan memantapkan lagi aspek pelibatan komuniti. katanya.
PIBG dan PIBK diyakini akan membawa impak besar kepada kemenjadian murid-murid SMK Labuan jika pelibatan ibu bapa dan komuniti lebih menyeluruh.
Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut YB Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan dan Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir Puan Maimoon binti Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Puan Norismah binti Abd Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik.
Pencapaian Membanggakan SMK Labuan dan SMK Lajau : Karnival Inovasi Teknologi Hijau Kebangsaan 2018
Labuan, 27 Nov – SMK Labuan meraih tempat ketiga Pertandingan Inovasi Bio Jisim sempena Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 pada 21-23 November 2018 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor.
SMK Labuan diwakili oleh tiga pelajar tingkatan 4 SMK Labuan iaitu Nurul Syahidah Binti Azzril, Nur Ain Rabiatul Farraliza Binti M.Kasim dan Umi Khairunnisa Binti Muhammad Asri. Cikgu Anggarab melibatkan
Pelajar tingkatan 4 tersebut dibimbing oleh Cikgu Isabella Kim dan Cikgu Nur Farhanah Binti Mohamed Ibrahim menerima sijil, trofi dan wang tunai RM 500.
SMK Lajau juga turut meraih tempat kedua dalam Pertandingan Green Cooker Challenge.
Karnival Inovasi Teknologi Hijau ini merupakan salah satu aktiviti bagi memberi kesedaran teknologi hijau kepada sekolah merentasi kurikulum dan kokurikulum bagi pemantapan pendidikan lestari.
Acara ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Untuk rekod, Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018 merupakan acara tahunan dan SM Sains Labuan pernah meraih Naib Johan Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau pada tahun 2016.
Syabas Tahniah diucapkan kepada SMK Labuan dan SMK Lajau di atas pencapaian membanggakan pada Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018. Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Bermula disini !
SMK Labuan, SK Sungai Bedaun Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018
Labuan, 20 Nov – SMK Labuan muncul Johan Kategori Sekolah Menengah Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018 yang berlangsung di Dataran Labuan, hari ini.
Kontinjen SMK Labuan diwakili oleh 40 orang peserta terdiri daripada guru-guru, staf dan murid-murid, diketuai oleh En Ismail bin Abdullah, pengetua SMK Labuan.
Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih atas penyertaan guru-guru dan staf SMK Labuan serta ibu bapa yang membenarkan penyertaan anak-anak mereka dalam perarakan tersebut.
Apa yang penting ialah penghayatan terhadap majlis Maulidur Rasul dalam kalangan peserta, katanya.
Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat : Y.B Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan.
Turut hadir Dato’ Sri Hj Amir bin Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan
Untuk Rekod, Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018, Kategori Sekolah Rendah telah dimenangi oleh SK Sungai Bedaun.
SM St. Anthony Beri Pengikhtirafan Atas Kemenjadian Murid dan Sumbangan Komuniti Dan Ngo Labuan
Labuan,16 Nov – SM St. Anthony ( SAS ) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan W.P.Labuan iaitu Puan Amiah Binti Bua , Ketua Unit Bahasa Sektor Pengurusan Akademik, selaku Pegawai Angkat Sekolah ini mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua, guru-guru dan para pelajar sekolah ini kerana berjaya mengadakan majlis yang meriah dan bermakna. Dalam ucapan perasmian, Amiah menyatakan bahawa semua penerima anugerah pada pagi ini telah membuktikan kemenjadian murid di sekolah ini, bersesuaian dengan tag line Jabatan Pendidikan W.P. Labuan iaitu Kemenjadian dan Kecemerlangan murid dicipta di W.P.Labuan, segalanya bermula di sini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Chia Sia Theng selaku Yang Dipertua PIBG , IR Friddy Fu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SAS dan ASP Sammy Newton, Ketua Jabatan PolisTrafik, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah serta En Mohd Al-Ghaffar Bin Mohamad Maidin Ketua Unit Pusat Ko Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.
Pengetua Sekolah Menengah St. Anthony, Puan Dona Binti Undoh ketika ditemui menjelaskan di antara objektif utama penganjuran majlis ini ialah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan ke atas kejayaan para pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid. Selain itu pihak sekolah juga memberikan penghargaan atas usaha , komitmen dan sumbangan guru-guru sekolah ini. Dona mengucapkan tahniah kepada warga SAS atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam iaitu SPM 2017 iaitu 92.41%, berbanding 84.14% pada tahun 2016, dengan peningkatan GPS 5.70 kepada 5.49. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 tahun 2017.
Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM
Gilbert Sipaun JR 1A+, 2A dan 3A-
Amanda Ker 2A+. 4A, 2B+ dan 1C
Pelajar Cemerlang PT3:
Oliver Aaron Julinoh 8A, 1B
Christopher Moh Xen Hui 7A, 2B
Schneider Bern J Marahang 7A, 2B
Dona juga menyatakan bahawa pihak sekolah amat berbangga kerana telah meraihkan beberapa kejayaan dalam pertandingan kokurikulum hasil sokongan padu para ibu bapa dan bimbingan para guru.
Kejayaan peringkat antarabangsa:
Adik Bryan Chin dalam Brunei Age Group Swimming Championship 2018 ( pingat perak dan gangsa )
Acara Labuan Cross Channel Swimming Challenge ( Tempat ke-4 )
Emily Lo Siew Ping ( Tg. 4 Sirius ) Pingat emas/ 1st place senior category
Oliver Aaron Julinoh ( Tg. 4 Orion ) Pingat Perak/2nd place senior category
Jediah Yap Lok Sun ( Tg. 3 Sirius ) Pingat Perak/ 2nd place junior category
Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat Kebangsaan
Allson Shauyie Say ( Tg. 4 Sirius ) ketiga – acara aspec Challenge
Aiman Afiq B. Ismail- Johan Choreo-grapher/ Karegrafer Terbaik Pgkt Kebangsaan bagi Malam Kebudayaan .
Pertandingan Sahibba Kebangsaan
Garry Fresco Simon ( Tg. 1 Sirius ) Tempat ke-9 Kebangsaan
Kejayaan peringkat negeri:
Nazeera Anak Jerah – Emas Merejam lembing / cipta rekod baru dan mewakili WPL ke MSSM
Alster De-Caprio Bilisus – Emas Rejam lembing LB18
Akmal Zul Rizal Bin Yussop – Emas 5000M Jalan Kaki
Kejohanan Badminton – 4 Pingat emas, 3 Perak dan 2 gangsa dan berjaya meghantar 2 wakil ke kebangsaan iaitu Alexvincent Mantoi ( LB15 ) dan Wong Jun Po ( LB18 )
Johan Pertandingan Ping Pong, Bola Keranjang , Puisi, Robotik ( Junior Challenge) wakil ke kebangsaan, Sahibba, LOFSA Scrabble, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat, Pertandingan Bola Keranjang, Pertandingan deklamasi sajak dan Karate Championship.
Dalam bidang Hal Ehwal murid pula pihak sekolah berusaha mencapai KPI KPM bagi kehadiran murid 95% dan ke atas bagi bulan : Jan, Mac, April, Ogos dan September ( 5 bulan )
Jumlah kehadiran penuh bagi murid-murid SAS meningkat daripada 46 pada tahun 2017 kepada 51 orang pada tahun ini. Atas kerjasama para ibu bapa dan sikap sayang murid kepada sekolah, SAS menjadi Johan Pertandingan Kelas Ceria peringkat WPL pada bulan Mac ( dimenangi oleh kelas 1 Sirius ) dan Johan pertandingan sekolah bersih dan ceria fasa kedua, seterusnya memenangi Naib Johan dalam penilaian
Dona menjelaskan warga sekolah amat berbesar hati kerana SAS sebahagian daripada milik komuniti di Wilayah ini yang sentiasa prihatin dan menghulurkan bantuan untuk keperluan sekolah. Saya ingin memaklumkan bahawa Sekolah Menengah St. Anthony merupakan sekolah bantuan modal yang sama status seperti SRJK ( C ) Chi Wen dan SRJK ( C ) Chung Hwa yang diurus oleh sebuah Lembaga Pengurusan Sekolah dalam aspek pembangunan fizikal dan tanah . Menurut Pengetua sekolah , SM. St. Anthony mempunyai 443 orang murid yang terdiri daripada murid pelbagai kaum yang majoritinya murid berbangsa Cina iaitu lepasan murid dari SJK ( C ) Chi Wen dan SJK ( C ) Chung Hwa, bumiputera Sabah , Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dari SKK St. Anne, SK Pekan 1, SK Pekan 2 dan SKK St. Anne , SKK Rancha-Rancha dan SK Membedai
Dona juga memaklumkan bahawa sekolah ini menerima bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan berupa kupon makanan RM5 kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Selain itu pihak NGO iaitu LIONS CLUB Mandarin menyumbangkan RM7,500 bagi program pemakanan berkhasiat kepada murid kurang mampu. Pada pagi ini Pihak sekolah memberikan penghargaan sebagai tanda ingatan dan ucapan terima kasih kepada individu yang banyak memberikan sumbangan dalam membantu sekolah ini sebagai sebuah sekolah bantuan modal:
LIONS CLUB of Labuan Host
Atas sumbangan seunit penghawa dingin dan seunit pencetak kepada pihak sekolah
Encik Alex Lee Hyen Yan
Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah dan 6 unit komputer tahun 2018
Encik Tan Wen Guan
Atas sumbangan 3 unit komputer
Chuan Huat Trading Company
Atas sumbangan barangan jualan sempena Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018
Best Mark Centre
Atas sumbangan 53 kotak besar minuman sempena jualan Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018
Encik Goh Kok Heung
Atas sumbangan kertas A4 ( 15 kotak )
Vision Technology Solution
Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
Encik Goh Chan
Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
Galaxy Piling & Construction Sdn. Bhd
Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
Asian Supply Base Sdn. Bhd
Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun dan sumbangan wang tunai RM1000.00 sempena Hari Kantin Sekolah tahun 2018
Encik Antoh Jagang
Atas sumbangan peralatan elektrik dan penyelenggaraan kecil sekolah
Pihak media –Utusan Borneo, New Sabah Times, See Hua dan Daily Express
Atas sumbangan penulisan berita dan sokongan pihak media kepada sekolah sepanjang tahun 2018
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan para ibu bapa, pihak NGO, dua buah sekolah jiran iaitu SKK St. Anne dan SM St. Anne dalam menjayakan Projek Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018 yang lalu yang bertujuan untuk membeli komputer bagi keperluan Makmal Komputer Sekolah untuk kegunaan murid-murid di sekolah ini. Projek Hari Kantin Sekolah telah berjaya mengumpul RM15,268.40 ( 210 penyumbang ibu bapa dan 10 pihak NGO. Dari projek ini pihak sekolah dapat membeli 9 unit komputer selaras dengan perkembangan dunia digital dan keperluan ICT dalam pendidikan. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang individu budiman yang sudi menderma 9 unit komputer , iaitu encik Alex Lee Hyen Yan yang menyumbangkan 6 unit dan encik Tan Wen Guan menyumbangkan 3 unit.
Dona berharap sekolah ini akan terus berkembang maju dan melahirkan pelajar-pelaja yang mempunyai nilai dan sahsiah terpuji , berdisiplin , mempunyai sikap berdikari , berkepimpinan/ leadership , semangat perpaduan dan “sense of belonging” yang tinggi terhadap sekolah. Beliau mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang tinggi para Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, staf sokongan, para ibu bapa, para penyumbang sekolah, para pelajar sekolah dan seluruh warga sekolah yang telah menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah pada tahun ini. Dona juga merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan Jabatan Pelajaran Pendidikan W.P.Labuan kepada sekolah ini, khususnya atas kehadiran Pn Amiah Bua yang sudi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah ini.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah St. Anthony Tahun 2018