Program Bimbingan Berterusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SSN SMK Mutiara WP Labuan
Labuan, 31 Jan 2023 – Seramai 6 orang Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM, 2 orang Pegawai dari Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan JPWP Labuan Dan 1 orang Pegawai Sektor Pendidikan Khas JPWP Labuan telah datang Ke SSN SMK Mutiara bagi melihat pelaksanaan PASM khususnya Pentaksiran MBPK Di PPKI SSN SMK Mutiara.
Kehadiran Rombongan disambut oleh Encik Ag. Rozlan Bin Manan (Pengetua SSN SMK Mutiara), Puan Roslaniah Binti Zainal (Penolong Kanan Pendidikan Khas), Guru Pendidikan Khas Dan Pembantu Pengurusan Murid.
Program dimulakan dengan Pembentangan Profile Sekolah dan PPKI oleh Tuan Pengetua SSN SMK Mutiara. Kemudian, lawatan ke kelas PPKI untuk melihat aktiviti kemahiran MBPK.
Pembentangan Profile Sekolah dan PPKI oleh Tuan Pengetua
Seterusnya ke Makmal Komputer untuk bimbingan pelaksanaan PASM yang telah di buat oleh guru Pendidikan Khas. Beberapa isu PASM yang dialami oleh guru turut disampaikan semasa bimbingan.
Wakil Pegawai LPM iaitu Tuan Hj Shamsulamri, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembinaan Instrumen Alternatif, menyampai rasa bangga atas kesungguhan pihak sekolah melaksana Pentaksiran MBPK Di PPKI. Beliau mengingatkan pihak sekolah membuat perancangan pelaksanaan EBAI agar dapat membantu MBPK dalam kebolehpasaran di bidang kerjaya atau latihan tertinggi.
Program ditutup dengan Penyampaian Cenderahati dari Pihak Lembaga Peperiksaan kepada pihak sekolah. Sebelum bersurai, rombongan menikmati Jamuan ringan Di Bilik Mesyuarat.
Berita Oleh : SMK Mutiara
Lawatan ke Kelas PPKI melihat aktiviti Murid kemahiran VokasionalPenyampian cenderamata oleh Wakil Pegawai LPM
SSN SMK Mutiara Berjaya Anjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Untuk Calon SPM 2022
Labuan: SSN Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara telah mengambil inisiatif suntikan motivasi dengan mengadakan Majlis Solat Hajat dan bacaan Yasin serta bacaan doa untuk memohon hadrat Allah SWT agar memperkenankan segala usaha selama ni dan seterusnya mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 SSN SMK Mutiara di Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun yang akan menduduki ujian bertulis bermula bulan Februari 2023 ini.
Majlis Bacaan Yasin ,Tahlil ,Doa dan Solat Hajat anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SSN SMK Mutiara telah diadakan pada 26 Januari 2023 lalu yang turut disertai oleh Yang Ybhg. En. Yusop bin Haji Mohamad , Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, En. Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Labuan, En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara, En. Mohd Rashidi Awang Jaman, Yang Dipertua PIBG SSN SMK Mutiara,Tuan Haji Minggu bin Haji Mat Noh, Pengerusi Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun, Al-Fadhil Ustaz Anuar bin Mat Saad, Ketua Imam Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun, para ibu bapa dan guru serta murid-murid Tingkatan Lima SSN SMK Mutiara. Turut menghadiri majlis ini adalah jemaah masjid daripada komuniti penduduk di sekitar Kampung Sungai Bedaun sebagai tanda sokongan moral terhadap usaha murni pihak sekolah.
YBhg. Encik Yusop bin Haji Mohamad , Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan mengharapkan ibu bapa sentiasa menyuntik semangat kepada anak -anak dan mendoakan mereka agar dapat mencipta kejayaan dalam akademik. ‘”Usaha daripada murid itu sendiri amatlah penting kerana tiada jalan pintas untuk mencapai sebuah kejayaan dalam hidup ini,” Ujar beliau semasa menyampaikan amanat dalam majlis ini.
Program yang telah dijalankan ini mendapat sambutan yang baik oleh guru-guru dan murid-murid. Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru-guru untuk menjayakan program ini juga amat memberangsangkan. Besarlah harapan agar program yang dijalankan ini dapat memberi impak dan manfaat yang berguna kepada semua murid dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini.
En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara berkata bahawa jumlah calon SPM bagi SSN SMK Mutiara pada tahun ini adalah seramai 125 orang yang telah berdaftar.Beliau berharap agar calon SPM 2022 ini sentiasa mempunyai daya saing yang positif sesama rakan mereka untuk mencapai kejayaan. “Adalah diharapkan semua urusan calon SPM 2022 ini dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah dan sentiasa bersemangat. Program ini sangat penting memberi kesedaran dan pedoman kepada para murid betapa perlunya memohon kepada Allah S.W.T selain usaha kita sendiri, “, kata beliau dalam menyuntik semangat serta harapan kepada semua murid yang telah hadir.
Bacaan Yassin sempena program ini telah dipimpin oleh Ustaz Haji Sahrum bin Samlan, imam Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun,manakala Solat Hajat pula dipimpin oleh Ustaz Haji Zainal Bin Abdul Wahab, Guru Bahasa Arab SSN SMK Mutiara . Majlis diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur program iaitu pihak Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SSN SMK Mutara.
Duduk dari kiri: AlFadhil Ustaz Haji Sahrum Samlan memimpin bacaan Yasin ,Tahlil dan Doa Tahlil bersama-sama YDP PIBG SSN SMK Mutiara , En. Mohd Rashidi Awang Jaman, Yang Dipertua PIBG SSN SMK Mutiara Sesi 2022-2024Duduk dari kiri: Encik Hisham bin Abdul Aziz,PK Pentadbiran SSN SMK Mutiara, En. Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Ustaz Zainal Abdul Wahab, Penyelaras Program Solat Hajat Perdana Calon SPM SSN SMK Mutiara 2022.
Ybhg. En Yusop bin Haji Mohamad , Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan sedang menyampaikan amanat kepada calon SPM 2022 anak-anak murid SSN SMK Mutiara.En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara sedang menyampaikan ucapan aluan kepada semua hadirin yang hadir.Bergambar kenangan warga SSN SMK Mutiara bersama-sama Ybhg En. Yusop bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan para pegawai Jabatan Pendidikan WP Labuan (JPWPL) serta jemaah Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun.Duduk dari kiri:Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab, Penyelaras Program Solat Hajat Perdana SSN SMK Mutiara 2023, En. Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Labuan,Ybhg. En. Yusop bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara, En. Mohd Rashidi Awang Jaman, Yang Dipertua PIBG SSN SMK Mutiara,Tuan Haji Minggu bin Haji Mat Noh dan En. Mohd Rashidi Awang Jaman, Yang Dipertua PIBG SSN SMK Mutiara. Turut bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja Program Solat Hajat Perdana Calon SPM 2022 SSN SMK Mutiara
Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Bagi Persediaan Kepada Calon SPM 2022
Labuan, 28 Januari – Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) berjaya menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana bagi calon SPM 2022 khususnya pelajar beragama Islam pada 28 Januari 2023.
Program ini dilaksanakan bertempat di Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk sifat rendah diri dan kebergantungan hanya kepada Allah. Selain itu, memberi kesedaran kepada pelajar bahawa solat sunat dapat memberikan ketenangan pada diri.
Program dimulai dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Nik Fazli bin Nik Abdul Razak selaku ketua penyelaras program. Seterusnya, solat hajat diketuai oleh Ustaz Sahrum bin Samlan.
Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Nik Muhammad Fazli bin Nik Abdul Razak
Seramai 34 calon pelajar SPM 2022 turut hadir bersama ibu bapa bagi menjayakan program ini, disertai juga seramai 24 guru-guru muslim SMKTPB.
Turut hadir Encik Yusup bin Haji Mohamad, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Norazita binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMKTPB, Ustaz Mohd Fadzli bin Syeikh Abdul Rahim, Penolong Pengarah SPI JPWPL, Encik Minggu bin Hj Matnoh, Pengerusi Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun serta Encik Heidar Hussein bin Md Rashid, YDP PIBG SMKTPB.
Selesai solat hajat, program diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMKTPB. Puan Norazita mengharapkan pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM ini membuat persediaan yang sebaiknya dengan memperbanyakkan latihan berkaitan soalan yang tidak difahami. Beliau turut mendoakan agar semua calon SPM 2022 memperoleh kejayaan yang cemerlang.
“Saya berharap pelajar dapat melaksanakan serta mengamalkan solat-solat sunat seperti dhuha, hajat dan sentiasa berdoa memohon pertunjuk daripada-Nya dalam apa jua keadaan” katanya.
Manakala, Encik Yusup bin Haji Mohamad juga turut mengingatkan kepada calon untuk melakukan yang terbaik dalam SPM kerana sijil ini merupakan penentu kepada masa hadapan dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dengan bersungguh-sungguh.
“Dalam saat menghadapi peperiksaan, anak-anak murid perlulah sentiasa menjaga kesihatan, kuatkan emosi dan rohani serta kerap membuat latihan ulangkaji”. Encik Yusup bin Haji Mohamad
Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan sumbangan kepada pengerusi Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun.
Encik Yusuf bin Haji Mohamad (dua kiri) diiringi Puan Norazita binti Md Nor @ Shamsuri menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun
Majlis Interaksi Akademik Bersama Ibu Bapa/Penjaga Murid Tingkatan 5 SMK Taman Perumahan Bedaun
Labuan, 14 Januari – Pada hari Sabtu yang lalu, SMK Taman Perumahan Bedaun telah mengadakan Majlis Interaksi Akademik Bersama Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tingkatan 5 bagi membincangkan pencapaian murid dalam Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2022.
Seramai 69 orang ibu bapa atau penjaga yang menghadiri program ini bersama dengan anak masing-masing bertujuan untuk mengambil slip Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2022 dan dan slip Inventori Minat Kerjaya (IMK) daripada ujian Psikometrik Unit Bimbingan dan Kaunseling. Turut hadir sebagai tetamu kehormat iaitu Encik Mohd Nazri Bin Mustapa, Pegawai Angkat Sekolah, SMK Taman Perumahan Bedaun.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membincangkan halatuju dan perkembngan pembelajaran murid terutamanya murid Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Selain itu, perkongsian idea antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga dapat dieratkan serta hubungan seterusnya meningkatkan kerjasama antara ibu bapa/ penjaga dan guru-guru dalam menangani masalah murid sama ada dari segi kehadiran, sahsiah dan prestasi akademik.
Ibu bapa/ penjaga beserta anak murid Tingkatan 5 yang hadir mendengar pembentangan dari pihak sekolah.
Puan Viviana Ayu Saidin, guru bimbingan dan kaunseling SMK Taman Perumahan Bedaun, membentangkan data psikometrik murid tingkatan 5 iaitu Inventori Minat Kerjaya (IMK). Dalam pembentangan beliau, Puan Viviana Ayu menyatakan kepentingan IMK ini adalah untuk pemilihan kerjaya berdasarkan ekspresi personality individu.
Daripada enam aspek personality, murid tingkatan 5 SMK Taman Perumahan bedaun menunjukkan data paling tinggi pada aspek investigative (32 daripada 88 orang murid), diikuti oleh sosial (19 daripada 88 orang murid). Seterusnya, konvensional (16 daripada 88 orang murid). Realistic mencatatkan 10 daripada 88 orang murid, manakala artistic mencatatkan 7 daripada 88 orang murid. Aspek terendah ialah enterprising iaitu hanya 4 daripada 88 orang murid.
Selepas pembentangan IMK, Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua, SMK Taman Perumahan Bedaun membentangkan mengenai Perkembangan pencapaian murid Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Puan Norazita memulakan pembentangan dengan menunjukkan countdown hari SPM serta tatikh-tarikh penting SPM sama ada Ujian Amali Sains Bersepadu (UAS), Ujian Lisan Bertutur dan Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta Ujian Bertulis SPM yang bermula 30 Januari 2023 sehingga 15 Mac 2023.
Dalam pembentangan laporan pencapaian prestasi calon SPM berdasarkan peperiksaan percubaan tahun 2022, Pengetua menyatakan bahawa GPS sekolah masih jauh lagi untuk mencapat target SPM yang ditetapkan oleh sekolah iaitu 4.78. Peratus layak sijil juga belum mencapai 100 peratus seperti yang diharapkan untuk pencapaian SPM murid.
Puan Norazita Binti Md Nor @ ShamsuriPuan Viviana Ayu Saidin
Dengan itu, pengetua menyatakan harapan sekolah agar murid dapat hadir ke sekolah sepanjang waktu persekolahan dan melibatkan diri 100 % dalam PdP dan kelas bimbingan MASTERI yang diadakan oleh pihak sekolah. Murid juga hendaklah menjaga hubungan baik dengan guru, ibu bapa, ahli keluarga dan orang sekeliling. Selain itu, pihak sekolah juga memberikan motivasi diri kepada murid agar motivasi mereka dapat dipacu sepanjang waktu pembelajaran melalui Bimbingan Kaunseling. Akhir sekali, harapan sekolah agar ibu bapa dapat memberikan sokongan moral terhadap pembelajaran anak dan terhadap aktiviti/ program sekolah.
Selepas sesi pembentangan, sesi pengagihan Slip Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2022 dan slip Inventori Minat Kerjaya (IMK) oleh guru kelas diadakan di Dataran Bedaun untuk Murid Tingkatan 5sekaligus perbincangan perkembangan murid antara ibu bapa dan guru kelas.
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun
Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, (Pengetua, SMKTPB) dan Encik Mohd Nazri Bin Mustapa(Pegawai Angkat SMKTPB) mengikuti sesi perbincangan antara guru kelas, ayah dan murid kelas 5 Alfa.
Bakat Pemain Boling Padang SMK Pantai Cemerlang
Labuan, 16 Januari – Pemain-pemain boling padang SMK Pantai telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan peringkat WP Labuan.
Nur Aimileeya Ismail murid tingkatan dua SMK Pantai merupakan pemenang pingat emas kategori Women Fours Kejohanan SUKMA 2022.
Baru-baru ini pada 1 Januari 2023 Nur Aimileeya bersama pasukannya telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Lawn Bowls Open Triples yang berlangsung di Arena Boling Padang WP Labuan dan memenangi hadiah RM6000.00.
Nur Aimileeya bersama pialaNur Aimileeya bersama pasukan
Sementara itu Nur Farah Faizah binti Roziman murid tingkatan satu SMK Pantai muncul sebagai naib johan kejohanan tersebut bersama pasukannya iaitu abang dan kakaknya dan memenangi hadiah RM4000.00.
Tempat ketiga juga dimenangi oleh Nur Khairunnisa murid tingkatan 4 SMK Pantai bersama pasukannya dan memenangi RM2000.00.
Pihak sekolah akan terus memberi sokongan dan dorongan agar lebih ramai murid SMK Pantai menyertai dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam permainan boling padang. Kerjasama dan sokongan ibu bapa juga merupakan faktor utama kejayaan murid-murid berkenaan.
Semoga kejayaan murid-murid ini akan membantu WP Labuan mencapai kejayaan dalam sukan boling padang peringkat kebangsaan dan berharap suatu hari nanti ada di antara murid-murid ini yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan boling padang peringkat antarabangsa.
Berita Oleh : SMK pantai
Nur Farah Faizah (3 dari kiri) bersama pasukannya dan pasukan lawan.Nur Khairunnisa (tengah) bersama rakan sepasukan
Murid SMK Pantai Meraih Kejayaan Taekwondo Antarabangsa
Labuan, 10 Januari – Dua orang murid SMK Pantai telah meraih kejayaan membanggakan dalam kejohanan taekwondo peringkat antarabangsa pada akhir tahun 2022.
Rosyam Qusyairi bin Aspar murid Tingkatan 4 SMK Pantai telah memperolehi satu pingat emas dalam Kejohanan AOT Cup 3rd Open International Taekwondo Championship 2022 yang berlangsung pada 28-20 Disember 2022 di Ryan International School, Bengaluru India.
Kejohanan tersebut disertai oleh 7 buah Negara iaitu India, Malaysia, Ethiopia, Ghana, Amerika Syarikat, Nepal dan Bangladesh.
Rosyam merupakan peserta tunggal dari WP Labuan bersama 10 orang peserta lain mewakili Malaysia bertanding di bawah Kelab Taekwondo MTH (WTF).
Encik Ismail bersama pemenang pingat emas Rosyam Qusyairi (kiri) dan pemenang pingat perak Mohammad Farish (kanan)
Sementara itu, Mohammad Farish Shamir bin Kasmir, murid Tingkatan 4 SMK Pantai telah berjaya memenangi pingat perak dalam Kejohanan 2nd Korea Ambassador Cup yang berlangsung di Negara Brunei Darussalam. Kejohanan disertai oleh Malaysia, Korea dan Negara Brunei Darussalam. Mohammad Farish Shamir juga menyertai kejohanan tersebut di bawah Kelab Taekwondo MTH (WTF),
Diharap pencapaian kedua-dua murid ini akan meningkatkan semangat mereka untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini dan memupuk minat murid-murid lain untuk terlibat dalam aktiviti Taekwondo.
Phak sekolah akan terus memberi galakan dan sokongan kepada murid-murid selaras dengan slogan “SMK Pantai Mengangkat Martabat Murid” dan salah satu Fokus Kerja 2023 SMK Pantai iaitu “Pengantarabangsaan”.