SPM 2025 SMK PANTAI MENINGKAT, 7 CALON CEMERLANG DIHASILKAN

Labuan, 31 Mac 2026 – SPM 2025 membawa berita gembira kepada semua warga SMK Pantai serta para ibu bapa. SMK Pantai WP Labuan telah mencatatkan peningkatan dalam Peratus Layak Mendapat Sijil (LMS), Gred Purata Sekolah (GPS) dan bilangan Calon Cemerlang Semua A dalam SPM 2025 yang diumumkan pagi tadi di Dewan SMK Pantai.
Pengetua SMK Pantai, Encik Ismail Abdullah berkata, jumlah calon SPM SMK Pantai 2025 ialah 195 orang. Peratus LMS telah meningkat daripada 98.94% pada SPM 2024 kepada 98.97% pada SPM 2025. GPS juga semakin baik daripada 4.57 (2024) kepada 4.38 (2025), manakala bilangan Calon Cemerlang Semua A telah meningkat daripada 4 orang (2024) kepada 7 orang (2025).
Pencapaian Peratus LMS SMK Pantai mengatasi peratus LMS Negeri WP Labuan (97.70%) dan Gred Purata Negeri WP Labuan (4.65)
Aqil Zafran bin Mohd Zaccaria mendahului senarai 7 murid cemerlang dengan pencapaian 8A (2A+, 6A). Anak kepada Cikgu Anna Hairani Ahmad (guru SK Pantai) ini telah mencapai gred A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam dan gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Perniagaan dan Ekonomi.
Murid-murid lain yang mencapai keputusan cemerlang semua A ialah Fellinzuella Mias anak Joshua (7A, 2A-), Muhammad Eiman Sufi bin Sazali (4A, 5A-), Nur Afiqah ‘Ammarah binti Edy (7A, 1A-), Nur Syakina binti Elvis (1A+, 5A, 2A-), Nur Damia Batrisya binti Mohd Yusri (6A, 2A-), dan Auni Firdina binti Noradzmi (6A).


Seramai 4 orang murid telah mencapai 8A iaitu Melvern Liew Ming Wen (1A+, 5A, 2A-,1B+), Deinna Bryna Kong (2A+, 6A, 1C), Nur Aimileeya binti Ismail (1A+, 7A, 1C+), dan Nurul Ain binti Hassan (2A+, 5A, 1A-, 1D).
Seramai 3 orang murid mencapai 7A iaitu Muhammad Syahputra Hafify El (1A+, 3A, 3A-, 2B+), Nur Syafiah Haziqah binti Friddin (3A+, 4A, 1B+), dan Nur Hasya Raihana binti Herifian (3A, 4A-, 1B, 1C+, 1D).
Seramai 5 orang murid mencapai 6A iaitu Nur Izzati Irdina binti M Jefree (5A, 1A-, 2B+, 1B), Ahmad Rifqie bin Mohd Zaki (4A, 2A-, 1B+, 1B, 1C+), Alyia Liliana Putri binti Norhadi (5A, 1A-, 1B, 1C+, 1C), Nur Mashita binti Masir (1A+, 3A, 2A-, 2B+, 1C+), dan Nurul Fifi Darwina (2A, 4A-, 1B, 1C).
Sebanyak 10 mata pelajaran mencapai kelulusan 100% iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Kesuasateraan Melayu Komunikatif, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi, Sains Komputer, Grafik Komunikasi Teknikal dan Tasawwur Islam.
Manakala 10 mata pelajaran mencatat peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran iaitu Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Ekonomi, perniagaan, Grafik Komunikasi Teknikal dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
Encik Ismail Abdullah berkata :
“Faktor-faktor utama peningkatan pencapaian ini ialah penetapan hala tuju yang jelas kepada semua murid, strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang terancang dan teratur, usaha dan kesungguhan belajar murid, komitmen dan kebersamaan pihak ibu bapa serta bantuan pihak komuniti dan pihak luar.”




























































































