ANUGERAH PERAK PdP ABAD KE 21
JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PERINGKAT KEBANGSAAN 21-23 OGOS 2016 NAMA PEGAWAI: SURIANI ALLAN RICE OXLEY
JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PERINGKAT KEBANGSAAN 21-23 OGOS 2016 NAMA PEGAWAI: SURIANI ALLAN RICE OXLEY
SMK LABUAN PERTANDINGAN CABARAN SAINS KEBANGSAAN 18 OGOS 2016 NAMA MURID: TAN YONG LI, ELENA KANG REN WEI, KOK HUI TAOK GURU PEMBIMBING: FARHANAH MOHAMED IBRAHIM
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan muncul juara pertandingan Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) selepas menewaskan tiga sekolah lain.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah pula muncul naib juara, tempat ketiga dirangkul MRSM Tun Abdul Razak, Pahang manakala keempat (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu) dalam pertandingan NSC yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.
Pertandingan membabitkan pelajar tingkatan empat aliran sains itu anjuran bersama Akademi Sains Malaysia (ASM), ExxonMobil dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST).
Pemenang pertama menerima Piala Cabaran Perdana Menteri, iPad Mini dan lawatan sambil belajar ke Sweden.
Sementara tiga lagi pemenang dihadiahkan piala, telefon pintar dan lawatan sambil belajar ke Jepun.
Pada peringkat awal, 16 buah sekolah dari setiap negeri mengambil bahagian, sebelum empat mara ke peringkat akhir.
Pada tahun ini NSC berjaya menarik minat lebih 1,000 buah sekolah di seluruh negara untuk berentap dalam saringan awal yang berbentuk kuiz dalam talian.
Pelajar-pelajar akan diuji pengetahuan mereka dalam bidang fizik, biologi, kimia, matematik serta sains dan teknologi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, program seperti NSC akan membantu mencipta kesedaran lebih besar tentang kepentingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar serta membangunkan bakat baharu untuk mencapai aspirasi negara ke arah menjayakan keperluan tenaga kerja STEM.
“Pelajar perlu sedar bahawa sains bukan saja menyeronokkan tetapi banyak perkara baharu dan kerjaya menarik hari ini seperti usahawan teknologi selaras dengan pembangunan dalam bidang STEM,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini.
Madius berharap mereka yang profesional dalam STEM akan membantu Malaysia dan mencipta generasi baharu saintis, penyelidik, jurutera dan pereka yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Sementara itu, guru pengiring pelajar SMK Labuan, Nur Farhanah Mohamed Ibrahim berkata, menerusi kuiz itu, pelajarnya menghasilkan satu aplikasi yang mesra alam.
“Soalan kuiz juga sangat sukar dan memerlukan mereka berfikir di luar kotak yang tidak setaraf dengan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima,” katanya. – UTUSAN ONLINE Pautan Berita Utusan Malaysia
SKK SK RANCHA-RANCHA KARNIVAL BAHASA DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 12-14 OGOS 2016 NAMA MURID: NURUL ANISAH JAMAIN GURU PEMBIMBING:
SJK(C) CHI WEN KARNIVAL BAHASA INGGERIS KEBANGSAAN 14 OGOS 2016 NAMA MURID: POH KUAN BEN GURU PEMBIMBING:
SJK(C) CHI WEN KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 27 JULAI 2016 NAMA MURID: GURU PEMBIMBING:
SMK PANTAI PENGIKTIRAFAN INTERNATIONAL BACCALAUREATE WORLD SCHOOL 21 JULAI 2016 TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH
SMK TAMAN PERUMAHAN BEDAUN INOVASI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2015 NAMA GURU: JURAIDAH BINTI AMAN AHMAD FITRY BIN ISMAIL SURAYA BINTI ABDUL RAHMAN
SMK MUTIARA INOVASI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2015 NAMA GURU: HYGINUS LESTER JUNIOR LEE GURU BAHASA INGGERIS
NAMA MURID: Murid 1 bin Bapa 1 Murid 2 bin Bapa 2 Murid 3 bin Bapa 3 SMK LABUAN PEMBIMBING: CIKGU DISINI
PERINGKAT: INOVASI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2014 NAMA GURU: SAMIH BIN KUKUNG GURU PRA SEKOLAH SK LUBOK TEMIANG