Genta Suara Generasi MADANI: Pertandingan Nyanyian Solo dan Duo Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025










Date Submitted : Jul 24, 2025 @ 10:35 AM
Nama Sektor / Sekolah : SMK Pantai
Nama Program / Aktiviti : Kejohanan Olahraga MSSWPL Pendidikan Khas 2025
Tarikh : 21-23 Julai 2025
Tempat : Kolej Matrikulasi Labuan
Anjuran : Bahagian Pendidikan Khas
Kategori : Pendidikan Khas
Peringkat : Negeri
Pencapaian : Johan
Nama Murid / Guru / Pegawai : Mohd Faisal Bin Aminaldun (Pengurus Pasukan)
Nama Guru / Pegawai Pengiring ( Jika ada ) : Haniwijaya bin Abd Rashid Santi ak. Sa Noramirah ayu binti Hapnah



Ulasan Kejayaan :
PPKI SMK Pantai Ungguli Kejohanan dengan 14 Pingat Emas di MSSWPL(PPKI) Labuan, 24 Julai – PPKI SMK Pantai muncul juara keseluruhan setelah mengumpul sebanyak 14 pingat emas, mengatasi pencabar terdekat, SMK Mutiara, yang membawa pulang 13 emas dalam kejohanan tersebut. Persaingan antara kedua-dua sekolah berlangsung dengan amat sengit, terutamanya di penghujung kejohanan apabila SMK Pantai berjaya meraih dua pingat emas penting dalam acara kemuncak 4×100 meter kategori Lelaki 15 Tahun dan Lelaki 19 Tahun. Kemenangan dalam dua acara akhir ini menjadi penentu, sekaligus membolehkan PPKI SMK Pantai memintas SMK Mutiara dengan kelebihan satu emas dan menobatkan diri sebagai juara kejohanan pada tahun ini. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen, semangat kesukanan dan usaha gigih para atlet serta sokongan padu daripada pihak sekolah, jurulatih dan ibu bapa.


Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, merangkul kejuaraan pada Kejohanan Sukan Petanque Angkasa peringkat negeri Sabah 2025.
Pencapaian Johan Kategori Sekolah Lelaki itu, hasil aksi konsisten pasukan, dibarisi Mohammad Haziq Matusin, Muhammad Iskandar Zulkarnain Suib dan Muhammad Sufry Abdel Rizah.
Kejohanan dua hari berlangsung di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu Sabah menyaksikan SMK Kolombong akur ditempat kedua, sementara SMK Keningau Satu meraih tempat ketiga.


Kontingen W.P Labuan menyertai 2nd Special Junior Development Sport Carnival (SJDSC) Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 28 Jun hingga 29 Jun 2025 anjuran Special Olympics Malaysia.Kontingen seramai 26 orang iaitu 18 org atlet yg terdiri daripada pelajar PPKI SMK Mutiara , SMK Lajau dan SMK Pantai dan seramai 5 org guru pengiring beserta 2 org ibu bapa dan diketuai oleh Encik Heidar Hussein Mohammad Rashid selaku HOD @ Head Of Deligation .
Kontingen Labuan menyertai 3 sukan iaitu sukan olahraga , sukan Bocce dan sukan badminton . Sebanyak 13 negeri menyertai kejohanan dan seramai lebih 714 orang atlet Murid Berkeperluan Pendidikan Khas mengambil bahagian dalam 5 acara sukan iaitu Olahraga , Badminton , Bocce , Hoki dan Bola Keranjang.
Berikut adalah keputusan rasmi pungutan pingat keseluruhan Team Labuan.
Pungutan pingat keseluruhan kontingen WP Labuan sempena 2nd Special Junior Development Sport Carnival bertempat di Ipoh , Perak pada 27 Jun hingga 30 Jun 2025.
11 emas
4 perak
5 gangsa
Olahraga![]()
Lompat jauh perempuan (akhir)
– Masitha (silver division 1)
– Maisara (bronze division 1)
Lontar Peluru lelaki ( akhir)
– Reagan (gold division 1)
– kim ( gold division 3)
800meter lelaki (akhir)
– Aiman (gold division 2)
50 m race walk (akhir)
– Arliana (gold division 1)
100 meter lelaki (akhir)
– geofreazer (gold division 1)
– zaquan ( no 4 division 1)
Stand long jump (akhir)
– Ammar ( bronze division 1)
100 meter perempuan (akhir)
– Maisara ( no 4 division 1)
– Masitha ( silver division 1)
Lontar Softball lelaki (akhir)
– Iqmal ( silver division 1)
Lontar Peluru perempuan (akhir)
– Jurainah (bronze division 2)
Lompat Jauh lelaki (akhir)
– geo (gold division 1)
– zaquan (gold division2)
4×100 mix (akhir)
(Gold division 1)
– Geo
– Zaquan
– Maisara
– Masitha
Boccee![]()
*Emas*
Individu Lelaki – Adam (Division 6)
Beregu Lelaki – Adam & Rowdey (Division 4)
Beregu Perempuan – Giselle & Xamyi (open)
*Perak*
Individu perempuan – Xamyi (division 5)
*Gangsa*
Individu Lelaki – Rowdey (division 7)
*Keempat*
Individu perempuan – Giselle (division 3)
Badminton![]()
Aikal no3 division 2

