Labuan, 24 April 2026 – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM telah mengadakan lawatan serta menyampaikan ceramah “Anti Buli” di SK Tanjung Aru sempena Program Sekolah Selamat.
Ceramah yang disampaikan pleh ASP Rahmat Muda memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kesan buli, langkah pencegahan serta kepentingan melaporkan kejadian kepada pihak berwajib. Program ini turut disertai pameran oleh Muzium Labuan, menjadikan pengisian lebih interaktif dan bermanfaat.
Program melibatkan seramai 550 pelajar dan 25 guru serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak sekolah.
Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan PDRM dalam mendidik dan membentuk persekitaran sekolah yang selamat serta bebas daripada gejala buli.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
SUMBER BERITA : FB Poils Daerah Labuan





![]()

