Membentuk Pemimpin Pelapis Berwibawa SK Sungai Bedaun

Puan Dg. Sarifah (4 dari kanan ) bergambar bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru penasihat Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan penolong Ketua Kelas.

Labuan – Sekolah kebangsaan Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan  Pemimpin Muda baru-baru ini.

Seramai 160 orang murid terlibat pada tersebut iaitu terdiri daripada seramai 55 orang pengawas sekolah, 45 orang pengawas pusat sumber, 24 orang pembimbing rakan sebaya dan 36 orang ketua dan penolong ketua kelas.

Majlis Lafaz Ikrar dan Penyampaian Watikah Pelantikan pemimpin kecil sekolah bagi tahun 2020 ini diadakan di Dewan Permata, SK Sungai Bedaun dengan disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Bedaun, Puan Dg. Sarifah bt A.Mahmod.

Ketua Pengawas Adik Muhammad Aqil Zafran bin Mohamed Fadli menerima watikah pelantikan daripada Guru Besar, Puan Dg. Sarifah Hj. A.Mahmod yang disaksikan oleh Penolong-Penolong Kanan SKSB.

LAFAZ IKRAR; Majlis Lafaz Ikrar Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah diketuai oleh adik Nur Zur ‘Arissya Nabihan Binti Md Zaidi
GAMBAR KENANGAN: Puan Dg sarifah (Duduk di tengah) bersama barisan pentadbir merakamkan kenangan bersama Pengawas Sekolah Guru-guru disiplin sekolah.

Pada majlis tersebut turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Noraliza Allbi Penolong Kanan HEM Pn. Zubaidah Yusof  dan Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohd. Aozam Abd. Rahim.

Hadir sama Penyelaras Pengawas sekolah yang juga merupakan Guru Disiplin iaitu Us Mohd. Azwan Saad , Pn. Norsidah Matyassin , Guru bimbingan dan Kaunseling dan 42 orang guru.

Dalam ucapannya Guru Besar berkata tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin muda yang mana sama-sama bertanggungjawab ,menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid-murid SKSB, selain itu sekolah juga adalah medan untuk melahirkan pemimpin pelapis yang bertanggungjawab dan berwibawa selain amanah dalam melaksanakan tugas-tugas murni yang diberi.

Katanya, antara lain objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin pelapis cilik yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas murni yang diamanahkan, selain meningkatkan tahap motivasi murid-murid yang dipilih untuk melaksanakan tugas dengan baik.

GAMBAR KENANGAN: Puan Dg Sarifah (Duduk di tengah) Bersama barisan pentadbir merakamkan kenangan bersama Pengawas Pusat Sumber dan Cikgu Nadiah selaku Penyelaras Pusat Sumber S.K.Sungai Bedaun bagi tahun 2020.
Pembimbing Rakan Sebaya bergambar kenangan bersama guru Besar , barisan pentadbir dan Pn. Norsidah , Guru Bimbingan dan Kaunseling S.K.Sungai Bedaun bagi tahun 2020.

Antara tugas tugas pemimpin muda ini adalah membantu melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, kebersihan kantin  dan keceriaan sekolah dan menjadi pembimbing rakan sebaya sekolah.

Selain itu, mereka juga akan melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kepelbagaian bidang tugas pengawas yang telah diamanahkan kepada mereka dan menjalankan aktiviti dalam memberi khidmat bantuan kepada rakan mereka dalam setiap program yang dijalankan.

Terdahulu dalam ucapannya, Puan Dg. Sarifah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pembimbing kerana berjaya membentuk kredibiliti pemimpin muda ini.

“Syabas dan Tahniah kepada semua Pengawas yang menerima watikah pelantikan serta menyeru supaya pengawas menjadi contoh disiplin yang terbaik kepada murid-murid yang lain,” katanya

Puan Dg Sarifah (duduk tengah) bergambar bersama ketua kelas dan penolong ketua kelas dan penyelaras , Us Mohd. Azwan (duduk paling kiri) serta penolong-penolong kanan

Pada majlis tersebut, Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah adik Nur Zur ‘Arissya Nabihan Binti Md Zaidi.  Adik Nur Qaisara Najwa Binti Johari telah dilantik sebagai ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan wakil ketua tertinggi bagi ketua kelas dan penolong ketua kelas ialah adik Muhammad Syaffiq Bin Muhammad Sidik.

Majlis Lafaz Ikrar dan Penyampaian Watikah pemimpin kecil sekolah ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Murid ( Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah serta Unit Bimbingan & Kaunseling ).

Berita Oleh : SK Sungai Bedaun

Puan Dg. Sarifah menyampaikan watikah Pelantikan Pengawas Sekolah kepada wakil pengawas merangkap Ketua Pengawas Sekolah, adik Muhammad Aqil Zafran
Pn.Dg.Sarifah menyampaikan watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya kepada wakil PRS merangkap Ketua PRS Sekolah, adik Nur Qaisara Najwa

Loading

image_pdfimage_print