Membentuk Pemimpin Pelapis Berwibawa SK Sungai Bedaun
Labuan – Sekolah kebangsaan Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda baru-baru ini.
Seramai 160 orang murid terlibat pada tersebut iaitu terdiri daripada seramai 55 orang pengawas sekolah, 45 orang pengawas pusat sumber, 24 orang pembimbing rakan sebaya dan 36 orang ketua dan penolong ketua kelas.
Majlis Lafaz Ikrar dan Penyampaian Watikah Pelantikan pemimpin kecil sekolah bagi tahun 2020 ini diadakan di Dewan Permata, SK Sungai Bedaun dengan disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Bedaun, Puan Dg. Sarifah bt A.Mahmod.
Ketua Pengawas Adik Muhammad Aqil Zafran bin Mohamed Fadli menerima watikah pelantikan daripada Guru Besar, Puan Dg. Sarifah Hj. A.Mahmod yang disaksikan oleh Penolong-Penolong Kanan SKSB.
Pada majlis tersebut turut hadir Penolong Kanan
Pentadbiran Pn. Noraliza Allbi Penolong Kanan HEM Pn. Zubaidah Yusof dan Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohd.
Aozam Abd. Rahim.
Hadir sama Penyelaras Pengawas sekolah yang juga
merupakan Guru Disiplin iaitu Us Mohd. Azwan Saad , Pn. Norsidah Matyassin ,
Guru bimbingan dan Kaunseling dan 42 orang guru.
Dalam ucapannya Guru Besar berkata tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin muda yang mana sama-sama bertanggungjawab ,menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid-murid SKSB, selain itu sekolah juga adalah medan untuk melahirkan pemimpin pelapis yang bertanggungjawab dan berwibawa selain amanah dalam melaksanakan tugas-tugas murni yang diberi.
Katanya, antara lain objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin pelapis cilik yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas murni yang diamanahkan, selain meningkatkan tahap motivasi murid-murid yang dipilih untuk melaksanakan tugas dengan baik.
Antara tugas tugas pemimpin muda ini adalah membantu melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, kebersihan kantin dan keceriaan sekolah dan menjadi pembimbing rakan sebaya sekolah.
Selain itu, mereka juga akan melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kepelbagaian bidang tugas pengawas yang telah diamanahkan kepada mereka dan menjalankan aktiviti dalam memberi khidmat bantuan kepada rakan mereka dalam setiap program yang dijalankan.
Terdahulu dalam ucapannya, Puan Dg. Sarifah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pembimbing kerana berjaya membentuk kredibiliti pemimpin muda ini.
“Syabas dan Tahniah kepada semua Pengawas yang menerima watikah pelantikan serta menyeru supaya pengawas menjadi contoh disiplin yang terbaik kepada murid-murid yang lain,” katanya
Pada majlis tersebut, Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah adik Nur Zur ‘Arissya Nabihan Binti Md Zaidi. Adik Nur Qaisara Najwa Binti Johari telah dilantik sebagai ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan wakil ketua tertinggi bagi ketua kelas dan penolong ketua kelas ialah adik Muhammad Syaffiq Bin Muhammad Sidik.
Majlis Lafaz Ikrar dan Penyampaian Watikah pemimpin kecil sekolah ini dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Murid ( Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah serta Unit Bimbingan & Kaunseling ).
Berita Oleh : SK Sungai Bedaun