136 ORANG MURID TINGKATAN SATU MENDAFTAR DI SMK TAMAN PERUMAHAN BEDAUN

Labuan, 15 Februari 2025 – Seramai 136 orang murid tingkatan satu telah ditempatkan di SMK Taman Perumahan Bedaun. Oleh itu, bagi menyambut kemasukan murid tingkatan satu tahun 2025, SMK Taman Perumahan Bedaun telah mengadakan hari pendaftaran tingkatan satu pada 15 Februari 2025 bersamaan dengan hari sabtu yang bertempat di Dataran Bedaun, SMK Taman Perumahan Bedaun.

Di samping itu, hari pendaftaran murid tingkatan satu turut disertai oleh pengetua sekolah iaitu Puan Norazita Md Nor @ Shamsuri yang bersama-sama hadir untuk melihat sendiri suasana sesi pendaftaran ini serta dapat beramah mesra dengan para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada hari pendaftaran.

Selain itu, Kaunter pendaftaran kokurikulum bagi Unit Beruniform, Sukan dan Permainan serta Kelab Persatuan juga telah dibuka. Bukan itu sahaja, Koperasi dan Buku Teks juga telah diuruskan oleh Puan Nursuraya Ismail dan Encik Erzadianshah bagi memudahkan pengurusan ibu bapa dan murid bagi sesi awal persekolahan murid tingkatan satu ini.

Berdasarkan data yang telah dikumpul, kehadiran bagi pendaftaran murid tingkatan satu ini amat memberangsangkan kerana seramai seramai 131 orang murid telah hadir dan mendaftar pada hari ini. Manakala, seramai 5 orang murid yang mempunyai kekangan akan mendaftar pada 17 Februari 2025 iaitu bersamaan dengan hari isnin sewaktu sesi persekolahan.

Justeru itu, hari pendaftaran murid tingkatan satu telah berakhir dengan jayanya dengan bantuan semua guru dan pihak yang terlibat. Seluruh warga SMK Taman Perumahan Bedaun sangat mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan murid tingkatan satu ke sekolah ini dan berharap dapat membina satu ikatan yang lebih harmoni sesama murid dan mampu melahirkan murid yang cemerlang.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun