JAULAH MADANI RAMADAN KPM 2025

Labuan, 17 Mac 2025 – Jaulah Madani Ramadan KPM 2025 berlangsung dengan jayanya di Sek Men Agama Majlis Agama Islam WP Labuan (SMA MAIWPL) dan Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara malam tadi.
 
Ia merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai wadah untuk meningkatkan penghayatan Ramadan, menyantuni warga sekolah dan mengeratkan hubungan di antara KPM dengan sekolah, melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian serta menyalurkan sumbangan kepada murid yang memerlukan bantuan.
 
Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim,Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), dan Tuan Hj Abidin bin Marjan, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Tn Hj Fauzi bin Abdul, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan pegawai -pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam.
 
YBhg Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim beserta rombongan melakukan solat berjemaah maghrib, Isyak dan solat tarawih yang diimami oleh Andik Aniq Aqil bin Andik Zul Azri. Antara pengisian dalam Jaulah Madani Ramadan ialah bacaan ayatul quran oleh adik Awangku Faris Haziq bin Ak Syahrul Razmal, tadabbur Hadis 40 Imam Nawawi oleh adik Fathulhifzi Faizi bin Abd Fattah dan adik Ahmad Azhad bin Mohamad Ruzaimi.
 
Turut hadir dalam Jaulah Madani Ramadan ialah Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, guru-guru daripada SMA MAIWPL dan SMK Mutiara serta murid-murid daripada kedua-dua buah sekolah. Seramai 100 murid menerima sumbangan daripada Yayasan Didik Negara.

Loading

image_pdfimage_print