KUNJUNG HORMAT YAYASAN PETRONAS DAN SESI LIBAT URUS SEKOLAH ANGKAT MADANI DI WP LABUAN TAHUN 2025

Labuan, 08 Julai 2025 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan menerima kunjung hormat daripada pihak Yayasan Petronas yang diketuai oleh Puan Hajah Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas. Lawatan ini turut disusuli dengan Sesi Libat Urus Sekolah Angkat MADANI yang berlangsung di SMK Mutiara, WP Labuan.

Delegasi Yayasan Petronas telah diberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan program pendidikan di Labuan serta potensi kerjasama strategik antara pihak yayasan dan sekolah-sekolah angkat di bawah inisiatif MADANI.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Encik Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran yang menjalankan tugas Pengarah Pendidikan WP Labuan; Tuan Haji Sawal bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah; serta Encik Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SMK Mutiara.

Program ini menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara Yayasan Petronas dan Jabatan Pendidikan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan kesejahteraan murid melalui program sokongan pendidikan yang berimpak tinggi.

Jabatan Pendidikan WP Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Petronas atas komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan.