Al Intisar Harumkan Nama W.P. Labuan di Pentas Kebangsaan

Labuan, 27 Julai 2025 – Kumpulan nasyid Al Intisar mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan apabila berjaya meraih tempat ke-5 dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Putrajaya.
Kumpulan ini terdiri daripada 6 orang penyanyi nasyid dan 3 pemain perkusi, hasil kerjasama antara pelajar SMK Labuan dan SMK Pantai, telah berjaya menambat hati para juri melalui persembahan yang penuh penghayatan dan bersemangat.
Menariknya, pasukan ini turut menerima tunjuk ajar daripada beberapa ustaz berpengalaman dari lima buah sekolah rendah iaitu SK Pekan Dua, SK Tanjung Aru, SK St. Anne, SK Sungai Bedaun dan SK Pantai. Sokongan padu ini menjadi pemangkin kejayaan mereka di peringkat kebangsaan.
Kumpulan Al Intisar membawa pulang sijil pencapaian, sebuah plak penghargaan, serta wang tunai sebanyak RM1,000, tanda pengiktirafan terhadap usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan.
Penyertaan ini bukan sahaja memupuk semangat kolaborasi antara sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi juga membuka peluang untuk mengetengahkan bakat anak muda ke pentas kebangsaan.


