Nor Hannan Nadhirah Raih Tempat Ketiga dalam Acara Mimbar Da’i ILsS Peringkat Kebangsaan 2025

Alor Setar, 11 Ogos 2025 — Pertandingan Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah (ILSS) Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Universiti Antarabangsa Al Bukhary, Alor Setar, Kedah.

Acara tahunan yang berlangsung pada 8 dan 9 Ogos di SMKA Jerlun, Kedah itu menghimpunkan seramai 384 peserta dari seluruh negara dalam pelbagai pertandingan seperti Dai Cilik, Mimbar Dai, Kalam Arabi, Kalimatussobah, Hiwar dan Kalam Jamai.

Nor Hannan Nadhirah binti Ahmad Aizuddin dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) berjaya merangkul tempat ketiga dalam acara Mimbar Da’i. Beliau bersaing dengan 15 peserta lain dari pelbagai negeri seluruh negara.

Dengan tajuk “Islam”, Hanan berjaya menyampaikan mimbar daie dengan penuh penghayatan, pengolahan isi yang mantap serta interaksi yang berkesan bersama penonton.

Majlis penutupan ILSS secara rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad pada 11 Ogos 2025 yang menandakan berakhirnya ILSS 2025 yang bukan sahaja menjadi medan pertandingan, tetapi juga platform memperkukuh penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.