PELAPORAN MAKLUM BALAS MENTOR TAHUN 2025

Labuan, 14 Ogos 2025 – Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Program Pelaporan Maklum Balas Mentor bertempat di Bilik Mesyuarat Botanikal, JPWP Labuan. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan mentor-menti dan menilai keberkesanan pelaksanaan program pementoran pada tahun 2025.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, En. Sabdin bin Japarudin, yang menekankan kepentingan peranan mentor dalam membimbing perkembangan profesional menti. Seterusnya, Pn. Salihah binti Yusoff selaku penyelaras program menyampaikan taklimat yang memfokuskan kepada objektif, pencapaian semasa, dan hala tuju program mentor-menti, sekali gus memberi gambaran jelas tentang keberkesanan pelaksanaannya.

Sorotan utama program ialah perkongsian daripada Johan Anugerah Pasangan Mentor dan Menti Terbaik peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2025, iaitu Pn. NorAzimah binti Yaacob dan Pn. Siti Zulaiha binti Khalid. Kedua-duanya berkongsi pengalaman, strategi berkesan, dan amalan terbaik yang telah membawa kejayaan mereka di peringkat kementerian.

Program diteruskan dengan sesi maklum balas daripada setiap mentor yang hadir, bagi berkongsi pandangan, cadangan penambahbaikan, serta refleksi keberkesanan program ini. Majlis berakhir dengan sesi penutup ringkas dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

Loading

image_pdfimage_print