Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025

Labuan, 14 Ogos 2025 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kokurikulum Negeri, Labuan hari ini.
 
Majlis disempurnakan oleh Puan Noraini Binti Haji Sabudin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pegawai sukan, jurulatih, guru-guru serta atlet yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam persiapan kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Perlis pada 17 hingga 24 Ogos 2025.
 
Kontinjen Labuan terdiri daripada 26 atlet dan 9 guru pengiring yang akan bertanding dalam kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun. Puan Noraini turut menekankan kepentingan sukan dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
Beliau juga memberi nasihat kepada para atlet supaya menjaga kesihatan, memotivasi diri dan menjaga imej serta semangat kesukanan sepanjang pertandingan. Majlis berakhir dengan ucapan selamat maju jaya kepada kontinjen agar membawa pulang kejayaan dan pingat buat W.P. Labuan.
Labuan Bisai 100% kita punya!
 

Loading

image_pdfimage_print