Majlis Apresiasi Tokoh NILAM peringkat SMK Rancha-Rancha WP Labuan

Labuan, 1 April 2026 – Majlis Apresiasi Tokoh NILAM peringkat SMK Rancha-Rancha yang berlangsung pada 1 April 2026, jam 8.00 pagi di Pusat Sumber Sekolah merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam mengiktiraf kecemerlangan murid dalam budaya membaca.
 
Majlis ini telah menobatkan Saudara Mazrifde sebagai pemenang bagi kategori Bahasa Melayu, manakala Saudara Abd Rahman bagi kategori Bahasa Inggeris. Kejayaan mereka jelas mencerminkan kesungguhan, disiplin serta komitmen tinggi dalam menjadikan amalan membaca sebagai budaya harian.
 
Berdasarkan pemerhatian, majlis berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh suasana penghargaan. Penyampaian hadiah bukan sahaja menjadi kemuncak acara, malah berjaya menyuntik semangat serta motivasi kepada murid lain untuk terus aktif membaca dan menyertai program NILAM.
 
Secara keseluruhannya, program ini dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk minat membaca serta melahirkan murid yang berilmu dan berdaya saing. Diharapkan kedua-dua pemenang akan terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK Rancha-Rancha di peringkat yang lebih tinggi.
 
Selamat bertanding dan semoga terus cemerlang!

SUMBER BERITA : FB Pss SMK Rancha-Rancha

Loading

image_pdfimage_print