SKLT sekolah Pertama Menerima Cenderahati Khas dr Perpustakaan Awam Labuan

Labuan, 27 April 2026 – Lawatan ke perpustakaan awam bersama murid An-Nur merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.
Program “Maitah ke Perpustakaan” bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid serta memperkenalkan mereka kepada suasana pembelajaran yang lebih luas dan kondusif.
Murid-murid Annur berpeluang meneroka pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, ensiklopedia dan majalah yang menarik.
Selain itu, mereka juga dapat mempelajari cara menggunakan kemudahan perpustakaan dengan betul.
Aktiviti ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah membentuk sikap cintakan buku dan budaya membaca dalam diri murid sejak usia muda.
Turut sama hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dipertua PIBG SKLT, Guru Cemerlang Pemulihan Khas dan 2 orang guru Bahasa Melayu.
Terima kasih pihak pengurusan Perpustakaan Awam Labuan kerana sudi menerima kunjungan anak-anak kami..
RPM 2026-2035
Teras 5
Sinergi dengan pihak berkepentingan
SUMBER BERITA : FB SK Lubok Temiang





