CERAMAH KESEDARAN EKSPLOITASI KANAK-KANAK DALAM TALIAN DI SK RANCHA-RANCHA

Labuan, 28 April 2026 – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM, Inspektor Hajjatul Nurhanieza Hambli telah mengadakan lawatan serta menyampaikan ceramah bertajuk “Eksploitasi Kanak-Kanak Dalam Talian” di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, Labuan.
Ceramah ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai risiko keselamatan siber, khususnya melibatkan kanak-kanak, serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan menjadi mangsa eksploitasi dalam talian.
Selain itu, sesi turut disusuli dengan perbincangan bersama pihak sekolah berkaitan isu disiplin pelajar sebagai usaha berterusan meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan murid. Program berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.
SUMBER BERITA : FB Polis Daerah Labuan




