SK Pekan Satu dinobatkan Johan Pertandingam Bercerita Dalam Majlis Tadarus Al Quran Sekolah –Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Kali Ke 18 Tahun 2018 M/1439H

Labuan – SKPS menjadi Johan dalam pertandingam bercerita dalam Majlis Tadarus AlQuran  Sekolah-sekolah W.L.P yang diadakan baru-baru ini di Sekolah Menengah Sains Labuan pada 14 April 2018 (Sabtu).

Beberapa kategori dipertandingan dalam program itu termasuk tilawah , pertandigan bercerita , hafazan ,syarahan secara spontan dan lain-lain.

Adik Muhammad Amnan Syibri bin Samsul berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjadi Johan  dalam kategori Bererita kisah-kisah dari Al Quran lelaki . Manakala , adik Nur Dhia Zayani bt Mohammad Fardly telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori perempuan dalam pertandingan Hafazan .

‘Walaupun adik Dhia Zayani mendapat tempat yang ketiga , beliau masih boleh terus mencuba pada tahun-tahun yang akan datang memandangkan beliau kini berada di tahun 2 dan mempunyai bakat yang besar. “Dia  (Dhia) mempunyai potensi yang besar pada masa hadapan. Jjika digilap, saya yakin dia mampu lakukannya (menjadi johan) jika dilatih dan dibimbing dengan lebih giat lagi.”,kata Ustazah Dayang Faridah bt Besarr selaku guru pembimbing dan pengiring peserta .

Majlis Tadarus Al Quran turut dihadiri oleh tetamu terhormat En Hasbullah bin Habit selaku Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan .Dalam ucapannya, en Hasbullah menggesa semua sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan ini supaya tidak ketinggalan menyertai aktiviti berunsurkan keagamaan bagi menerapkan nilai-nilai Islam secara teori dan praktikal kepada murid.

“Program seperti ini dapat menilai kemajuan murid dalam menghayati Islam dan menyemaikan kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya pendidikan agama untuk anak-anak,” katanya.

image_pdfimage_print