Sekolah Kebangsan Pekan Satu Berjaya Bergelar Johan Dalam Pertandingan Dengue Patrol 2018 Peringkat Negeri
Labuan,25 Jun- Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pekan Satu menyasarkan gelaran johan selepas diberi kepercayaan mewakili negeri di peringkat kebangsaan bagi pertandingan Misi Gempur Denggi, Patrol Denggi.
Sejak dimaklumkan mengenai pertandingan tersebut, pihak sekolah sibuk melakukan persiapan bagi bersaing dengan 17 sekolah rendah di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan yang aktivitinya boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Youtube Dengue Patrol SK Pekan Satu.
Guru besarnya, Puan Anita S Shyamini berkata, sebanyak empat kategori disertai sekolahnya iaitu seni persembahan gimik, khidmat komuniti, media sosial dan ceramah kesihatan.
“Kami bekerjasama dengan PIBG untuk Program Gotong Royong Perdana SKPS di SK Pekan Satu serta di Program 3 dalam 1 yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 4 Mei 2018 yang lalu.
“Bagi gotong-royong, kami sasarkan kerjasama antara sekolah , ibubapa serta badan NGO dan berharap bahawa usaha dijalankan kementerian ini mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama mencegah denggi,” kata Puan Norlihan bt Alip selaku penyelaras Program Dengue Patrol SKPS .
Puan Norlihan bt Alip juga berkata, merangkap gelaran Johan telah memberi lebihan buat sekolah.Hal ini kerana melalui program ini semua pihak khususnya warga sekolah akan sentiasa mematuhi prosuder yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak denggi. Selain berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum , SK Pekan Satu turut mementingkan kesedaran am mengenai kepentingan menjaga keihatan dan kebersihan untuk membentuk murid-murid yang mempunyai keperibadian dan nilai murni yang tinggi . Tambahan itu , kemenangan yang diperoleh ini bukan sahaja mampu mengharumkan nama sekolah . Malah , hubungan silaturahim antara ibubapa serta kerjasama oleh pihak luar dapat dipupuk .
“Kita mahu mendidik murid sejak dari bangku sekolah rendah lagi dengan bimbingan guru dan ibu bapa untuk menangani wabak denggi terutamanya di kawasan sekolah dan rumah,
“Ia adalah pencapaian yang mampu menaikkan nama sekolah dan juga hadiah buat semua pihak yang bersungguh dalam menjayakan projek tersebut selain sokongan daripada pihak sekolah , ibubapa , badan-badan NGO serta murid-murid yang berjaya membawa nama SK Pekan Satu sebagai Johan Negeri. Tidak lupa juga AJK Dengue Patrol dan ahli Squad Denggi Patrol atas usaha tanpa henti bagi menjayakan program ini.
Masyarakat boleh masyarakat mengetahui mengenai Patrol Denggi SK Pekan Satu dengan melayari laman web facebook :https://www.facebook.com/Dengue-Patrol-SK-Pekan-Satu-WP-Labuan-154900271872448/ serta laman web youtube : https://www.youtube.com/channel/UC1QTxT00nx8uCImRjHOUV6w