Murid Sk Rancha-Rancha dan Sk Kerupang Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan 2018 di SK Pekan Satu
Labuan, 26 Julai – Pertandingan bercerita Peringkat Negeri telah diadakan dan SK Pekan Satu telah terpilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah . Pertandingan yang berlansung di Dewan SKPS berjalan dengan lancar sekali . Pertandingan bercerita tersebut terbahagi kepada Tahap 1 dan Tahap .
Seramai 17 orang perserta daripada Tahap 2 serta 15 peserta daripada Tahap 1 dari seluruh sekolah rendah W.P Labuan pertandingan bercerita ini yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada murid mengetengahkan bakat, kemahiran serta pengetahuan dalam acara yang mereka sertai.
Untuk Tahap 1 , Adik Muhammad Azizan b. Md Azman dari sekolah SK Rancha-Rancha telah muncul sebagai Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri 2018 .Naib Johan telah diberi kepada adik Nur Arissa Ariana bt Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Kerupang dan Tempat ketiga jatuh kepada adik Ahmad Afham Iman b. Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.
Manakala Tahap 2 pula , adik Nur Waheeda bt Mohd Rizal dari Sekolah Kebangsaan Kerupang telah berjaya memegang gelaran Johan . Naib Johan telah diberi kepada adik Hana Maisarah bt Ruslan dari SK Rancha-Rancha dan tempat ketiga ialah adik Alyaa Nourelle dari SJK(C) Chung Hwa .
Turut hadir , En Hasbolah bin Amit , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian serta, Encik Subari Dwar, Ketua Unit Ko-Kurikulum. Encik Subari Dwar memberi ucapan ringkas atas bakat peserta dan usaha para guru-guru yang bersusah-payah melatih anak murid mereka .
Terima kasih kepada semua guru, pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap aktiviti yang disertai. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid” katanya .