23-25 Ogos 2018-Delegasi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan W.P. Labuan, Encik Raisin bin Saidin telah menghadiri International Conference On Educational Measurement And Evaluation di Hotel Jen, Roxas Boulevard, Manila, Filipina. Turut bersama di dalam delegasi ini ialah Puan Norismah Abd Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan Puan Maimoon Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dari Jabatan Pendidikan W.P. Labuan. Konferens yang bertemakan Interweaving Perspectives in Educational Assessment ini telah dianjurkan oleh Philippine Educational Measurement and Evaluation Association, Inc (PEMEA).
Konferens yang diadakan dua tahun sekali ini merupakan konferens khas yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penilaian, pengukuran dan pentaksiran dalam dunia pendidikan. Sebanyak 1 Keynote, 5 Plenaries, 3 Forums, 1 Workshop dan 58 Concurrent Papers dari seluruh negara seperti Filipina, Hong Kong, Nigeria dan Malaysia telah dibentangkan di dalam konferens ini. Wakil tunggal dari Malaysia iaitu pegawai SISC+ yang bertugas di Jabatan Pendidikan W.P.Labuan, Cik Suriani Alland Rice Oxley telah membentangkan kertas kajian yang bertajuk Enhancing Teacher’s Evaluation Skill In Increasing Pupils’ English Language Performances Using The Ruler Of ‘Tooth Decay’ pada hari pertama di konferens ini.
Konferens ini turut membuka peluang jalinan kerjasama antara Jabatan Pendidikan W.P.Labuan (JPN W.P. Labuan) dengan Philippine Educational Measurement and Evaluation Association, Inc (PEMEA) di mana kesemua delegasi dari JPN W.P. Labuan ini telah ditawarkan untuk menjadi ahli PEMEA seumur hidup. Kerjasama ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan lagi kualiti penilaian, pengukuran dan pentaksiran dalam bidang pendidikan antara negara Filipina dan Malaysia khususnya di Labuan melalui kajian dan penyelidikan