Lawatan Pelajar UMS Ke PPKI SK Pekan Satu
Labuan 6 November- Pelajar Fakulti Komputer dan Informatik Universiti
Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan kerja Lapangan ke Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Pekan Satu untuk menjalankan aktiviti
kaji selidik kepada murid dan guru-guru pendidikan khas. Seramai 15 orang
pelajar dan seorang Pensyarah Dr Aslina binti Baharum terlibat dengan lawatan
ini.
Tujuan lawatan adalah salah satu
keperluan subjek Research Methodology dalam pengajian Sarjana Sains
Komputer Pembangunan Perisian (Software Development) dan kepintaran
komputer (Computing Intelligence). Kajian melibatkan 40 murid PPKI
pelbagai kategori dan 15 orang guru sebagai responden kaji selidik dengan
menggunakan mobile apps khas iaitu Autismo, jade Autisme, Otsimo atau MITA
untuk murid dan set soal selidik untuk guru berkenaan kefahaman guru-guru
tentang autisme.
Encik Esmit Bin Amat (PK
Kokurikulum SKPS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UMS kerana
memilih SKPS sebagai destinasi untuk mengadakan lawatan ini. Beliau juga berharap agar pengalaman yang perolehi
akan digunakan oleh siswa dan siswazah dalam menyiapkan kertas cadangan
masing-masing untuk subjek Research Methodology.
Akhir sekali, Puan Hafizah bt Hj Awang Kanak selaku penyelaras program melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana lawatan ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Tambahnya lagi, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Beliau juga berharap agar guru-guru dan murid-murid PPKI khususnya menjadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.