Kunjung Bantu Sektor Pendidikan Islam (SPI) ke SKK Rancha-Rancha

Labuan- Kunjung Bantu Sektor Pendidikan Islam (SPI) ke SKK Rancha-Rancha pada 11 Februari 2020 (Selasa). Fokus kunjung bantu adalah semakan Fail Panitia, semakan Jadual Waktu, semakan Fail ADNI (Adab dan Nilai), cerapan PdPC dan SKPMg2.

Program Kunjung Bantu terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah SPI JPWPL, Ustaz Mohd
Syahir bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah ADNI, Ustaz Sharum bin Samlan dan Penolong
Pengarah Perancangan dan Pembangunan Islam SPI, Ustazah Sitti Rahimah binti
Yusuppu.

Ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada pegawai SPI atas bantuan dan bimbingan yang
diberikan. Semoga program kunjung bantu ini dapat menambah baik lagi usaha
pihak sekolah untuk membantu memantapkan Guru Pendidikan Islam (GPI)/ Guru
Bahasa Arab (GBA) peringkat sekolah dan meningkatkan lagi prestasi akademik
murid.