Karnival Khas Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

17 Ogos – Karnival Khas Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sabah ( Zon Pedalaman , Zon Selatan, Zon Barat, Zon Utara, Zon Sandakan) dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dengan kerjasama pemuafakatan Tingkatan 6 Bahagian Pedalaman. Karnival yang berlangsung pada 14 hingga 16 Ogos 2017 ini merangkumi 11 acara pilihan yang melibatkan acara sukan, kebudayaan, seni visual, kesenian dan pidato.

Labuan yang diwakili Pra U Tingkatan 6 SMK Labuan (SMKL) tidak ketinggalan menyertai dan memeriahkan karnival tersebut bersama 19 lagi Pusat Tingkatan 6 Zon Pedalaman, Zon Selatan, Zon Barat, Zon Utara dan Zon Sandakan Sabah. Antara sekolah lain yang turut terlibat karnival itu adalah SMK Tenom, SMK Bingkor, SMK Bongawan, SMK Nabawan, SMK Gunsanad, SMK Pengiran Omar, SMK Penangah, SMK Beaufort 2, SMK Benoni, SMK Putatan, SMK Ken Hwa, SM Kemabong, SMK Tambunan, SMK Keningau, SMK Keningau II, SMK Ranau, SMK Kota Marudu, SMK Sook dan SMK Telupid.

Pra U SMK Labuan menyertai dua acara iaitu dalam acara sukan bola jaring dan dart. Sekolah ini telah mengharumkan nama Labuan dengan meraih Johan dalam acara dart dan naib johan dalam sukan bola jaring. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen SMK Labuan.

Piala Johan Pertandingan Dart disampaikan oleh Pn Clarice Marcus, Guru Kanan Bidang Sains & Matematik SMK Keningau disaksikan oleh Encik Ismail.

Dalam acara bola jaring, pasukan Pra U SMK Labuan telah berjaya mengalahkan SMK Pangeran Omar Sipitang (15-2), SMK Benoni (30-0). Suku akhir perlawanan pasukan SMK Labuan berjaya mengalahkan SMK Kemabong dengan kiraan mata 15-3. Pada saingan separuh akhir perlawanan sengit berlangsung sehingga diheret ke masa tambahan dan akhirnya pasukan SMK Labuan berjaya mengalahkan pasukan SMK Penangah 18-11 tetapi tewas di perlawanan akhir kepada pasukan tuan rumah SMK Keningau II.

Manakala pasukan dart Pra U SMK Labuan, pada peringkat kumpulan telah mengalahkan SMK Tambunan, SMK Pangeran Omar, SMK Keningau B, kesemuanya dengan keputusan mata 2-0 dan SMK Keningau II dengan keputusan 2-1. SMK Labuan terus gah mengorak langkah dengan menewaskan pasukan SM Ken Hwa di separuh akhir dan akhirnya muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan SMK Keningau II dengan keputusan 2-0.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah menzahirkan rasa gembira kerana matlamat penyertaan kali ini telah tercapai. Walaupun hanya menyertai 2 acara tetapi telah berjaya meletakkan nama Pra U SMK Labuan di tahap yang sewajarnya.

Tahun depan kami berazam untuk menyertai lebih banyak acara daripada 11 acara yang dipertandingkan. Ini merupakan salah satu platform untuk mengasah bakat pelajar dan meningkatkan imej sekolah. Terima kasih atas sokongan padu pihak PIBG SMK Labuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pasukan bola jaring SMKL mendapat naib johan

Lima orang guru SMK Labuan turut sama menyertai 16 pelajar Pra U menyertai Karnival Tingkatan 6 tersebut :

Guru pengiring :

  1. Saminan Sabtu
  2. Mazri Mohamed Yunus
  3. Abd Manan Nasir
  4. Rosnanih Amat
  5. Nor Zuhailah Che Omar

Pemain Bola Jaring :

  1. Nor Amizah Mohd Asmawi
  2. Izzatul Shahira Abdul Malek
  3. Nurfatieah Abdullah
  4. Dg Siti Nurul Hamizah Ag Mohd Zain
  5. Eiza Eldayantie Abdul Halim
  6. Myra Natasha Maurice
  7. Nurul Atiqah Hassan
  8. Siti Hafizah Suhali
  9. Noor Azlin Aspan
  10. Syafiqah Tee

Pemain Dart :

  1.  Megan April Kiok
  2. Nur Najihah Ahmad
  3. Suzliana Suaili
  4. Muhamad Lutfi Lukmanul Hakim
  5. Noreman Bialam
  6. Zaharani Abdul Matalip

Sumber Berita : Ismail Abdullah

 




Suntikan Semangat, Motivasi Pecutan Akhir SPM 2017 SMK Pantai IBWS

14 Ogos – Seramai 152 calon SPM SMK Pantai iB World School mengikuti satu Program Motivasi Pecutan Akhir SPM 2017 di Dewan Gemilang IB sekolah.

Penceramah jemputan yang mengendalikan program ini ialah penceramah diundang khas dari Kuala Lumpur Encik Hilter Yew. Beliau berpengalaman luas mengendalikan program motivasi di seluruh negara. Beliau bergiat aktif  hampir 25 tahun dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan telah menyumbang khidmat seminar kepada banyak sekolah, jabatan kerajaan, syarikat mahupun badan kebajikan serta pertubuhan agama.

Program di bawah kendalian Unit Kaunseling SMK Pantai IBWS turut melibatkan para ibu bapa dalam masa dua jam akhir slot tersebut.

Program motivasi ini bagi menyuntik semangat dan membangkitkan rasa sedar diri kepada calon SPM SMK Pantai IBWS yang akan berjuang menentukan masa depan masing-masing mulai awal November ini. Waktu tiga bulan adalah jangkamasa agak singkat untuk para pelajar membuat persediaan rapi.  Sehubungan dengan itu, para ibu bapa memainkan peranan besar untuk melonjakkan kecemerlangan anak mereka.

Pengetua SMK Pantai IBWS yang turut bersama dalam program ini bersama para pelajar dan ibu bapa mengingatkan semua pelajar bersedia sepenuhnya membuat ulang kaji berfokus dan mematuhi nasihat ibu bapa dan guru demi keberkatan ilmu serta mengamalkan sahsiah terpuji dan disiplin belajar yang tekal/konsisten. Sekolah mensasarkan peratus lulus 100 peratus SPM Tahun 2017 dan Gred Purata Sekolah di bawah 5.0.

Ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara ibu bapa yang hadir pagi semalam ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Labuan, Encik Ishak Aku Abdul Rahman dan Guru Besar SK Pantai, Puan Mahani Hj Hussin . Mereka berdoa supaya prestasi SPM 2017 sekolah ini terus cemerlang. Mereka yakin perubahan set minda dan perubahan budaya belajar para pelajar adalah selari dengan pengiktirafan SMK Pantai sebagai salah sebuah daripada sembilan sekolah yang telah diiktiraf sebagai iB World School.

Encik Sahar menyampaikan cendermata kepada penceramah jemputan Encik Hilter Yew

Turut bersama-sama mengikuti program ini  ialah Penolong Kanan Pentadbiran Norazita bt Md Noor, Penolong Kanan HEM Wan Azmona Wan Mohamed dan Guru Kanan Bahasa Jakiah Ingkam serta guru-guru yang mengajar Tingkatan 5.

Pada minggu hadapan 21 Ogos program motivasi pecutan akhir untuk calon PT3 dan calon Pendidikan Asas Vokasional yang melibatkan 209 pelajar, yang akan disertai juga oleh para ibu bapa.

 




Perkongsian IBMYP Untuk Guru Baharu SMK Pantai IBWS

12 Ogos – Satu sesi perkongsian International Baccalaureate: Middle Years Programme kepada guru-guru baharu SMK Pantai IBWS telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah ini.

Antara objektif program ini ialah;

  1. Memastikan guru-guru baharu faham tentang pendekatan MYP yang digunakan dalam PdP dan tahu menggunakannya
  2. Memastikan guru-guru baharu sedar tentang falsafah IB dan signifikan penggunaan dokumen rujukan IB iaitu ‘From Principles into Practices’ dan ‘Subject Guides’
  3. Memastikan guru-guru baharu tahu cara pentaksiran MYP

Dalam tempoh 2014 sehingga kini, pergerakan keluar masuk guru-guru tetap berlaku di SMK Pantai iB World School seperti   sekolah-sekolah lain di seluruh negara.  Oleh itu, guru-guru baharu yang ditempatkan ke SMK Pantai iB World School selepas tamat tempoh latihan wajib ini perlulah didedahkan tentang MYP dan dilatih sewajarnya bagi memastikan mereka dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mengikut kaedah MYP.

Pada 23 Julai 2016, SMK Pantai telah mendapat pengiktirafan daripada International Baccalaureate Organisation, sebuah organisasi antarabangsa, sebagai IB World School yang kelima dalam kalangan sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia. Dalam usaha untuk  mendapatkan  pengiktirafan ini, guru-guru SMK Pantai iB World School telah melalui pelbagai proses latihan profesional dalam bentuk bengkel, sesi face-to-face bersama pengendali  bengkel daripada luar negara dan latihan atas talian bersama konsultan terpilih daripada luar negara sebagai persediaan untuk melaksanakan MYP di SMK Pantai. Kesemua latihan profesional sebanyak 7 kitaran ini berlangsung selama lebih kurang 8 bulan bermula daripada Jun 2013 dan berakhir pada Februari 2014. Dalam erti kata lain, semua guru perlu mendapat pendedahan yang cukup sebelum ianya dapat dilaksanakan di sekolah bagi memastikan kejayaan pelaksanaan MYP di SMK Pantai iB World School. Latihan berterusan kepada warga sekolah terutama guru-guru berterusan sehingga tahun ini.

Program seumpama ini akan diadakan secara berkala mengikut keperluan bagi memantapkan lagi pelaksanaan IBMYP di sekolah ini. Program juga turut memberi peluang kepada guru-guru baharu dan guru-guru yang bertukar masuk ke sekolah ini berkongsi pengalaman dan perasaan gembira kerana ditempatkan di sekolah ini. Kebanyakannya melahiran rasa gembira dapat berkhidmat di SMK Pantai iB World School dan mereka berjanji untuk memastikan sekolah ini akan terus cemerlang serta melahirkan pelajar berfikiran antarabangsa, berdisiplin dan berdaya saing pada setiap masa selari dengan tagline sekolah “SMK Pantai Menjulang Nama, Sorakan 123”.

 




Kalau YoueIFOwwh Datang Labuan

12 Ogos – SMK Pantai IB World School melalui Unit Pendidikan Seni Visual membuat pameran Seni Ucir “Kalau YoueIFOwwh Datang Labuan ” di Street Arts Showcase Merdeka Day” di Taman Muhibbah, Labuan.

Berkisarkan tentang mainan imaginatif anak-anak yang divisualkan dalam Seni Ucir atau dikenali sebagai ‘DoodleArt’, program ini mampu mendidik pelajar berfikiran kreatif dan kritis. Ianya juga memberikan satu ruang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi bersama masyarakat dalam mempromosikan karya seni visual.

Menurut Pengetua SMK Pantai, Encik Sahar Misron :

Karya-karya ini telah mula dihasilkan sejak bulan april yang melibatkan lebih daripada 150 orang pelajar. Menjadi satu harapan agar pameran ini dapat menanamkan semangat cintakan seni di kalangan pelajar dan juga masyarakat.

Encik Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah hadir meluangkan masa bersama-sama warga SMK Pantai bagi memberi sokongan dan galakan dalam aktiviti sekolah yang berfokuskan kepada kemenjadian murid . YB Datuk Rozman Ahli Parlimen P166 Labuan juga sempat berkunjung dan menandatangani buku lawatan.

Sumber Berita : Sahar bin Misron

Encik Raisin memberi sokongan dan galakan hasil karya seni pelajar




Pendidikan Luar – Flying Fox & Abseiling PPKI SK Pekan Satu

Labuan- Program Pendidikan Luar – Flying Fox & Abseiling PPKI SK Pekan Satu telah diadakan pada 12 Ogos 2017 yang bertempat di Kompleks Sukan Air Labuan. Program ini adalah anjuran dari Kinabalu Training Resouces & Kelab Sukan NOC Labuan.

Seramai 46 orang murid, 20 orang guru telah hadir memeriahkan program tersebut.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah sebagai landasan kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk membina keyakinan diri melalui aktiviti sukan dan rekreasi melalui pengalaman yg sebenar.




Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SMK Rancha-Rancha 2017

9 Ogos –  Bertempat di dataran terbuka SMK Rancha-Rancha (SMKRR) telah berlangsung pertandingan kawad kaki Unit Beruniform SMKRR bagi tahun 2017. Pertandingan ini disertai oleh 8 unit beruniform iaitu Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah, Kadet JPJ, Kadet Pertahanan Awam, Pengakap, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat), kadet Polis dan Persatuan Puteri Islam.

Program ini turut menjemput, barisan hakim daripada wakil Polis Diraja Malaysia, Bomba Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, serta wakil daripada Pegawai Kadet Remaja Sekolah. Inspektor Azman bin Hussin merangkap pegawai perhubungan SMKRR diberi tanggungjawab sebagai ketua hakim bagi pertandingan ini.

Kadet Bomba dalam formasi barisan

Inspektor Azman selaku Ketua hakim diiringi oleh Cikgu Yahya Penolong Kanan HEM

Persatuan Kadet bomba telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan markah 416 diikuti dengan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) dengan markah sebanyak 411 dan tempat ketiga dirangkul oleh Kadet Polis dengan kutipan markah sebanyak 402. Kejuaraan Kadet Bomba diserikan lagi apabila dua ahli mereka mendapat anugerah Komander terbaik (Sulimin Bin Suliman) dan Peserta lelaki terbaik (Muhammad ariffin Bin Elias). Manakala bagi kategori kadet perempuan terbaik pula dirangkul oleh adik Yashirah Yusri daripada Kadet Polis.

Sumber Berita : Mohd Hafiz bin Mohamad

Tempat Kedua PKBM (Darat)

Tempat Ketiga Kadet Polis

Adik Sulimin Menerima Anugerah Komader terbaik

 




PSS SMK Pantai IB World School Memupuk Budaya Membaca dan Celik Maklumat

4 Ogos – Pusat Sumber SMK Pantai IB World School telah mengadakan Pameran Pembelajaran bertemakan perayaan megikut kaum di sekolah berkenaan.  Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan menghayati pelbagai perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran.Sejajar dengan itu, PSS SMKPIBWS mengadakan aktiviti literasi maklumat melalui program pameran bertema untuk memupuk semangat literasi maklumat bukan sahaja melalui pembacaan melalui buku semata-mata. Pengawas PSS bertindak sebagai pemangkin kepada penyediaan bahan literasi maklumat dan juga persiapan pameran bertema. Ini sekaligus dapat memupuk sikap berdaya saing, semangat berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Antara objektif program ini ialah untuk memperkenalkan sikap membaca dan mencari maklumat, memupuk pembelajaran sepanjang hayat, mewujudkan suasana pembelajaran di luar kelas, menanamkan sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam diri pelajar, mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah yang selari dengan status IB World School serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup melalui pameran bertema.

Pelajar SMK Pantai santai membaca bahan bacaan di Pusat Sumber

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pengetua SMK Pantai IB World School, Sahar bin Misron. Beliau inginkan warga SMK Pantai yang celik maklumat dan dapat menghayati budaya perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Pada pameran susulan disarankan dikembangkan kepada perayaan pelbagai kaum di seluruh dunia.

Sumber Berita : Sahar bin Misron




Program Perbengkelan Peningkatan Prestasi UPSR 2017

Labuan – Program ini merupakan anjuran Majlis Guru Besar Labuan dengan kerjasama Penolong Kanan Kurikulum dan guru-guru pakar di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini telah dijalankan pada 5 Ogos 2017 yang bertempat di Dewan Cun SK Pekan Satu.

Rasional program ini dijalankan adalah kerana sumber di setiap negeri adalah lebih kurang sama. Labuan secara fizikalnya tidak menghalang sebarang proses pemajuan pendidikan. Kekuataan guru pun tidak berbeza dengan negeri-negeri lain, malahan kekuatan Labuan lebih baik kerana terdiri dari guru dari pelbagai negeri. Sehubungan dengan itu , jika ada program-program terancang dan kita bersama-sama komited dengan perancangan tersebut, tidak mustahil prestasi UPSR labuan dapat ditingkatkan.

Bilangan peserta Program :

ZON 1
SK PEKAN SATU: 35 org
SK PEKAN DUA: 30 org
SKK ST ANNE: 15 org
SK MEMBEDAI: 6 org

ZON 2
SK PANTAI: 20 org
SK PATAU2: 15 org
SKK SK RANCHA2: 12 org

ZON 3
SK LAYANGAN: 20 org
SK KERUPANG: 25 org
SK TANJUNG ARU: 12 org
SK LUBOK TEMIANG: 15 org

ZON 4
SK SG LADA: 20 org
SK SG BEDAUN: 25 org
SK BUKIT KALAM: 35 org
SK BEBULOH: 17 org

ZON 5
SJK C WEN: 20 org
SJK C HWA: 12 org⁠⁠⁠⁠




SAS Berjaya Anjur Majlis Makan Malam Amal, Bina Dewan Terbuka Sekolah

Seramai 730 orang tetamu telah menghadiri Majlis Makan Amal Sekolah Menengah St. Anthony W.P.Labuan pada malam 29 Julai 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament W.P.Labuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rozman Bin Datuk Hj. Isli Ahli Parlimen P166 W.P.Labuan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YB Senator Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias serta Tuan Raisin Bin Saidin Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.

Puan Dona Undoh selaku Pengetua sekolah SM St. Anthony mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Rozman Bin Datuk Hj. Isli yang telah menyumbangkan RM20,000.00 bagi projek pembinaan Dewan Terbuka ( Open Hall ) sekolah. Manakala YB Senator Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias telah menyumbangkan RM5,000.00.
Pengerusi penganjur iaitu Dr. Baby Chong Vui Hiong telah menyumbangkan derma sebanyak 8888.88 dan berjaya mendapatkan penaja dan penyumbang terbanyak dalam projek ini.
Begitu juga kepada YDP Mr Chia Sia Theng yang telah menyumbangkan 6000.00 diikuti dengan
Dato Sri Goh Sin Han, Mr Goh Chan, Dato Robert Seah Kiat Cheong, Mr Paul Ipoh, Mr Wong Tack Peng dan Dato Celestine Kong ( from Singapore ), mereka ini menyumbangkan 5000.00 setiap seorang. Manakala penyumbang RM3000.00 ialah Mr. Teo Chee Wah, Utama Jaya/Milimewah/Labuan Supermarket dan Harison Sabah Sdn. Bhd.

YB Datuk Rozman Bin Datuk Hj. Isli mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000.00 bagi projek pembinaan Dewan Terbuka SAS.

Sumbangan RM8888.88 dari Dr Baby Chong Vui Hiong kepada YDP PIBG En Chia Sia Theng

Sumbangan peribadi RM6,000.00 dari Encik Chia Sia Theng

Pengetua sekolah juga mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada PIBG di bawah pimpinan YDP En Chia Sia Theng atas penganjuran projek Fund Raising ini.Setinggi-tinggi penghargaan atas usaha dan komitmen yang tinggi Pengerusi Penganjur Charity Dinner SAS pada tahun 2017 iaitu Dr . Chong Vui Hiong. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam menyampaikan persembahan seperti tarian dan nyanyian . Bakat murid-murid juga amat terserlah dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano.

Tuan Raisin Menyampaikan Anugerah Fund Raiser Terbanyak kepada Dr Baby Chong Vui Hiong.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXSAS yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk menyokong Charity Dinner SAS. “ Anda semua tetap di hati kami dan anggaplah malam ini juga adalah malam reunion bagi anda semua dan teruslah menyokong kami warga SAS”.

Tuan Raisin bersama warga SAS dan EXSAS

Pn Dona berharap dengan sumbangan yang terkumpul sebanyak 170, 900.00 ( Pendapatan kasar )akan dapat merealisasikan impian seluruh warga sekolah untuk membina sebuah dewan terbuka bagi kemudahan murid-murid di SM St. Anthony. Dewan ini bukan sahaja digunakan sebagai tempat perhimpunan murid pada setiap hari malahan boleh digunakan untuk mengadakan aktiviti kokurikulum dan juga program akademik yang lain. Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen guru-guru yang bekerja dalam semangat sepasukan yang tinggi bersama-sama dengan AJK PIBG.

Sumber Berita : Puan Dona Undoh

Persembahan tarian sambut tamu yang diketuai oleh adik Aiman Afiq Bin Ismail




Hari Koperasi SMK Labuan Beri Peluang Pelajar Berniaga

LABUAN – Koperasi SMK Labuan menyediakan murid-murid dengan peluang menimba pengalaman dalam bidang perniagaan.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata, ini secara langsung juga dapat memberi impak kepada pembangunan sifat-sifat positif murid seperti rajin, jujur, bekerjasama dan komited terhadap tanggungjawab yang diberi.

Hari Koperasi Sekolah (HKS) merupakan salah satu daripada kriteria dalam penilaian Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2017.

Datuk Hjh Noraini dan VIP melawat gerai-gerai jualan

Sempena HKS SMK Labuan 2017, pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan seperti Coop Run 5km, Gerai Jualan (46 gerai), pameran pelbagai agensi, aktiviti Kitar Semula, Menderma Darah, Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, Pertandingan Rekaan Poster Digital, Pertandingan Petanque, Pertandingan Karya Penulisan, Pertandingan Melukis, Pertandingan Karaoke, Ceramah Pendidikan Keusahawanan dan Lawatan Kemasyarakatan yang telah diadakan lebih awal pada minggu lepas.

“Pihak sekolah komited dengan peranan koperasisekolah iaitu membantu membangunkan modal insan yang kompetitif serta berpotensi untukmemperkukuhkan bidang keusahawanan negara, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Labuan 2017 yang diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan, Ahad lalu.

Program Kitar Semula Perbadanan Labuan

Program yang bermula seawal pukul 7 pagi itu dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin dan Yang Dipertua PIBG SMK Labuan, Haji Md Yusof Haji Chuchu.

Hadir sama Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Labuan, Azmaniansyah Bachok, Pegawai Angkat SMK Labuan Mohd Nizam Yasim dan Pegawai Perhubungan Polis SMK Labuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, WP Labuan, ASP Halimah Abdullah.

Aktiviti penanaman pokok

Ismail menambah Koperasi SMK Labuan Berhad berazam untuk terus memberi sumbangan positif kepada sekolah amnya dan kepada murid-murid khasnya. Ini juga secara kolektifnya akan memberi sumbangan kepada kemajuan gerakan koperasi di peringkat nasional.
Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam pameran-pameran serta aktiviti kitar semula, yang merupakan aktiviti yang menyumbang kepada penyuburan sikap menghargai alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Semoga HKS kali ini berjalan dengan lancar danjika ada rezeki, Koperasi SMK Labuan Berhad akan mendapat kedudukan yang sewajarnya dalam Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah2017,”katanya.

Ismail juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan Hari Koperasi SMK Labuan 2017.

Lawatan ke kedai koperasi SMKL Bhd

Sementara itu, Raisin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga SMK Labuan kerana berjaya melaksanakan Hari Koperasi Sekolah(HKS) SMK Labuan yang sangat meriah pada hari ini.
Beliau yakin ini terhasil daripada perancangan dan kerjasama yang begitu kuat dalam kalangan warga SMK Labuan iaitu guru-guru, staf, murid-murid dan dibantu oleh sokongan kuat PIBG, para ibubapa serta pelbagai pihak yang berkaitan.

Katanya, Koperasi SMK Labuan Berhad telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dari segi jualan, untung bersih dan sumbangan kepada aktiviti sekolah terutama 3 tahun kebelakangan ini.

Jualan pada 2015 sebanyak RM268,000, pada 2016 sebanyak RM261,000 dan pada 2017 sebanyak RM320,000. Untung bersih yang dicatatkan ialah RM38,000 pada 2015, RM65,000.00 pada 2016 danRM42,000 pada 2017.

Ini membolehkan koperasi memberi sumbangan kepada aktiviti sekolah berjumlah antara RM10,000 hingga RM22,000 untuk tujuan Kebajikan Am, Pendidikan Pelajar, Sumbangan, Lawatan danTabung Modal Projek Usahawan.

Koperasi SMK Labuan Berhad tidak menggajikan pekerja tetap tetapi memberi peluang kepada murid-murid menjadi juru jual harian secara berjadual bergilir-gilir. Murid sesi pagi bertugas waktu petang, manakala murid sesi petang bertugaswaktu pagi.

“Ini merupakan pendekatan yang baik dan kreatif untuk murid-murid. Selain daripada mendapat sedikit ganjaran daripada tugas yang dijalankan, yang lebih penting lagi ialah pengalaman yang diperolehi akan membina azam dan cita-cita merekauntuk menceburi bidang perniagaan pada masa depan,”katanya.

Hadirin dalam majlis perasmian