SMK Labuan Raih Gangsa dalam National Wind Orchestra Festival 2017

17hb Julai –  SMK Labuan meraih pingat gangsa dalam pertandingan National Wind Ochestra Festival 2017  yang telah di adakan pada 12hb hingga 15hb Julai 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) . Pertandingan ini dianjurkan oleh Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Matlamat utama kontinjen SMK Labuan menyertai pertandingan ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman bermakna dalam mengembangkan bakat, minat dan kreativiti melalui aktiviti muzikal yang positif. Sebanyak 13 pasukan yang bertanding dan SMK Labuan diwakili oleh 27 orang pelajar dan 2 orang guru. Pasukan SMK Labuan diketuai sendiri oleh gurunya, Cikgu Mary Teng Howe Hui dan merupakan konduktor okestra SMK Labuan dalam pertandingan pada kali ini. Cikgu Lui Teck Huoy turut mengiringi pasukan okestra tersebut.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail bin Abdullah melahirkan rasa syukur, gembira dengan komitmen yang diberikan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru serta ibu bapa yg sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Beliau berharap agar pasukan Concert Band SMK Labuan semakin mantap dan dapat mencapai tahap perak dan emas dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.

 

 




Kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha semakin dikenali

Bidang kesenian merupakan salah satu kebitaraan SMK RanchaRancha Wilayah Persekutuan Labuan. Salah satu bidang seni yang menonjol di SMK RanchaRancha ialah bidang seni tari. Kemenjadian bidang seni tari di sekolah itu telah diterajui oleh guru penasihatnya iaitu Cikgu Sapri Idris dan dibantu oleh Cikgu Zaharah Mat Jali.

Pembangunan bidang seni tari SMK Rancha-Rancha mengalami lonjakan saujana yang mana walaupun masih berusia setahun jagung namun keupayaan dan pencapaian Kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha tidak dapat disangkal kerana beberapa siri pencapaian dan kejayaan kumpulan itu telah mendapat pengiktirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan dan antarabangsa.

Pengetua SMK Rancha- Rancha Omar Baki Matusin amat menyokong kuat kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha.Beliau optimis dengan keupayaan dan kesungguhan kumpulan seni tari sekolah itu dalam mencapai kejayaan. “Sebagai tanda sokongan kepada perkembangan bidang seni tari melalui aktiviti kokurikulum, saya sentiasa berbincang dengan guru penasihat kumpulan D’ Akar Seni SMK RanchaRancha tentang pertandingan yang disertai di peringkat negeri mahupun kebangsaan,” katanya.

Kumpulan D’Akar Seni SMK Rancha-Rancha di bawah kegiatan kokurikulum iaitu Kelab Pelancongan Sekolah SMK Rancha-Rancha mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik dalam melahirkan serta mencungkil bakat para pelajar di sekolah itu, khususnya dalam bidang seni tari. Pada awal tahun ini, Kelab Pelancongan sekolah itu mengadakan kursus seni tari di dalam program Semarak Tari. Program itu telah pun dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu iaitu dari 2015 hingga 2017.

Penolong Kanan Kokurikulum sekolah Fauziah Idris menjelaskan komitmen kuat guru dan usaha tanpa mengenal erti putus asa oleh penari sekolah telah menjadikan kumpulan tari D’ Akar Seni SMK RanchaRancha kian digeruni di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Latihan secara intensif dilaksanakan setiap hujung minggu yang mana Adam Sangga dan Nazri Gores Maran yang bertindak selaku jurulatih tari sekolah SMK RanchaRancha mengajar gerak dan pembentukan posture badan para penari.

Tarian yang diajar adalah tarian Melayu seperti inang, zapin, asli dan joget. Para pelajar juga diajar menguasai tarian etnik Sabah dan Sarawak. Semangat bergotong-royong menjadi amalan kumpulan D’Akar Seni dan ini terbukti apabila mereka membuat sendiri aksesori dan menjahit manik pakaian tarian.

Antara kejayaan kumpulan tari D’ Akar Seni SMK RanchaRancha adalah menjadi johan Pertandingan Tarian Etnik Sabah2017,johanPertandingan Tarian Tradisi 2017 WP Labuan, johan Pertandingan Rampaian Melayu Tradsional WP Labuan 2017. Di peringkat kebangsaan, Kumpulan D’Akar Seni SMK Rancha-Rancha juga pernah mendapat anugerah Tarian Etnik Kreatif sempena Festival Seni Kebangsaan 2016.

Pertandingan berprestij anjuran Perbadanan Labuan iaitu Borneo Arts Festival telah mengangkat nama Kumpulan D’Akar Seni yang mendapat tempat ke-4 daripada 24 pasukan yang bertanding termasuklah dari Negara Brunei Darussalam. Kejayaan kumpulan tari SMK Rancha-Rancha telah melayakkan kumpulan itu mendapat anugerah daripada KelabPelanconganPalingAktif pada tahun 2016 oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Labuan.

Pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Labuan telah memilih Kelab Pelancongan SMK Rancha-Rancha sebagai penerima Anugerah Pengurusan Kelab dan Persatuan Terbaik kategori sekolah menengah. Perancangan jangka panjang kumpulan seni itu adalah untuk menyertai pertandingan tarian antarabangsa seperti World Cup Dance 2018.

Sapri optimis sekiranya kumpulan itu diberi kepercayaan dan diberikan dana untuk ke pertandingan antarabangsa kejayaan akan dapat diperolehi berkat kesungguhan dan komitmen semua pihak.

“Sebagai tanda sokongan kepada perkembangan bidang seni tari melalui aktiviti kokurikulum, saya sentiasa berbincang dengan guru penasihat kumpulan D’ AkarSeniSMKRancha-Rancha tentang pertandingan yang disertai di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

OMAR BAKI MATUSIN Pengetua SMK Rancha-Rancha




Saint Anthony School ( SAS ) Perlu 300 Ribu Untuk Bina Dewan Terbuka Sekolah

Labuan – SAS memerlukan RM300,000.00 untuk membina Dewan Terbuka Sekolah Menengah ST. Anthony bagi kemudahan para pelajar di sekolah ini. Oleh itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru  ( PIBG ) Sekolah Menengah ST. Anthony W.P.Labuan bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ( Charity Dinner ) pada 29 Julai 2017.

Puan Dona Undoh , Pengetua SM. St. Anthony menyatakan antara tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk mengutip dana bagi pembinaan projek Dewan Terbuka Sekolah ( Open Hall ). Beliau menyatakan projek ini mendapat sokongan kuat dari Yang diPertua PIBG SM. St. Anthony W.P.Labuan iaitu Encik Chia Sia Theng selaku Penasihat projek serta Dr. Baby Chong Vui Hiong yang dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Majlis Makan Malam Amal pada tahun ini.

Dona berkata Sekolah Menengah St. Anthony merupakan sekolah bantuan modal yang telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada tahun 1996. Sekolah ini mempunyai murid seramai 432 orang dan 34 orang guru serta 4 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana ( PKP ). Di harapkan dengan adanya Dewan Terbuka ini akan memberikan kemudahan kepada murid sebagai dewan perhimpunan dan juga ruang untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai sasaran sumbangan sebanyak RM300, 000.00 ialah jualan tiket makan malam amal, kutipan sumbangan iklan bagi buku cenderahati serta sumbangan dalam bentuk wang tunai dari orang perseorangan mau pun syarikat-syarikat swasta. Turut diadakan cabutan tiket bertuah dengan barangan yang menarik berupa barangan elektrik dan hamper.

Majlis Makan Malam ini akan dihadiri oleh Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah Pendidikan W.P.Labuan dan beberapa tetamu khas yang lain.

Sebagai pembuka tirai sumbangan tunai, Dr Baby Chong selaku Pengerusi Penganjur menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM8,888.88 manakala Encik Chia Sia Theng menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM6,000.00. Individu lain yang turut memberikan sumbangan peribadi ialah Dato’ Robert Seah Kiat Cheong sebanyak RM5,000.00 ,  Encik Paul Ipoh sebanyak RM5,000.00,  Gaya Saloon RM2,000.00 dan Mr Soo Tai Siong & Chai Chai RM1,000.00.

Setakat ini  jumlah kutipan sumbangan tunai dan sumbangan iklan sebanyak RM35,135.79 . Diharapkan sumbangan ini akan meningkat menjelang 7 Julai 2017. Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat AJK Majlis Makan Malam Amal di Bilik Gerakan Sekolah pada 20 Mei 2017 baru-baru ini. Beliau bagi pihak YDP PIBG dan Pengerusi Penganjur mengalu-alukan sumbangan tokoh korporat dan pihak NGO . Jualan tiket Makan Malam Amal bernilai RM100 dan RM80 boleh diperolehi dari YDP PIBG Encik Chia Sia Theng, Dr. Baby Chong Vui Hiong dan Pn Dona Undoh sebelum 7 Julai 2017.

Sumbangan wang tunai juga boleh dimasukkan ke akaun FUND RAISING SM. ST. ANTHONY W.P.LABUAN , NO akaun : 8008536922 ( CIMB LABUAN ).

AJK Penganjur Majlis Makan Malam SAS

Dr. Baby Chong Vui Hiong selaku Pengerusi Penganjur menyatakan harapan beliau agar Majlis Makan Malam pada kali ini mendapat sambutan dari pada para ibu bapa dan juga sektor swasta. Aktiviti PIBG ini selaras dengan matlamat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 – 2025 ) dalan anjakan 9 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh.




Program Peningkatan Akademik Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu UPSR

LABUAN, Sabtu – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) mengadakan Program Peningkatan Akademik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR pada 22 April 2017 bertempat di Dewan Mini Anjung Budaya, Perbadanan Labuan Layang-Layangan. Program ini disertai seramai 41 orang murid calon UPSR SK Rancha-Rancha dan 62 orang dari 15 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

            Penceramah jemputan program peningkatan ini ialah Encik Mat Ariffin bin Ismail yang merupakan penulis buku teks tahun 6 KSSR (2015). Beliau juga merupakan seorang penulis modul KSSR (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (2011-2015). Selain itu, beliau juga merupakan seorang jurulatih kebangsaan (KBSR) (KSSR) (DSKP).

            Program ini merupakan kesinambungan program tahunan yang telah dirancang bagi mengukuhkan keyakinan diri, memberi kesedaran dan memantapkan persediaan awal murid-murid sebelum menghadapi UPSR pada September 2017. Selain itu, objektif program ini adalah untuk memantapkan kemahiran murid menjawab soalan kertas pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu UPSR dengan menggunakan teknik dan kaedah menjawab yang betul dan tepat. Bagi guru-guru pula, program ini dapat meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam kaedah mengajar murid menjawab soalan dengan tepat dan betul.

            Guru Besar SK Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Norinnie binti Kassim dalam ucapannya berharap agar program ini dapat memberi impak kepada semua murid yang menyertai program ini. Beliau juga berharap melalui perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah akan membantu meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu di Wilayah Persekutuan Labuan dalam UPSR pada tahun ini.

            Norinnie turut mengucapkan terima kasih kepada guru dan murid dari 15 buah sekolah yang menyertai Program Peningkatan Akademik 2017 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kecemerlangan prestasi Bahasa Melayu UPSR khususnya SK Rancha-Rancha dan amnya Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk membantu dalam peningkatan pencapaian akademik di Wilayah Persekutuan Labuan.

     




Sambutan Israk Mikraj SKK Rancha-Rancha

LABUAN, Khamis – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) mengadakan sambutan Israk Mikraj pada 04 Mei 2017. Program ini disertai seramai 310 orang murid Pendidikan Islam dan 33 orang guru. Ceramah Israk Mikraj bersempena Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini telah diadakan di Dewan SK Rancha-Rancha.

            Ceramah yang menarik perhatian warga sekolah ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahrizal bin Mohd Saffian, Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) W.P Labuan. Beliau hadir bersama lapan orang pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Badr Taman IOFC Kerupang 2. Di samping itu, kaunter PPZ juga dibuka kepada warga sekolah.

Objektif utama Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan lanjut kepada murid-murid berkaitan peristiwa Israk Mikraj dan iktibarnya kepada seluruh umat Islam.

Ustaz Ahmad Shahrizal dalam ceramahnya berkata peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu mukjizat yang besar yang dianugerahkan kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW). Israk itu adalah perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala Mikraj pula ialah keadaan baginda semasa terus dibawa ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab sebagai memberikan kekuatan batin kepada Baginda dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.

Menurut beliau lagi, pengajaran yang besar daripada Israk dan Mikraj ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah SAW telah ditunjukkan peristiwa ajaib dalam perjalanan itu.

Misalnya, Nabi diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah SAW: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

Selain itu, kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

            Guru Besar SK Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Norinnie binti Kassim dalam ucapannya berharap agar program ini dapat memberi impak kepada semua murid yang menyertai program ini. Beliau berkata, kita sendiri sedia maklum bahawa peristiwa Israk Mikraj merupakan antara peristiwa  atau sejarah penting dalam rakaman kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini bukan sahaja membawa makna penting kepada Nabi SAW semata-mata tetapi juga kepada keseluruhan umat Islam di dunia.




SK Pantai, SMA MAIWP Labuan johan keseluruhan

Sekolah Kebangsaan Pantai dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP Labuan) masing-masing muncul johan keseluruhan kategori sekolah rendah dan menengah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolahsekolah (MTQSS) Wilayah Persekutuan Labuan 2017.

Sekolah Kebangsaan Bebuloh telah dipilih sebagai pengelola dan tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MTQSS) 2017, baru-baru ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Bercerita dari Kisah Al-Quran.

Majlis Tadarus peringkat negeri yang bertemakan ‘AlQuran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak’ itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin. Beliau menyeru agar para pelajar dapat memperkukuh dan memantapkan akhlak melalui amalan pembacaan al-Quran.

“Menerusi penganjuran Majlis Tadarus ini, ia mampu menjana penghayatan dalam kalangan pelajar dalam rangka memahami isi kandungan al-Quran agar dapat diimplementasikan dalam urusan kehidupan seharian,” katanya.

MTQSS merupakan aktiviti tahunan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Usaha itu dapat melahirkan kesan yang positif di jiwa umat Islam. Menerusi penganjuran Majlis Tadarus ini, ia mampu menjana penghayatan dalam kalangan pelajar dalam rangka memahami isi kandungan al-Quran agar dapat diimplementasikan dalam urusan kehidupan seharian. MTQSS sebagai satu tempat pemilihan murid ke peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara objektif program adalah dapat melahirkan generasi yang membaca, menghafaz, mendalami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan mereka serta dapat mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar dan mencungkil bakat dan mengembangkan potensi para pelajar dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Bercerita dari Kisah AlQuran.

Seramai 60 pelajar yang menyertai antara acara yang dipertandingkan yang terdiri daripada 30 murid sekolah rendah dan 30 pelajar sekolah menengah. Para peserta diadili oleh 20 juri yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan jemaah hakim yang diketuai oleh Ustaz Zainal Abd Wahab dari SMK Mutiara.

Sementara itu, murid SK Pekan Satu Muhammad Audi Syakir Syamsul muncul johan Tilawah Al Quran Sekolah Rendah Lelaki, naib johan Muhammad Fahmi Ajis (SK Bebuloh) dan tempat ketiga Nik Abdul Syakur Nik Iznan Musyahmi (SK Sg Bedaun).

Manakala bagi kategori perempuan, johan disandang Nur Atiqatul A’Aliyah Abdul Kahar (SK Pantai), kedua Damia Nur Afifiah Muhammad Faizal (SK Patau-Patau) dan ketiga Nur Mayunie Edward (SK Pekan Dua). Pemenang bagi acara Hafazan Sekolah Rendah kategori perempuan ialah Ahmad Dinie Bakri (SK Pantai), naib johan Amir Arshad Azmi (SK Pekan Dua) dan tempat ketiga Ahmad Muas Nairolislan dari SK Tg Aru.

Raisin bersama Johan Keseluruhan SK Pantai

Seterusnya, bagi kategori perempuan, johan Syazana Lisa Aziz (SK Pantai), naib johan Qistina Alya Sulaiman (SK Kerupang) dan ketiga Nur Fatihah Wanema Sofiyyah Irwan (SK Pekan Satu). Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran kategori lelaki pula menobatkan peserta dari SK Lubok Temiang Ahmad Naquib Syahmun sebagai johan manakala naib johan Muhammad Amnan Syibri Samsul dari SK Pekan Satu dan tempat ketiga Muhammad Danial Adlan Rizuan dari SK Sungai Bedaun.

Johan bagi Kategori Perempuan pula dimenangi Nursyuhadah Balqis Amir (SK Lubok Temiang), kedua Anastasia Azri (SK Pekan Dua) dan ketiga Nurhazira Alesya Rafezun (SK Sungai Lada). Dalam acara Tilawah AlQuran Sekolah Menengah kategori lelaki pula menyaksikan peserta dari Sekolah Menengah Agama MAIWP AlFaiz Darsono sebagai johan, naib johan Aidil Hadis dari SMK Pantai dan tempat ketiga Muhamad Hafizie Anuar dari SMK Mutiara.

Pelajar SM Sains Labuan Nurliana Suhaimi muncul johan kategori perempuan, kedua Norlaila Hashim dari SMK Taman Perumahan Bedaun dan ketiga Aniya Daryani Anuar dari SMA MAIWP. Seterusnya, juara bagi pertandingan Hafazan Sekolah Menengah kategori lelaki, Mohd Ikmal Sulahhaji (SMA MAIWP), naib juara Mohd Afiq Abd Lamit (SMK Mutiara) dan ketiga Shahrul Faiz Hasnul Hafiz (SM Sains Labuan).

Mohd Sufi Solehin Supri dari SMA MAIWP muncul juara Pertandingan Syarahan Agama Sekolah Menengah kategori lelaki, kedua Rafieq Rafizie Nur Sha dari SMK Labuan dan ketiga Abdul Razzak Abdullah dari SM Sains Labuan. Manakala, Waznah Saiyidah Sidik dari SM Sains Labuan menjuarai kategori perempuan, kedua Siti Hawa Rusdi dari SMA MAIWP dan ketiga Ainzulaikha Zolkapli dari SMK Mutiara.

Sumber berita : Utusan Borneo




Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah SMK Labuan

SMK Labuan berazam untuk terus menghasilkan peningkatan prestasi dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid, menangani semua cabaran yang dihadapi secara sistematik dan strategik, menjunjung slogan SMK LABUAN JUARA : SETIAP MURID BERNILAI dengan menghargai dan menggilap potensi murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza. Demikian ucapan Pengetua SMK Labuan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES)  yang telah diadakan pada 22 April 2017 (Sabtu) di Dewan Mutiara SMK Labuan.

MAKES diadakan bagi memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kurikulum seperti peperiksaan PT3, SPM dan STPM, dan Hal Ehwal Murid (HEM). Ianya juga memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen para guru dan panitia yang berjaya meningkatkan keputusan dalam peperiksaan awam.

Antara ibu bapa dan hadirin yang hadir memeriahkan majlis

Majlis meraikan pelajar dan guru ini telah dirasmikan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapannya beliau berkata,  slogan “SMK Labuan Juara : Setiap Murid Bernilai” memang bertepatan sekali slogan ini dizahirkan kerana kita sedar bahawa setiap pelajar yang datang ke sekolah pada setiap hari ini mempunyai bakat atau kecenderungan masing-masing.

“Keistimewaan dan kebolehan seseorang pelajar itu bukan terletak kepada kecemerlangan dalam pelajaran sahaja tetapi dalam bidang kokurikulum, sukan ataupun keistimewaan dirinya yang tidak ada pada pelajar lain”, jelasnya. Segala kelainan bakat dan kebolehan pelajar SMK Labuan ini telah berjaya mengangkat nama SMK Labuan untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.

Sementara itu, Dato’ Sri Hj Amir Bin Hussien (Ketua Pegawai Eksekutif Oscenia Network Technology Sdn Bhd, merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan juga berkesempatan memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Beliau berkata, dalam persaingan global yang semakin sengit sekarang dan juga pada masa akan datang, kecemerlangan akademik sahaja tidak mencukupi. Dalam realiti dunia sebenar, kecemerlangan akademik merupakan satu bonus, tetapi beberapa faktor lain juga perlu dibangunkan sejak peringkat sekolah supaya murid-murid mudah menghadapi dunia kerjaya yang kompetitif.

“Kemahiran komunikasi sangat penting, kemahiran interpersonal, psikologi, kemahiran berunding, kemahiran pelbagai bahasa akan memberi kelebihan kepada murid-murid kita untuk bersaing dengan pihak-pihak lain di luar sana.”, katanya.

Dato’ Sri Hj Amir Bin Hussien telah berbesar hati untuk menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada SMK Labuan sebagai tanda komitmen beliau terhadap usaha gigih guru-guru memberikan pendidikan cemerlang kepada murid-murid SMK Labuan.

Sumbangan daripada Dato’ Sri Hj Amir untuk SMKL

 Bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2016, Shahira Nadzira Rizal telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Labuan 2016. Beliau cemerlang dalam bidang akademik bermula daripada peperiksaan UPSR, PT3 sehinggalah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Beliau juga memegang jawatan kepimpinan seperti Pengawas Sekolah, Pengerusi Kelab dan Persatuan. Dalam bidang ko akademik beliau merupakan Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris Peringkat Labuan Tahun 2014 hingga 2016.

Raisin menyampaikan anugerah Tokoh Pelajar 2016, Shahira Nadzhira

Hadir bersama,  Tn Hj Md Yusof Bin Hj Chuchu, Yang DiPertua PIBG SMK Labuan dan ASP Halimah Binti Abdullah, Pegawai Perhubungan Polis SMK Labuan.

Pelajar Cemerlang STPM Nurisfarini Sulong PNGK 3.92

Pelajar Cemerlang STPM Mariel Gabriel Moinjil PNGK 3.92




SK Lubok Temiang Juara Sukan Pra Sekolah Labuan 2017

Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) muncul juara Kejohanan Sukan Mini Pra Sekolah Kali Ke-11 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan selepas meraih 2 emas dan 1 gangsa.

Pada kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, pada Sabtu lalu. menyaksikan SK Pekan Dua menduduki tempat kedua dengan 1 emas dan 1 perak manakala tempat ketiga dimenangi tiga sekolah iaitu SK Kerupang, SK Membedai dan SK Pekan Satu yang masing-masing mendapat 1 emas.

Majlis perasmian sukan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Haji Matnoh dan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanakkanak Dan Pra Sekolah, Diah Mohd Yussof.

Kontinjen SK Lubok Temiang dikendalikan tiga jurulatih, Samih Kukung, Nurmi Anuar dan Nasrun Ramli. Samih yang juga guru Pra Sekolah berkata kejayaan itu sangat bermakna kerana pada tahun lalu, SK Lubok Temiang hanya berjaya memasuki final.

Dua pingat emas yang diperoleh ialah menerusi Ahmad Arkaan Israq Ridzuan dalam acara individu lelaki 60 meter dan Lari Berganti-ganti 4X50 Lelaki yang dibarisi Ahmad Arkaan Ridzuan, Muhammad Zulqhuzaimi Zulkaply, Reagan Patan George dan Muhammad

Sebanyak 14 pasukan menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Sumber Berita : Utusan Borneo 19 April 2017




Kerjasama Dua Sekolah, Wilayah dan Negara

Seramai 20 guru dan pelajar SMK Rancha-Rancha menjayakan program Lawatan Pengantarabangsaan Jalinan Muhibah SMKRR Ke SM Menglait Gadong, Brunei Darussalam pada 8 April lalu.

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Yahya Ahmad Puteh yang juga Ketua Rombongan berkata rombongan itu terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran (Ustaz Abd Rahman Ahmad), Penolong Kanan Kokurikulum (Fauziah Idris), tiga Ketuaketua Bidang, sembilan guru dan lima pelajar tingkatan 3.

Katanya, rombongan SMK Rancha-Rancha bertolak ke SMK Menglait Muara Brunei Darussalam pada 8 April 2017 dan disambut oleh Pengetua SM Menglait, Haji Mohidin Nordin.

Ahli rombongan dibawa melawat ke setiap kelas di mana pada hari tersebut sesi pembelajaran sebelah pagi adalah aktiviti kokurikulum.

Selepas lawatan, Haji Mohidin menyampaikan taklimat di bilik mesyuarat yang turut dihadiri Penolong Pengetua 1, Hajah Khadijah Haji Mohd Salleh, Penolong Pengetua 2, Dgku Nurul Aminatun Faridah Pg Haji Mohd Ali dan Pegawai Kegiatan Luar Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam, Shahirah Haji Yusuf.

Mohidin menyatakan rasa kesyukuran atas kedatangan rombongan dari SMK Rancha–Rancha.

Beliau sangat gembira atas kunjungan SMKRR dalam menjalinkan persahabatan dan bertukar-tukar idea terutama dari segi perancangan strategi pembangunan sekolah.

Sempena taklimat itu, beliau telah membentangkan kejayaan akedemik SM Menglait untuk pengetahuan rombongan SMKRR.

Beliau juga memberi jaminan bahawa hubungan baik ini akan terus terjalin antara kedua-dua sekolah.

Mohidin berharap agar persahabatan akan terus berkekalan demi samasama membangunkan perkembangan akedemik, kokurikulum dan sahsiah di kedua-dua sekolah.

Walaupun berlainan negara dan cara pentadbiran sekolah tetapi tujuan, visi dan misi adalah sama iaitu melahirkan insan yang berguna di dalam masyarakat dan sentiasa memelihara nilai-nilai budi pekerti yang baik dan taat beragama.

Beliau juga menyatakan hasrat akan membuat lawatan balas ke SMKRR bagi melihat pula bagaimana SMKRR mengurus tadbir sekolah untuk dicontohi dan sesuai diaplikasi di SM Menglait.

Sementara itu, Yahya Ahmad Putih berkata Pengetua SMK RanchaRancha, Omar Baki Matussin tidak dapat bersama-sama dalam rombongan tersebut kerana bertugas di luar negara.

Beliau juga memaklumkan Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin yang pada mulanya dijadulkan menyertai rombongan berkenaan tetapi terpaksa dibatalkan atas tugas-tugas rasmi yang tidak dapat dielakkan.

Yahya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian SM Menglait menerima kunjungan daripada SMK Rancha-Rancha.

Katanya, lawatan itu bertujuan untuk menjalinkan persahabatan antara dua sekolah bertaraf antarabangsa sekaligus penghubung antara duabuahnegaraiaituMalaysia dan Brunei Darussalam.

“Ini juga merupakan KPI Pengetua, Omar Baki yang inginkan SMKRR membuka langkah merentas benua menjalinkan hubungan pengantarabangsaan sekolah demi memberi ruang dan peluang pelajar-pelajar SMKRR membuka minda seluas-luasnya dan bertukartukar idea bersama pelajar dari sekolah lain di luar dari lingkungan Labuan khasnya dan Malaysia amnya selain merupakan satu proses pembelajaran Abad ke21,”katanya.

Yahya juga telah menyuarakan hasrat SMKRR kepada Pengetua SM Menglait Brunei Darussalam untuk menjayakan program pertukaran pelajar.

“Program ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama pengetua. Diharap program ini akan berjalan seperti yang dijadualkan,”katanya.

Yahya menyatakan kekagumannya terhadap SM Menglait yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar sekolah itu yang juga merupakan Bahasa Penghantar semua sekolah di Brunei Darussalam.

Katanya, inilah yang akan menjadi keuntungan kepada pelajar-pelajar SMKRR jika program pertukaran pelajar dilaksanakan.

Mereka akan dapat menggukuhkan lagi peggunaan Bahasa Inggeris mereka semasa menjalani program itu.

Pertukaran pelajar dirancang selama seminggu di mana pelajar SMKRR akan bersekolah di SM Menglait, dan pelajar SM Menglait akan mengikuti pembelajaran di SMKRR.

Jelas Yahya, objektifnya hanya satu iaitu memberi ruang dan peluang mereka merasai sistem pendidikan di kedua-dua negara dan dapat menimba ilmu daripada perkongsian tersebut.

Lawatan sambil belajar itu diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak.

Sumber Berita : Utusan Borneo 18 April 2017




SMK Labuan anjur Majlis Interaksi Akademik dan Sentuhan Hati Pelajar-Pelajar Pra Universiti

Majlis Interaksi Akademik dan Sentuhan Hati Pelajar-Pelajar Pra Universiti SMK Labuan telah diadakan di Dewan Mutiara sekolah tersebut pada 15 April 2017 (Sabtu) lalu.

Program itu diadakan untuk menerangkan tentang sistem pembelajaran dan pentaksiran STPM serta kelebihan-kelebihan Tingkatan 6. Ianya juga untuk interaksi akademik antara pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Majlis itu bertujuan bagi penetapan sasaran gred setiap mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Kumulatif setiap pelajar.

Pada majlis itu, diadakan lafaz ikrar kecemerlangan pelajar-pelajar Pra U yang disaksikan ibu bapa dan guru-guru. Seramai 125 pelajar bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing menghadiri program tersebut. Turut hadir Yang Di Pertua PIBG SMK Labuan, Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Penolong Kanan Pra U, Saminan Sabtu.

Sementara itu, ketika merasmikan program tersebut, Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata pada tahun ini pihaknya meletakkan sasaran pencapaian STPM 2017 iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) 2.80 (berbanding 2.54 tahun 2016) dan bilangan pelajar cemerlang PNGK 3.00 ke atas seramai 41 orang berbanding 31 orang tahun 2016.

Ismail berharap agar ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam STPM 2017.Katanya, kelayakan STPM diiktiraf oleh IPTA dalam dan luar negara serta diiktiraf sebagai kelayakan untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam bertaraf diploma.Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan dalam menjayakan program-program Pra U SMK Labuan.

“Pensyarah Pra U juga bertekad untuk memastikan lebih ramai pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM 2017,”katanya.

Sumber Berita : Utusan Borneo 18 April 2017