Program Ujian Pengesahan Covid-19 Untuk Warga Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2020
Labuan – Pada 8 Oktober yang lepas, Ujian pengesahan COVID-19 yang dikendalikan oleh CPRC Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Seramai lima orang urusetia dari Jabatan Pendidikan dan 15 orang petugas KKM terlibat untuk merealisasikan program ini. Semua pegawai JPN, Pengetua, Guru Besar, guru-guru dan AKP yang sudah mengambil ujian COVID-19 dan mula dikuarantin pada 27 September hingga 06 Oktober diWAJIBkan hadir. Seramai 238 orang warga pendidikan telah hadir untuk menjalani ujian ini. Kerjasama yang telah diberikan oleh warga pendidikan ini adalah sangat baik dan mendapat pujian daripada petugas barisan hadapan KKM yang bertugas.
Para petugas barisan hadapan KKM bersama urusetia program
Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan bersama Dr. Ismuni Pengarah Jabatan Kesihatan, Puan Nurzalizah Kartika Abdullah Pengarah Majlis Keselamatan Negeri ( Labuan ) turut hadir memantau pelaksaan ujian yang dijalankan pada hari tersebut. Puan Pengarah berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan khususnya kepada petugas barisan hadapan atas kerjasama untuk melaksanakan ujian COVID-19 khas untuk warga pendidikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih Puan Pengarah kepada pihak RML dan media yang hadir pada hari tersebut. Puan Pengarah berharap agar program-program akan datang bersama Jabatan Kesihatan dan RML serta agensi lain akan dapat diteruskan.
Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidikan khasnya kepada Sektor Pembangunan Murid dan Sektor Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menjadi urusetia dan telah menunjukkan semangat kerja berpasukan yang tinggi sepanjang program ujian pengesahan COVID-19 berlangsung.
Semoga program yang telah dijalankan ini memberikan manfaat yang sangat besar dalam usaha kerajaan untuk membendung pandemik Covid-19 dari telus menular dalam kalangan warga pendidikan khasnya dan keseluluruhan rakyat Malaysia amnya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari bala ini oleh Allah yang maha kuasa.
Suasana Ujian Saringan Covid-19 sedand dijalankan
Ujian sampel darah
Pertandingan Hebat KBAT STEM Pupuk Minat Bidang Aeroangkasa Pelajar Smk Rancha-Ranca
Labuan, 22 Sept , Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha telah mengadakan Program pertandingan KBAT STEM. Program ini diadakan secara tertutup dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan. Pertandingan ini disertai oleh 12 orang pelajar terpilih daripada tingkatan 1 dan 2 sahaja. Program ini dianjurkan bersama oleh Bidang Sains dan Matematik dengan Pusat sumber DSDN SMKRR di bawah kelolaan En Abdul Ghafar Bin Salleh Ketua Bidang sains Matematik dan En Sapri idris serta di bantu oleh Pn Evelyn Brenda, Pn Aizah Nayan dan En Mohd Khairul. Program ini berbentuk pertandingan berkumpulan untuk memasang model. Antara model yang di pasang adalah model Roket Saturn 5, Apollo Luna, Curiosity Rover, voyager space 1 serta membuat pembentangan. Tema pertandingan adalah berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas.
Program ini bertujuan meningkatkan minat murid untuk mempelajari bidang-bidang teknologi dan sains yang mana ini akan membuka minda mereka dengan lebih luas untuk meneroka dalam bidang industri dan sains pada masa akan datang yang merupakan keperluan pada masa kini . En Ghafar selaku ketua bidang berkata, program ini juga sebenarnya membuka mata para pelajar untuk lebih berminat melibatkan diri dalam industri yang berkaitan dengan angkasa lepas. Secara tidak langsung pelajar didedahkan dengan lebih awal mengenai industri aeroangkasa. Program ini juga merupakan program pembelajaran di luar kelas yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menjadi kewajipan pada sekolah ini untuk sentiasa menerapkan nilai KBAT di kalangan pelajar samada Pembelajaran di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Hasil Model-model yang di pasang oleh pelajar telah di pamerkan di Pusat Sumber sabagai satu hasil dan bahan yang menarik untuk dijadikan rujukan kepada pelajar lain. Pertandingan ini telah di rasmikan oleh En Yahya Bin Ahmad Pengetua SMKRR . En Yahya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas usaha Bidang Sains dan Matematik serta Pusat Sumber Datuk Sri Datin Norsiah Abdullah (PSS DSDN) , ketua bidang serta guru-guru dalam Panitia Sains Matematik yang telah yang telah bertungkus lumus menganjurkan pertandingan yang sungguh berimpak tinggi kepada pelajar terutama dalam penerokaan bidang STEM.
Pengetua SMK Rancha-Rancha En. Yahya bin Ahmad Puteh berucap ketika merasmikan pertandingan Hebat KBAT
Beliau juga berbangga kerana Bidang Sains dan Matematik telah berjaya membuat program ini sebagai satu penerapan nilai KBAT yang sangat jelas. Beliau juga berterima kasih kerana prorgram ini terus mengamalkan SOP yang telah di tetapkan. Beliau berharap agar pertandingan seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan program ini boleh dijadikan sebagai program tahunan. Selain dapat mencungkil bakat pelajar program ini sangat bermanfaat dalam memupuk minat murid dalam bidang aeroangkasa yang sememangnya menjadi keperluan negara pada masa kini dan akan datang. Usaha guru dan pelajar harus dipuji dan diberi sokongan kerana dengan usaha sebegini murid-murid akan lebih seronok untuk belajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Pertandingan ini dihakimi oleh Pn Evelyn Brenda Ketua Panitia Sains, Pn Aizah Nayan Ketua Panitia Biologi dan En Khairul selaku Guru Rekabentuk Teknologi.
Pertandingan ini telah di menangi oleh
Johan
Hidayatul Jazillah Bt Jamal
Nur Aleeya Sofe Binti Mohd AfzalHanif
Nur Saidatul Adwa Bt Mohd Maarof
Nur Syafiah Dhaniyah Bt Junaidi
( semua pelajar Tingkatan 2 abu Rayhan )
Johan Pertandingan Hebat KBAT STEM bergambar penyelaras pusat sumber sekolah En Sapri bin Idris
Naib Johan
Mohd Mukriz Bin Waslih
Mohd NorAzwan bin Jalani
Mohd Hafiz bin Ryzisyaini
Mohd Khairee Anuar Bin Kadir.
(semua pelajar 2 AR)
Naib Johan Pertandingan Hebat KBAT STEM bersama model Apolo Luna yang dibina
Ketiga
Siti Noratorah Binti Aminuddin
Nur Iffah nadrah Bt Affendi
Abdul Hadi Bin Abdul Kahar
Ros anis Adawiyah Binti Roslemin
(semua tingkatan 1 AF)
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang di sampaikan oleh Pengetua SMKRR En Yahya Bin Ahmad Puteh. Hadiah-Hadiah adalah berupa sijil penyertaan dan Piala kemenangan.
Sektor Pembelajaran Meraih Beberapa Pingat Emas dan Pingat Perak Dalam 5th CAIELTS 2020
The 5th Creativity and Innovation Exhibition and Language Teaching Seminar (5th CAIELTS 2020) yang berlangsung pada 08 Ogos 2020 secara maya, anjuran Persatuan Penyelidikan, Inovasi, dan Kreativiti Labuan (Labuan Research, Innovation and Creativity Society – LaRIS) telah menampilkan tujuh pegawai Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan berkongsi dapatan kajian dengan jayanya.
Unit Bahasa menghantar tiga penyertaan untuk seminar pengajaran bahasa – dua individu dan satu berkumpulan. Hjh Siti Zahara binti Mohammad telah membentangkan kertas konsep bertajuk “Pemetaan DSKP dan item” manakala Dr. Hyginus Lester berkongsi kertas konsep “Integrasi Tonggak Pedagogi, Alat PAK21, dan SKPMg2 S4: Satu Syor Model PdPc”. Kedua-dua pembentang meraih pingat emas. Turut meraih pingat emas ialah pembentangan berkumpulan yang dianggotai oleh Puan Amiah binti Bua dan Dr. Hyginus Lester bertajuk “Adopting and adapting the ‘new normal’ in ELT during MCO”.
Pasukan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) pula membentangkan dapatan “Penggunaan DSKP dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Labuan”. Pasukan yang terdiri daripada Encik Pgn Abdul Kadir Pgn Budin, Puan Arni Samiraty Abdol Samat, Cik Juraidah Aman, Cik Suriani Alland Rice Oxley, dan Dr. Hyginus Lester meraih pingat perak.
5th CAIELTS 2020 peringkat antarabangsa ini disertai oleh 129 orang termasuk pembentang fitur (featured speakers), antaranya Professor Madya Dr. Jonathan Newton (Pengarah MA in TESOL, Victoria University of Wellington, New Zealand), YBhg To’ Puan Nurul Izatee Md Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Naim), Dr. Mohamad Ramon Dasuki (Dekan, Fakulti Sastra, Universitas Pamulang, Indonesia), Dr. Dewi Indrani Anggraini (Dosen, Universitas Pamulang, Indonesia), Darshini Nadarajan (University of Oxford), Angelicia Anthony Thane (Victoria University of Wellington), Rocky Michael Tandi (Francis School, Indonesia), dan Eka Margianti Sagimin (Universitas Pamulang, Indonesia).
Juri 5th CAIELTS 2020 pula adalah Encik Goh Kok Ming (Top 5 Cikgu Juara Digital MDEC dan MIE Expert), Puan Chin Tsuey Wei (mantan SISC+), Dr. Tam Suet Yet (Wellington, New Zealand), Puan Joscey Joseph @ Linda (pensyarah), dan Cik Suriani Alland Rice Oxley (Tokoh Inovasi Labuan).
Pembentang 5th CAIELTS 2020 dari Sektor Pembelajaran merakamkan penghargaan kepada Encik Yusup bin Hj Mohamad, Timbalan Pengarah Pembelajaran atas sokongan moral yang telah diberikan. Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada Puan Khaziyati Osman, Pengarah Pendidikan Labuan kerana sentiasa menggalakkan warga jabatan untuk terus berkecimpung dalam penyelidikan dan inovasi.
Perkukuh Jalinan Kerjasama DI Antara JPWPL Dan MAIWP
Labuan, 26 Ogos – Lawatan Kerja Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) bertempat di Sektor Sumber Pendidikan Negeri (SSTP) yang julung kali diadakan kelmarin telah mencapai kata sepakat yang jelas terhadap kesiapsiagaan pendaftaran SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang pertama di wilayah ini.
Lawatan Kerja Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seramai 10 ahli rombongan telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Wan Maizatun Binti Wan Hassan. Turut hadir Pengetua Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Tuan Nurul Amali Bin Shamsuddin, Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP,Tn Wan Jamaludin Bin Wan Bidin, Ketua Unit Pendidikan Menengah, Bahagian Pembangunan Insan, Abdul Halim Bin Sulaiman.
Hadir sama dalam sesi lawatan kerja tersebut ialah Pengurus MAIWP Labuan (MAIWPL) iaitu Ahmad Saifuddin bin Hj Md. Tahir, Pengetua SMA MAIWP , Mohd Hasnizan Bin Hasin serta pegawai-pegawai daripada MAIWPL. Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Encik Yusup Bin Hj Mohamad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Encik Abdul Rahman Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Kamariah Binti Salim selaku urusetia lawatan, Ketua-ketua penolong pengarah dan penolong-penolong pengarah.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Khaziyati binti Osman mengalu-alukan semua ahli rombongan ke pulau yang indah ini untuk Lawatan Kerja Rasmi Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Jabatan Pendidikan W.P.Labuan dan melahirkan rasa syukur di atas usaha yang bersungguh-sungguh pihak MAIWP untuk pendaftaran SMA MAIWP sebagai SABK.
“Saya difahamkan Lawatan Kerja Rasmi, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada petang ini adalah untuk membincangkan berkaitan SMA MAIWP Labuan. Semoga urusan pendaftaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dapat direalisasikan. Ia merupakan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah – sekolah agama di Malaysia khususnya di W.P.Labuan. Ini merupakan peluang yang sangat berharga bagi kecemerlangan pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan.” katanya.
Menurutnya lagi, bagi memenuhi permintaan komuniti setempat terhadap pendidikan agama. Terdapat 3 buah sekolah yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA) di iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara untuk tingkatan 1 hingga 5 dengan jumlah pelajar seramai 162 orang, KAA di SMK Rancha-Rancha untuk tingkatan 1 hingga 3 dengan jumlah pelajar seramai 66 orang dan KAA di SMK Taman Perumahan Bedaun untuk tingkatan 1 hingga 3 dengan jumlah pelajar seramai 58 orang.
Kini, JPWPL dalam proses merangka pemusatan Kelas Aliran Agama di sebuah sekolah menengah agar perlaksanaan kelas aliran agama lebih teratur dan sistematik. Pelan jangka panjang pemusatan ini sehingga 2023.
Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Wan Maizatun Binti Wan Hassan turut merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Puan Khaziyati sebagai Pengarah JPWPL yang baharu.
“Alhamdulillah, kami di Bahagian Pembangunan Insan MAWIP amat berbesar hati di atas lawatan mesra kali pertama di JPWPL dan berdoa agar lawatan kerja ini dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang lebih erat di antara MAWIP dengan JPWPL. Mesej utama dalam lawatan ini adalah berkaitan halatuju dan masa hadapan SMA MAIWP menjadi SABK”. Katanya.
Menurutnya lagi, SMA MAIWP Labuan telah beroperasi selama 10 tahun dengan cemerlang. Kini, pihak MAIWP telah bersedia untuk menyerahkan SMA MAIWP kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya dari segi kepakaran pendidikan.
Pengoperasian SMA MAIWP Labuan bermula 15 Januari 2011. Ia merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi. SMA MAIWP Labuan merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007. SMA MAIWP Labuan berorentasikan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Aliran Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Labuan di mana semua pelajar perlu tinggal di asrama yang dikendalikan di Darul Kifayah.
Dalam sesi lawatan tersebut turut diadakan perkongsian pengoperasian SMA MAIWP Kuala Lumpur yang disampaikan oleh pengetuanya Tuan Nurul Amali Bin Shamsuddin. Manakala perkongsian pengoperasian SMA Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Kuala Lumpur (SMISTA) disampaikan oleh Tuan Wan Jamaludin Bin Wan Bidin.
Khaziyati binti Osman (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Wan Maizatun binti Wan Hassan (tengah). Turut sama Yusup Hj Mohamad (kiri), Ahmad Saifuddin bin Hj Md. Tahir (dua dari kanan),Tn Wan Jamaludin Bin Wan Bidin (kanan).Kamariah binti Salim sedang mengajukan soalan berkaitan pengoperasian SABK semasa sesi dialog bersama MAIWP.
Guru SMK Mutiara Dapat Bimbingan Pengisian Deskripsi Tugas Melalui egHRMIS
Labuan- Seramai lebih 50 guru SMK Mutiara telah menerima taklimat dan bimbingan secara langsung berkaitan pengisian Deskripsi Tugas (Job Description) melalui platform egHRMIS secara online pada Rabu lalu.
Bimbingan yang diadakan di bilik mesyuarat SMK Mutiara telah dipimpin oleh Encik Azreyn bin Haji Mamma, pegawai daripada Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan W.P Labuan.
Menurut pengetua SMK Mutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim, bengkel tersebut diadakan bagi memudahkan guru-guru membuat pengisian Deskripsi Tugas masing-masing di dalam platform HRMIS. Pengisian JD ini adalah keperluan baharu sebagai alternatif kepada penggunaan myPortfolio yang dibuat secara manual.
“Penggunaan HRMIS sebagai platform pengurusan kerajaan telah memasuki era pendigitalan secara menyeluruh secara berperingkat. Setiap guru sebagai Pemilik Kompetensi (CO) perlu menyenggara dan memastikan maklumat dan data berkaitan diri, perkhidmatan dan tugas masing-masing perlu sentiasa kemaskini dan mudah diakses pada masa yang diperlukan” ujarnya lagi.
Fasilitator bengkel, Encik Azryen menyifatkan inisiatif pihak sekolah ini adalah langkah proaktif khususnya dalam memberi kefahaman secara lebih mendalam kepada guru-guru berkaitan perkara ini.
“Bengkel ini diadakan secara ‘hands on’ bagi memberi kefahaman yang jitu kepada pemilik-pemilik kompetensi (CO) dalam mengurus HRMIS masing-masing. Guru-guru juga mendapat panduan yang lebih jelas bagi memastikan aspek-aspek teknikal pengisian dapat dibuat dengan betul” kata beliau lagi.
Guru-guru yang hadir telah melahirkan rasa puashati dengan bimbingan yang telah diberikan malah ada dalam kalangan mereka berjaya menyiapkan pengisian JD masing-masing dalam tempoh 2 jam bengkel berlangsung.
Di akhir bengkel, pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Azreyn dan Jabatan Pendidikan W.P Labuan. Sijil-sijil telah disampaikan oleh pengetua sekolah.
Turut hadir di dalam bengkel tersebut ialah penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran.
SELAMAT BERSARA CIKGU AMIN
Labuan : Seluruh warga SMK Mutiara mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Mohd Aminuddin bin Haji Abdul Malek, yang bersara wajib pada 18 Ogos 2020 yang lalu setelah menyumbang bakti khidmat cemerlang selama lebih 38 tahun dalam arena pendidikan.
Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Pengawai Meja Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan W.P Labuan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengurus Unit Pasukan Badan Beruniform (PBB), Unit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Unit Koakademik Bahasa Inggeris.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Amin terkenal dengan sikap proaktif dalam menjalankan tugas sehingga begitu dikenali di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Guru KRS Kebangsaan pada tahun 2013.
Selain itu, Cikgu Amin juga pernah diberi kepercayaan memegang jawatan Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia selama 15 tahun dari 2004 hingga 2018.
Di peringkat negeri, Cikgu Amin sangat terkenal dengan ketegasan dalam mengurus persatuan-persatuan dan unit beruniform termasuk Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba dan Pengakap.
Pasukan STEM negeri juga berjaya muncul naib johan peringkat kebangsaan pada tahun 2019 di bawah kendalian beliau bersama-sama Cikgu Hisyam dan Cikgu Angela Joseph.
Pencapaian tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan di wilayah ini.
Malah sumbangan beliau menjangkaui tugas hakiki dengan mengambil inisiatif memperkenalkan sistem STAR headcount yang bersifat akademik yang telah memberi manfaat kepada banyak sekolah di dalam dan luar Labuan.
SMK Mutiara berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan rasmi terakhir beliau ke sekolah ini pada selasa lalu. Beliau melapor diri di SMK Mutiara pada tahun 1996 sebagai tempat bertugas pertamanya di Labuan apabila berpindah daripada tanah besar Sabah.
Rombongan beliau ke SMK Mutiara tepat jam 9.00 pagi telah disambut oleh pengetua sekolah bersama 7 orang guru yang pernah berkhidmat bersama-sama beliau di SMK Mutiara yang dahulunya dikenali sebagai SMK Membedai. Mereka termasuk Cikgu Hisyam Abdul Aziz, Cikgu Teo Geok Lin, Cikgu Mary Bong, Cikgu Kim Non Chong Keat dan Cikgu Lee Hoi Tho. Selain itu, Encik Aspan Ngadi yang bertugas sebagai Pembantu Am sekolah turut sempat berkhidmat bersama-sama Cikgu Amin.
Dalam satu majlis ringkas, Cikgu Amin telah menandatangan buku lawatan di ruang legar blok B sekolah sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai JPN yang mengiringi beliau yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid (SPM).
Ketibaan rombongan Cikgu Amin disambut oleh Pengetua dan guru-guru SMK MutiaraCikgu Amin menyampaikan ucapan ringkas sempena lawatan perpisahan di SMK Mutiara
Dalam ucapan ringkasnya, Cikgu Amin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan kepada selama beliau bertugas di Labuan.
“Saya sedia menawarkan bantuan tenaga dan kepakaran jika diperlukan dalam tempoh persaraan saya jika diperlukan oleh pihak sekolah dan jabatan. Sekali bergelar guru, gurulah selamanya” ujar beliau lagi.
Sejurus selepas itu, sesi penyampaian cenderamata kenangan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah terhadap komitmen beliau sepanjang perkhidmatan di SMK Mutiara.
Turut hadir di dalam majlis ringkas tersebut ialah Puan Roslaniah Zainal, Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Encik Fadhil, Kaunselor Negeri dan Encik Hasbollah Amit, KPP Unit Pembangunan Bakat Murid.
Jasamu sentiasa dikenang hingga akhir hayat. Terima Kasih Cikgu AminCikgu Amin bergambar kenangan bersama Pengetua Encik Nizam.
P2MP Menjadi Program Berkesan Ketika Sekolah Normal Baharu – Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha
LABUAN- Pusat Sumber 5 bintang W.P Labuan, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha melaksanakan P2MP (Pencegahan dan Pemulihan Melalui Pendidikan) dengan menerbitkan sebuah rancangan “Selamat Pagi Labuan (SPL) – Jom Kembali Ke Sekolah Norma Baharu” oleh Ranchas’TV. Rancangan SPL yang diterbitkan oleh TV Pusat Sumber Sekolah yang dikenali Ranchas TV pada kali ini memfokuskan kepada pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020. Banyak maklumat perkongsian dalam persiapan sekolah normal baharu telah diberikan oleh pentadbir , guru , ibu bapa serta pelajar.
Proses pengambaran program Selamat Pagi Labuan oleh Team Ranchas Production daripada Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha
Untuk julung kalinya Ranchas TV telah melibatkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan 6 buah sekolah termasuklah Kolej Vokasional Sepang, SMK Syed Abu Bakar Baling Kedah, SMK Putrajaya Presint 9 (2), Sekolah Menengah Sains Labuan, SMK Labuan dan guru serta pelajar SMK Rancha-Rancha. Malah, pihak komuniti yang terdiri daripada ibu bapa setempat juga turut terlibat dalam menjayakan rancangan ini. Ranchas’ Production ingin melibatkan lebih banyak komuniti dan sekolah luar Labuan untuk meluaskan lagi rancangan SPL ini dan nama SMK Rancha-Rancha itu sendiri.
Pengacara bertugas saudara Aiman Hakim dan Nasrullah Hanuddin dari Ranchas TV
Selamat Pagi Labuan (SPL) – Jom Kembali Ke Sekolah Normal Baharu yang diacarakan oleh 4 pengacara Ranchas’TV dan Ranchas’FM iaitu Aiman, Balqis, Nasrul dan Raziq yang menyampaikan info pendidikan mengenai Pencegahan dan Pemulihan pandemik Covid-19 dalam situasi Normal Baharu. Seperti biasa, penggambaran ini dilakukan secara atas talian dengan menggunakan skype untuk mencegah penyebaran Covid-19 dan melibatkan guru serta pelajar dari Semenanjung Malaysia.
Selain dari melakukan P2MP, SMK Rancha-Rancha juga bersedia untuk menerima pelajar walaupun perlu memberikan banyak penekanan dari aspek keselamatan pelajar. Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah melakukan penilaian terhadap SMK Rancha-Rancha pada 17 Jun yang lalu. Puan Khaziyati Osman, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan , Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan juga turut sempat meluahkan rasa gembiranya terhadap persediaan SMK Rancha-Rancha melalui Rancangan Selamat Pagi Labuan – Jom Kembali Kesekolah Normal Baharu bersama Warga Pendidik.
“Berdasarkan pemantauan kami di bilik-bilik darjah, bilik khas, kantin dan persekitaran lain, saya mendapati sekolah ini memang cukup bersedia untuk pembukaan semula sekolah pada 24 Jun nanti. Semua garis panduan dan penekanan terhadap keselamatan iaitu penjarakan sosial dan kesihatan memang dilaksanakan”. – katanya dalam rancangan SPL – Warga Pendidik.
Cikgu Nurafidah Mohd Khalid dari Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9-2 bersiaran bersama Ranchas TV
Cikgu Yahya
Ahmad Puteh Pengetua SMK Rancha-Rancha berkata, Ranchas’ TV merupakan satu-satunya pusat sumber di
Labuan yang menjalankan pencegahan dan pemulihan pandemik covid 19 kepada
pelajar, guru dan warga setempat melalui medium radio dan televisyen . “ saya
sangat berbangga akan usaha ini kerana para pelajar dari generasi muda telah
mulai sedar akan tanggungjawab mereka untuk memutuskan rantaian covid 19 “
ujarnya.
Manakala Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Encik Ag Marten bin Datuk Haji Abdul Rahman memuji akan perancangan Pusat Sumber Sekolah DSDN SMK Rancha- Rancha dengan mewujudkan TV Pusat Sumber. Tambah beliau lagi , pelajar didedahkan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional melalui aplikasi teknologi digital semasa yang sangat memberi manfaat kepada para pelajar.
Pusat Sumber Sekolah SMK Rancha-Rancha akan menerbitkan lebih banyak program pencegahan dan pemulihan terutamanya kepada para pelajar melalui medium radio dan televisyen. Cikgu Sapri bin Idris percaya , komitmen dan kemahiran yang dimiliki oleh team Ranchas Production akan berupaya menerbitkan banyak lagi rancangan yang memberi pendidikan ketika pandemik covid.
Ranchas TV bersiaran secara langsung bersama Puan Khaziyati Osman, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan WP Labuan. Turut bersiaran Puan Maimo0n Haji Matnoh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Untuk rancangan Selamat Pagi Labuan, Team Ranchas’ Production yang terdiri dari Ranchas’TV dan Ranchas’FM melakukan penggambaran selama 2 hari untuk rancangan pada kali ini yang melibatkan ramai warga pendidik, komuniti dan pelajar. Pembantu team produksi juga mematuhi SOP ketika penggambaran berlangsung iaitu penjarakan sosial 1 meter, penggunaan pelitup muka, malah pelajar dari W.P Labuan sendiri melakukan penggambaran hanya secara atas talian. Rancangan SPL ini akan ditayangkan pada penghujung bulan Jun melalui pelantar YouTube Channel Ranchas’ Production.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha
Alumni SK Sungai Bedaun Memimpin Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2022
Labuan – Mesyuarat Agung PIBG Sk. Sungai Bedaun kali ke-31 tahun 2020 telah dirasmikan oleh Puan Maimoon binti Matnoh (Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL).
Turut hadir, Encik Mohamad bin Pindut, (Pegawai Agkat Sekolah), Puan Wiwik Iswandari binti Sudirman (Mantan YDP PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2018/2020). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga dan juga guru-guru SK Sungai Bedaun, Lebih kurang 200 orang ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG pada kali ini.
Turut hadir, Encik Mohamad bin Pindut, (Pegawai Agkat Sekolah), Puan Wiwik Iswandari binti Sudirman (Mantan YDP PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2018/2020). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga dan juga guru-guru SK Sungai Bedaun, Lebih kurang 200 orang ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG pada kali ini.
Puan Maimoon dalam ucapan perasmian beliau berkata, kesepakatan ibu bapa dan guru akan membangunkan murid yang cemerlang dan menjadikan sekolah terbilang, sesuai dengan tagline SK Sungai Bedaun Mekar Terbilang. Beliau juga menyeru ibu bapa untuk sentiasa bersedia membantu pihak sekolah mengikut keupayaan masing-masing.
Puan Dg. Sarifah (Guru Besar SK Sungai Bedaun) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2018-2020 yang diketuai oleh Puan Wiwik Iswandari Sudirman selaku YDP PIBG telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap sekolah sepanjang tahun 2018 dan 2019.
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2020/2022 diketuai oleh Tuan Haji Sahrum bin Samlan (lima dari kiri).
Begitu juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dan berharap agar ibu bapa terus memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Katanya lagi, pihak sekolah sentiasa komited untuk mendidik murid untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam setiap bidang samaada akademik, kokurikulum dan sahsiah.
“Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata-mata. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid-murid bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya peranan anda sebagai ibubapa. Tuan tuan dan puan-puan semua perlu bertindak sebagai pendorong., mneggalakkan anak-anak belajar, mengulangkaji apelajaran atau menyiapkan kerja rumah. Jangan kita terlalu ikut kehendak anak-anak terlalu memanjakan mereka kerana sikap sebegini akan merugikan kita sebagai ibubapa pada masa akan datang.” ujarnya
Puan Dg. Sarifah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut
Pemilihan Jawatankuasa PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2020-2022 disandang oleh Tuan Haji Sahrum bin Samlan (YDP PIBG), Puan Sabrinah binti Ishak (NYDP PIBG), Ustazah Norlinda binti Suhut (Setiausaha PIBG), Ustazah Anfal binti Amir (Naib Setiausaha PIBG) , dan Ustazah Yuhana binti Yunus (Bendahari PIBG). Di samping itu 10 orang AJK dari kalangan guru dan ibu bapa turut dipilih untuk melengkapkan organisasi PIBG SK Sungai Bedaun.
YDP PIBG SK Sungai Bedaun merupakan Alumni SK Sungai Bedaun, beliau juga merupakan guru Bahasa Arab di SK Sungai Bedaun sebelum bertugas di Jabatan Pendidikan WP Labuan sebagai Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam.
Diharap barisan Jawatankuasa PIBG SK Sungai Bedaun akan terus komited bekerjasama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pemimpin masa depan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
Berita Oleh : SK Sungai Bedaun
Puan Dg. Sarifah menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maimoon sambil diperhatikan oleh Penolong penolong kanan , barisan ajk pibg 2018-2020 dan pegawai angkat En. MohamadDari kiri : Encik Mohamad bin Pindut (Pegawai Angkat SK Sungai Bedaun), Puan DG. Sarifah binti A.Mahmod (Guru Besar SK Sungai Bedaun), Puan Maimon binti Matnoh (Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPL), Puan Noraliza binti Allbi (Penolong Kanan pentadbiran SK Sungai Bedaun).
Lawatan SK Rosok Kota Belud Ke Sungai Bedaun : Perkongsian Amalan Terbaik dan Pengurusan PIBK
Labuan, 2 Mac 2020 – Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun menerima kunjungan muhibbah guru-guru dan Ahli Jawatnkuasa PIBG SK Rosok, Kota Belud Sabah pada 29 Februari lalu.
Rombongan ini diiringi oleh Puan Rina @ Farrina binti Dakim (Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Unit Sekolah Khas, JPWP Labuan).
Turut hadir YDP PIBG SK Sungai Bedaun, Tuan Haji Sahrum bin Samlan bersama Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2020/2022. Rombongan SK Rosok , Kota Belud telah diketuai oleh Guru Besar, En. Abd. Aziz Zaman berserta ahli rombongan seramai 22 orang terdiri dari Guru-guru dan AJK PIBG SK Rosok turut rombongan tersebut En Sigam Anggor YDP PIBG Sk Rosok.
Guru Besar SK Sungai Bedaun (SKSB) Puan Dg Sarifah binti A Mahmod, berkata fokus lawatan penanda arasan ini ialah Pengurusan PIBK dan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan program TS 25, SKSB merupakan sekolah TS 25 bagi kohort 2. Amalan terbaik yang dikongsikan berkenaan Projek menaik taraf Musalla Al-Kauthar.
PERSEFAHAMAN: Puan Dg. Sarifah telah menandatangani memorandum Persefahaman Kolaboratif Startegik Pengurusan PIBK bersama en. Abd Aziz zaman , Guru Besar SK. Rosok sambil disaksikan Puan Rina Farrina (berdiri, dua dari kanan), Ustaz Sahrum bin Samlan (YDP PIBG) EN. Sigam Anggor (YDP PIBG SK Rosok) serta Penolong-Penolong Kanan SKSB dan SK Rosok, Kota Belud, Sabah.
YDP PIBG telah membuat perkongsian tentang program-program yang melibatkan PIBK sepanjang tahun 2018 dan 2019, sehingga melayakkan SKSB menerima penarafan 5 bintang bagi PIBK peringkat kebangsaan.
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noraliza binti Allbi pula berkongsi tentang projek menaik taraf Musalla Al-Kauthar sehingga dipilih untuk mewakili WP Labuan ke Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Skeolah (ASISS) peringkat kebangsaan pada tahun 2019.
Rombongan
melihat persembahan kulintangan dari murid-murid SKSB dan dibawa melawat ke kelas-kelas prasekolah
SKSB, Galeri Permata SKSB, Taman Herba SKSB, Sudut STEM, Taman Botani
Al-Kauthar, dan Musalla Al-Kauthar.
Majlis
menandatangani memorandum Persefahaman Kolaboratif Startegik di antara
kedua-dua SKSB dan SK Rosok turut diadakan di akhir sesi lawatan.
Dalam ucapan balas, En. Abd Aziz mewakili ahli rombongan mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada pihak sekolah atas perkongsian amalan terbaik dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai, segala perkongsian ini wajar dicontohi terutama sekali dalam penglibatan ibubapa untuk memacu kecemerlangan sekolah.
Semoga dengan adanya jalinan ini kedua-dua pihak akan saling berkongsi ilmu dan bertukar pandangan ke arah pemantapan Pengurusan PIBK di tempat masing-masing.
Berita Oleh : SK Sungai Bedaun
KENANGAN: Puan Dg. Sarifah (duduk, tengah), Puan Rina Farrina (duduk, dua dari kanan) bersama En. Abdul Aziz Guru Besar SK Rosok, Kota Belud (duduk , tiga dari kiri) , En. Sigam Anggor YDP PIBG ,Sk Rosok (duduk dua dari kiri) Us sahrum Samlan YDP Pibg sk. Sungai Bedaun(duduk kiri TERUJA; Ahli rombongan teruja melihat keadaan persekitaran sekolah yang menghijau ditumbuhi oleh tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran di sekitar Taman Botani Al-Kauthar
Kursus Tarbiyah Kepimpinan Pemimpin Kecil SK Lubok Temiang
Labuan, 27 feb 2020 – Seramai 140 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas bestari dan pembimbing rakan sebaya Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah mengikuti Kursus Tarbiyah Kepimpinan Pemimpin Kecil 2020. Kursus yang dilaksanakan sehari di Pusat Kokurikulum Negeri WP Labuan antara lain bertujuan melatih dan membimbing bakal pemimpin masa depan ini berkaitan kemahiran komunikasi berkesan terutama ketika mereka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang berkeperibadian luhur.
Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan membentuk dan mengamallan sifat terpuji yang boleh dijadikan contoh kepada murid yang lain. Menurut Haji Adam bin Abdul Rahim, guru besar Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang mengharapkan agar kursus seumpama ini dijadikan sebagai program tahunan demi memastikan momentum gaya kepimpinan dalam kalangan pemimpin kecil ini tidak kendur dalam usaha melaksanakan hala tuju sekolah demi melahirkan generasi bertrampilan. Dalam kursus ini, peserta telah menjalani pelbagai aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan mental seperti latihan dalam kumpulan, merentas halangan dan permainan dinamika.
Di samping itu, Puan Maizura Musliman, kaunselor dari SMK Labuan turut dijemput menyampaikan ceramah Tips Menjadi Pemimpin Terbaik. Sijil watikah pelantikan kepada semua pengawas turut disampaikan oleh Haji Adam di akhir program kelolaan unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling ini. Kursus kali pertama ini juga telah mendapat khidmat kerjasama dari jurulatih Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan WP Labuan.