Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan 2017

SMK Taman Perumahan Bedaun
Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan 2017
TARIKH  : 1 - 5 Ogos 2017
TEMPAT  : Sungai Petani Kedah
Pencapaian: 
Abby Mazlyn Rody - Pingat Perak kategori Puteri Kelas D
Muhammad Fazdli bin Mohd Rizal - Pingat Gangsa Kategori Putera Kelas E

 

Kenangan Pesilat SMK Taman Perumahan Bedaun meraih kejayaan bersama Jurulatih




Fully Residential School International Symposium (FRSIS)

SM SAINS
FULLY RESIDENTIAL SCHOOL INTERNATIONAL SYMPOSIUM (FRSIS)
TARIKH : 28 JULAI - 1 OGOS 2017
TEMPAT : SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
ANJURAN : FULLY RESIDENTIAL SCHOOL
GURU PENGIRING:Joscey Joseph @ Linda 

Tarikh:
28/7 – 1/8/2017

Tempat:
SAS, Putrajaya

Penganjur: Fully Residential Schools

Peringkat:
Antarabangsa

Achievement:
Gangsa?

Nama Peserta:
1. Kimberly Hope Jackson
2. Marvela Ardelia Saingan Gidung
3. Muhammad Ali Syaharzuhdi
4.A’riq Zufar Patail




Kangaroo Math Competition 2017

SMK Rancha-Rancha
Kangaroo Math Competition 2017 - Kategori Junior
TARIKH : 31 Julai 2017
ONLINE Kangaroo Competition
PENCAPAIAN :
1 Perak , 7 Gangsa




Pertandingan CIP-KPS Peringkat Kebangsaan 2017

SM SAINS
PERTANDINGAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIP)
TARIKH : 25-27 JULAI 2017
TEMPAT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PULAU PINANG
ANJURAN : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENCAPAIAN : NAIB JOHAN
GURU PENGIRING:En.Yahya bin Burhanuddin 

KPDNKK telah menganjurkan program PERTANDINGAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIP) KELAB PENGGUNA SEKOLAH (KPS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 yang melibatkan 16 Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dari seluruh negara pada 25-27 Julai 2017 bertempat di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

WP Labuan diwakili oleh pelajar-pelajar dari KPS Sekolah Menengah Sains WP Labuan iaitu Muhd.Nurhadi Sahat (T.4), Mittchell Stanlley Michael (T.4), Zahiruddin Zainuddin (T.4), dan Mohammad Shahrizal Norishyam Faisaludin (T.3). Pasukan ini telah diiringi oleh

En. Yahya bin Burhanuddin, Guru Penasihat KPS SM. Sains Labuan.

SM Sains WP Labuan telah menjadi Naib Johan Pertandingan CIP-KPS Peringkat Kebangsaan 2017 dan juga menerima Anugerah Khas Kategori 1 Pengguna 1 Suara (1P1S).

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Henry Sum Agong, Tim. Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dalam majlis penutupan program pada 27 Julai 2017.

Tahniah kepada KPS SM Sains WP Labuan atas kejayaan memenangi kedua-dua anugerah tersebut.

 




UPSI National Wind Ochestra Festival 2017

PASUKAN CONCERT BAND SMK LABUAN
RAIH GANGSA , 12-15 JULAI 2017
PERINGKAT KEBANGSAAN, BERTEMPAT DI UPSI
GURU PENGIRING:
Cikgu Mary Teng Howe Hui
Cikgu Lui Teck Huoy (Lanjut)



Sijil Pengiktirafan International Baccalaureatte (IB) World School-Middle Years Programme (MYPIB)

SMK Pantai
International Baccalaureatte (IB) World School-Middle Years Programme (MYPIB)
Majlis Cultivating A Thinking Culture - A Showcase
TARIKH : 19 Julai 2017
TEMPAT : Jabatan Perdana Menteri
ANJURAN: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan sembilan sekolah menengah di negara ini berjaya memperoleh sijil pengiktirafan International Baccalaureatte (IB) World School-middle Years Programme (MYPIB). Labuan harus berbangga kerana salah sebuah sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan.

Di bawah pensijilan IB World School sembilan sekolah berkenaan menjadi sebahagian daripada 1,424 sekolah di seluruh dunia yang berpeluang mengikuti model pembelajaran dengan pendekatan MYPIB ke arah menjadikan mereka berfikiran kreatif dan kritis.

Pengetua SMK Pantai IBWS, Encik Sahar tersenyum bangga menerima sijil pengiktirafan daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak

Setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Pantai IBWS.

 

 




Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017

LABUAN TEMPAT KETIGA
TARIKH : 13-16 JULAI 2017
TEMPAT : KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
ANJURAN : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GURU PENGIRING:MUHD HISYAM ASSIM

W.P Labuan diwakili oleh Pelajar-Pelajar SMK Lajau antaranya seperti berikut:-

  1. Pembahas 1 : Nursafiah binti Lalim
  2. Pembahas 2: Thasmawaty binti Aripin
  3. Pembahas 3: Irham Zulhilmi bin Mohd Johan
  4. Pembahas 4: Nur Alia Fathihah Binti Ryzisyaini
  5. Pembahas 5: Nurul Fatin Nazeera Binti Qaber

 

 

Perjalanan Pasukan W.P Labuan: 

Pusingan Awal 1:

Labuan lwn Melaka.

Pemenang : Labuan.

 

Pusingan Awal 2:

Labuan lwn Sabah.

Pemenang : Labuan.

 

Pusingan Suku Akhir :

Labuan lwn Kelantan.

Pemenang : Labuan

Juri 5-0

 

Pusingan Separuh Akhir:

Labuan lwn Selangor.

Pemenang : Selangor.

Juri:0-5

 

Keputusan Pertandingan Bahas

Johan: Selangor

Naib Johan: Sarawak

Tempat Ketiga Bersama: Johor & Labuan

Pembahas Terbaik: Selangor





The 15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017 National Choir Competition

SMK LABUAN MENDAPAT ANUGERAH SILVER B
TARIKH : 8-9 JULAI 2017
TEMPAT : AUDITORIUM SJKC YUK CHAI, PETALING JAYA
ANJURAN : MALAYSIAN CHORAL EISTEDDFOD (MCE)
GURU PENGIRING:TEO LIH PYNG,MARY TENG HOWE HUI,
                                      LIAW CHIA CHIUN

Penyertaan keseluruhan :
17 sekolah rendah
18 sekolah menengah
8 kategori terbuka
(3 kategori ini datang dari Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.P.KL, Negeri Sembilan, Sabah & W.P. Labuan)

Penghakiman :
Francis Liew (Singapore)
Dr Ghaziah Mohd Ghazali (Malaysia)
Jonathan Gregory (London)
Dr Ramona Mohd Tahir (Malaysia)
Ryan Lewis (UK)
Tommyanto Kandisaputra (Indonesia)
Lim Wen Chin (Malaysia)

Penyertaan Labuan:
26 orang pelajar Ting 1 hingga 5 
SMK Labuan


Matlamat program:
1. Mendedahkan para peserta ttg perbezaan trend koral antarabangsa dan pembangunannya.
2. Mendidik peserta kepelbagaian aspek muzik dan teknik dalam kesenian koral nyanyian dan persembahan.
3. Menggalakkan pembangunan koral nyanyian di kalangan sekolah, kolej dan institusi kepada pembelajaran yang lebih tinggi dengan membekalkan platform kepada penyanyi koral untuk bertemu, berinterasi dan belajar antara satu sama lain.

Anugerah :
SMKL mendapat Anugerah Silver B

Kategori Anugerah :
Gold A, B, C
Silver A, B, C
Bronze A, B, C

Jurulatih :
Angeline Lee Fui Sean
Pianist : 
Stoffel Seah Zixiang 
Konduktor:
Esther Kong Leh Shiuan

Ketua kumpulan:
Wong Duh Sing
Penolong ketua kumpulan:
Carl Spencer Ngu Hieng Wei



Program Pendidikan Biodiversiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

NOOR AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ
MURID SMK LABUAN
PESERTA TERBAIK PEREMPUAN , 21-24 MEI 2017
PERINGKAT KEBANGSAAN, BERTEMPAT DI JABATAN PERHILITAN TANJUNG TUAN, MELAKA
GURU PENGIRING:
Cikgu Norshasiah Otiman

Pelajar Kelas 4 Harmoni SMK Labuan, Noor Azizah Abdul Aziz telah mengharumkan nama SMK Labuan selepas dipilih menerima anugerah peserta terbaik perempuan sempena Program Kem Pendidikan Biodiversiti Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Jabatan Perhilitan Tanjung Tuan, Melaka pada 21-24 Mei lalu.

Seramai empat peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (4), Sarawak (4) dan Pahang (16) menyertai program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu.

Pasukan SMK Labuan diiringi Cikgu Norshasiah Otiman.

Program itu bertujuan untuk mengenali, memahami dan menghargai kepentingan alam semulajadi, menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab terhadap alam semulajadi.

Sepanjang program itu, peserta mengikuti ceramah perhilitan, kembara alam, ikhtiar hidup, blind trail, latihan dalam kumpulan, karya alam dan night walk yang banyak memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka, Puan Siti Norain Mohd Isa.

Adik Noor Azizah ( dua kanan ) bersama guru pengiring Cikgu Norshasiah ( tengah )

 

 

Sumber Berita : SMK Labuan

 

 




Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru 2017

TAHNIAH
NAIB JOHAN
ENCIK NAZRIN BIN ISMAIL (SMK LABUAN)
ANUGERAH GURU INOVATIF INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
16 MEI 2017 , JOHOR DARUL TA’ZIM

 

 

Setiap saat untuk kecemerlangan merupakan pegangan kerjaya cikgu Nazrin bin Ismail yang telah menerima anugerah Naib Johan Guru Inovatif kategori sekolah menengah sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat kebangsaan ke-46/2017 di Convention Hall , Persada Johor Johor Bahru, Johor baru-baru ini bertarikh 15 Mei 2017.

Sebelum itu, ‘i-Line Board’ bermaksud intensif Dan line bermaksud garisan. Alat ini dicipta bertukang untuk membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam tajuk lukisan teknik subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Alat inovasi ini ciptaan Cikgu Nazrin telah merangkul Johan guru inovatif peringkat wp labuan Dan naib Johan Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan kategori sekolah menengah.
Pada majlis penyampaian hadiah itu cikgu nazrin telah menerima sebuah plag, wang tunai rm1500 dan sijil penghargaan. Menurut guru cemerlang kemahiran hidup ini, kejayaan beliau menerima anugerah tersebut menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Inspirasi inovasi ini terhasil dari permasalahan murid Dan impak darinya adalah keberhasilan murid mengaplikasi garisan dalam menghasilkan lukisan isometrik Dan unjuran ortografik. Semoga dengan anugerah yang diberikan kekuatan melakukan yang terbaik Dan terus bersemangat untuk bersama-sama menerajui kecemerlangan pendidikan Negara.