PKBM Darat SMKL Juara Keseluruhan Perkhemahan PKBM Darat Peringkat Negeri Sabah

MURID SMK LABUAN
JUARA KESELURUHAN PERKHEMAHAN PKBM DARAT , 24-28 April 2017
PERINGKAT NEGERI SABAH, KEM PLKN DI BAWAH BAYU, TUARAN SABAH
GURU PENGIRING:
Pn Ramlah Basiran, Pn Siti Aminah Ahmad Ramli, En Mohd Suffian Ismail, Pn Dhiana Mohd Abu Bakar

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)  Darat SMK Labuan telah mendapat Juara Keseluruhan Perkhemahan PKBM Darat, Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada 24 hingga 28 April bertempat Kem PLKN Di Bawah Bayu, Tuaran, Sabah.

Seramai 27 peserta yang terdiri dari 16 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan dan diiringi oleh empat orang guru, SMK Labuan telah berjaya membolot Piala pusingan Al- Hambra, Piala Johan terbaik keseluruhan, Piala tempat ketiga compass marching, Piala johan pertandingan menembak kategori wanita, Piala johan rentas halangan kategori wanita dan Piala naib johan pertandingan malam akrab.

Mc Olsen Harry juga turut mendapat penembak terbaik kategori lelaki dalam pertandingan menembak M16. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat SMK Labuan yang telah mengharumkan nama Labuan.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Lt. Kol Mohd Nizam Hj Abdul Manap, Ketua Staf Markas 5 Bridged.

Puan Ramlah menerima piala Al Hambra daripada Lt Kol Mohd Nizam

 

Johan Rentas Halangan ( Kategori Perempuan )

 

Johan Menembak (lelaki) Mc Olsen Harry

 

Sekolah-Sekolah yang bertanding :

SMK BADIN TUARAN
SMK MAT SALLEH
SMK BANDARAYA
SMK TAMPARULI
SMK SANDAKAN
SMK DATO PANGLIMA ABDULLAH SEMPORNA
SMK SANZAC
SMK LIKAS
SMK LABUAN
SMK MAJAKIR

Sumber Berita : SMK Labuan

 

 




Delegasi Jabatan Pendidikan WP Labuan Ke International Conference On Global Education V

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
International Conference On Global Education V
10-11 April 2017
Auditorium Universitas Ekasakti ,Padang-Indonesia
Delegasi Jabatan Pendidikan WP Labuan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan WP Labuang, Encik Raisin bin Saidin, ke International Conference on Global Education V di Universiti Ekasakti Padang, Indonesia pada 10 – 11 April 2017. Sebanyak 10 kertas kajian ilmiah telah dibentangkan di dalam konferens tersebut,  dengan diketuai oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Puan Khaziyati binti Osman dengan tajuk kertas “Penerimaan Jaringan Sosial Dalam Pengurusan Pendidikan”. Diikuti oleh pegawai SISC+ Cik Suriani Alland Rice Oxley dengan tajuk kertas kajian: “Using Spelly Bangle in Teaching Early Reading Skill of One-Three Syllable Words to Young Children” dan Guru Besar SK Pekan Satu iaitu Encik Jaafar bin Matusin dengan tajuk kertas kajian “Keberkesanan Gaya Headcount JBM Dalam Program Pengunjuran Prestasi Pencapaian Murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia”.



Turut hadir membentang kertas ilmiah penyelidikan dalam delegasi ini ialah guru-guru daripada 9 buah sekolah rendah dan menengah WP Labuan, iaitu Encik Nazrin bin Ismail, Guru Cemerlang KHB, SMK Labuan, dengan tajuk kertas kajian: “Pengaplikasian Alat Bantu Mengajar ‘I-Line Board’ untuk Tajuk Lukisan Teknik Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2”. Diikuti oleh Puan Arni Samiraty binti Abdol Samat, Guru Cemerlang Sains, SMK Labuan dengan tajuk kertas kajian: “SYMP”: Kajian Tindakan Untuk Memahami Konsep SAINS Mengenai Penderma Darah Dan Penerima Darah” serta  Encik Hasnan bin Md Saad, Guru Bahasa Malaysia, SK Pekan Satu dengan tajuk kertas kajian: “Kaedah Pembelajaran Membina Karangan Secara Efektif Dalam Kalangan Murid Tahun Empat Dengan Menggunakan ‘Gerabak Bahasa”

Seterusnya, pembentangan oleh  Puan Hasniza binti Basri, Guru Bahasa Inggeris, SK Bebuloh dengan tajuk kertas kajian: “To Enhance 21 Pupils Of SK Bebuloh Interest In Writing Through Effective Constructive Feedback From Teacher Using Google Docs”  dan Cik Fatin Raihana binti Abd Halim, Guru Bahasa Inggeris, SJKC Chi Wen dengan tajuk kertas kajian: “The Language Learning Strategies (LLS) Used By Successful English Language Learners (SELL) Of Primary Students in Labuan”

Manakala Encik Mohd Farik bin Madun, Guru Bahasa Malaysia, juga dari SJKC Chi Wen, telah membentangkan kertas kajian bertajuk : “Aplikasi Aktiviti Nyanyian Terhadap Penguasaan Ejaan Digraf dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Jati Bahasa Melayu” dan akhir sekali, Puan Siti Farah Idayu binti Madi, Guru Matematik & Bahasa Inggeris, SK Pekan Dua dengan tajuk kertas kajian : “Membantu Menguasai Konsep Penambahan Pecahan Wajar Dengan Penyebut Berbeza Menggunakan Grid Pecahan”.

Seramai tiga orang speaker utama dari Vietnam, Brunei , Thailand, Malaysia dan Indonesia telah menyampaikan kertas utama yang bertemakan Global Education, Common Wealth dan Cultural Diversity. Mereka  turut dijemput ke LICER 2017 yang di jadualkan berlangsung pada  28-30 sept 2017 di WP Labuan. Surat jemputan telah diserahkan oleh tuan Pengarah kepada para pakar pendidikan tersebut selepas sesi forum Panel Speakers di konferens tersebut.





iCompEx’17(National Innovation And Invention Competition Through Exhibition)


JPWPL,SMK LABUAN, SK PEKAN 1
iCompEx’17(National Innovation And Invention Competition Through Exhibition),21-23 MAC 2017
NAMA GURU:
Suriani Alland Rice Oxley
Nazrin Ismail
Hasnan Md Saa

Jumlah Penyertaan : 624 orang

Jumlah Kategori : 9 kategori

Peringkat : Kebangsaan

Jumlah Peserta Dari Wilayah Persekutuan Labuan : 4 orang

 

Peserta 1

Nama : Suriani Alland Rice Oxley

Jawatan : SISC+ Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Tempat Bertugas : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Labuan

Kategori Inovasi : Perkhidmatan & Pemasaran Produk

Tajuk Inovasi  : “Using Spelly Bangle In Teaching Early Reading Skill Of One-Three Syllable Words To Young Children”

Kejayaan : Pingat Emas

 

Peserta 2

Nama : Nazrin Ismail

Jawatan : Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu

Tempat Bertugas : SMK Labuan

Kategori Inovasi : Perkhidmatan & Pemasaran Produk

Tajuk Inovasi  : Pengaplikasian Alat Bantu Mengajar ‘I-Line Board’ Untuk Tajuk Lukisan Teknik Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2

Kejayaan : Pingat Emas

 

Peserta 3

Nama : Hasnan Md Saad

Jawatan : Guru Bahasa Malaysia

Tempat Bertugas : SK Pekan Satu, Labuan

Kategori Inovasi : Perkhidmatan & Pemasaran Produk

Tajuk Inovasi  : Kaedah Pembelajaran Membina Karangan Secara Efektif Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Dengan Menggunakan ‘Gerabak Bahasa’.

Kejayaan : Pingat Perak

 

 

Peserta 4

Nama : Kolej Matrikulasi Labuan

Kategori Inovasi : ICT & Multimedia

Tajuk Inovasi  : D-KIT : Alat Pemantauan Status Penggunaan Projektor LCD Secara Atas Talian

Kejayaan : Pingat Emas