Labuan, 21 April – SMK Labuan telah menganjurkan ceramah bertajuk Kemuliaan Al-Quran sempena sambutan Hari Nuzul Al-Quran pada Selasa lalu.
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.
Program yang bermula 8.00 pagi telah dimulai dengan sesi alunan bacaan Al-Quran yang diketuai oleh Adik Mohd Nabil Nuruddin bin Ramli.
Sejurus selepas itu, satu sesi ceramah bertajuk ‘Kemuliaan Al-Quran’ telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat yang juga merupakan pendakwah bebas.
Dalam sesi ceramahnya, beliau menyentuh tentang tanggungjawab seorang muslim terhadap Al-Quran dengan berusaha untuk merapatkan diri dan mesra dengan mukjizat paling agung itu.
“Dengan amalan membaca sehelai selepas setiap waktu solat, kita akan mampu untuk khatam Al-Quran dalam masa 2 bulan”
“Al-Quran membawa pelbagai kemuliaan dan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak” jelas beliau lagi.
Adik Mohd Nabil Nuruddin
Ustaz Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat
Menurut Penyelaras program, Ustazah Jamaliah binti Mohd Said yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam, program ini telah dihadiri oleh seramai 123 peserta yang terdiri daripada guru, murid dan ibubapa.
“Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir secara dalam talian ke program tersebut dan berharap agar mendapat manfaat daripada sesi ceramah berkenaan” kata beliau lagi.
Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengetua sekolah, Encik Mohd Nizam bin Yasim.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan berharap program sebegini dapat diteruskan untuk memupuk nilai murni berteraskan Islam dalam kalangan murid-murid SMK Labuan.
Berita Oleh : SMK Labuan
Pengetua SMK Labuan, Encik Mohd Nizam bin Yasim
Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat JPWPL Tahun 2022
Labuan – Kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak diraikan dengan Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) yang diadakan Bilik Mesyuarat Botanikal, JPWPL pada 1 April yang lalu.
Program Ihya’Ramadan yang dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI) diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga pendidikan.
Majlis dimulai dengan bacaan surah Al Kahfi, surah Yaasin dan doa selamat. Tazkirah Ambang Ramadan yang disampaikan secara santai oleh Pengurus Kanan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian menyerikan lagi majlis tersebut.
Dalam tazkirahnya Ustaz Ahmad Sharizal berkata cara untuk menzahirkan kegembiraan menunggu ketibaan Ramadan adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa dan ibadat lain yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Katanya, setiap muslim selalu berharap untuk bertemu dengan bulan ramadan, karena bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, anugerah dan pahala yang berlipat ganda.
“Ciri-ciri orang beriman iaitu saat datangnya bulan Ramadan ia senang. Melakukan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan sehingga nanti akan timbul perasaan takut untuk melakukan segala bentuk kemaksiatan” ujarnya lagi.
Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Yusup Haji Mohamad.
Encik Yusup menyempurnakan majlis pelancaran Program Ihya’ Ramadan yang turut disiarkan melalui aplikasi google meet.
Ustaz Ahmad Sharizal menyampaikan tazkirah secara santai yang diwarnai dengan keceriaan.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang hadir secara bersemuka dan secara maya dalam Program Tafaqquh Fiddin ini.
“Saya percaya ada beberapa program yang telah disusun oleh Sektor Pendidikan Islam dalam kita menghidupkan lagi ibadah puasa Ramadhan yang akan datang di peringkat jabatan ini dan begitu juga yang telah dirancang peringkat sekolah.
“Kita perlu muhasabah diri supaya setiap perkara negatif ketika Ramadan pada tahun yang lalu tidak kita ulangi pada tahun ini. Kita perlu menghayati intipati falsafah sebenar ibadat puasa pada Ramadan ini supaya apa yang diamalkan tidak tersasar daripada landasan sebenar”, tegas Yusup lagi.
Dalam ucapannya beliau turut mendoakan agar Ramadan yang disambut kali ini memberikan semangat kepada kita dan umat Islam di Malaysia terutamanya untuk bangkit kembali setelah menghadapi pelbagai kekangan akibat Covid-19.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Puan Maimoon Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Encik Mohd Nizam Yasim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Encik Yahya Ahmad Puteh, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Puan Kamariah Salim, Ketua-ketua sektor, pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai JPWPL.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
LABUAN, 02 April 2022 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Aspirasi Pendidikan 2022.
Kehadiran warga pendidik adalah seramai 285 orang yang terdiri daripada Majlis Pengurusan Tertinggi Jabatan, Focal Person, Pengetua & Guru Besar, YgDipertua PIBG, pegawai-[egawai jabatan dan wakil warga pendidik di setiap sekolah. Turut hadir bersama YBhgia. Datin Sri Dato’ Hjh. Norsiah binti Abdullah, merupakan AJK Focal Person Jabatan Pendidikan WP.Labuan
Dalam majlis ini Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Encik Mohd Nizam bin Yasim telah membentangkan Pelan Strategik jabatan bagi tahun 2022.
Dalam pembentangan tersebut, beliau telah menekankan tentang 9 Strategik jabatan dalam mencapai matlamat berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.
Menerusi ucap tama pengarah Pendidikan Encik Yusup bin Haji Mohamad, beliau menekankan bahawa apapun kerja buat seluruh warga Pendidikan haruslah memberi fokus kepada Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti.
Disamping beliau juga menekankan beberapa isu antaranya, isu beg berat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
SekolahKu Sejahtera digagaskan bagi memperkenalkan, mempromosi, dan meningkatkan kefahaman terhadap elemen-elemen sejahtera yang perlu diterap, dididik, diamalkan, dan dihayati sehinggan menjadi budaya semua warga sekolah.
Majlis ini juga diselajurkan dengan Pelancaran Saluran Aduan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bertemakan Bersama Meningkatkan Kualiti Penyampaian Sistem Pendidikan. Banting turut diedarkan ke sekolah-sekolah di WP.Labuan.
Dari kiri Encik Nizam, Puan Maimoon, Encik Yusup, Encik Yahya dan Ustaz Abdul Rahman
Majlis Aspirasi Pendidikan ,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2022 telah dipengerusikan oleh Puan Maimoon binti Hj.Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, merupakan urusetia bagi majlis ini.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Bagunan Utama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
Majlis ini juga bersiaran langsung melalui Facebook Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah
Gimik pelancaran Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022Pembentangan Pelan Strategik JPWPL 2022 oleh Encik Mohd NizamBersama warga pendidikan dan tetamu yang hadirEncik Reza menerima hadiah kuiz daripada Encik Yusup
Tugas Guru Masih Relevan Dari Dulu Sehingga Kini
Labuan, 6 Apr – Dalam mereyakasa kecemerlangan Pendidikan di WP Labuan, Sektor Perancangan telah melaksanakan Perkongsian Ilmu dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Lesen Jurulatih Kajian Tindakan 12 Langkah pada 26 Mac 2022.
Majlis ini telah dilaksanakan di Bilik Labuhan, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan WP Labuan melibatkan seramai 26 orang jurulatih utama dari seluruh negara.
Urusetia program, Puan Faridah Amit berkata majlis ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf peranan guru yang telah dipilih sebagai jurulatih utama di samping pembentangan 6 kertas kajian tindakan oleh jurulatih utama. “Objektif utama majlis ini adalah untuk menyampaikan watikah dan lesen jurulatih KT12L sebagai pengiktirafan dari Jabatan Pendidikan WP Labuan.” kata beliau.
Majlis yang diadakan secara bersemuka ini turut disiarkan dalam youtube yang mendapat paparan seramai 209 dari seluruh negara.
Majlis turut dihadiri dan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan, Encik Yusup bin Haji Mohamad.
Puan Suriani, pengasas KT12L menerima surat pelantikan daripada Encik Yusup
Puan Nurlisa, guru SK St John, Beaufort Sabah menerima surat pelantikan
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua Sektor Perancangan yang telah mengungkayahkan majlis seperti ini bagi mengiktiraf para guru yang telah menjadi jurulatih utama serta dapat memberi komitmen terbaik dalam memastikan perkongsian ilmu berkaitan kajian tindakan kepada guru-guru di Labuan dan luar Labuan dapat dilaksanakan .
“Walaupun dunia dilanda pendemik dan kita menggunakan pelbagai aplikasi secara maya, tugas guru masih relevan kerana aplikasi itu hanya alat yang membantu memudahkan tugas seorang guru.” kata beliau.
Kajian Tindakan 12 Langkah yang telah diilhamkan oleh Puan Suriani Alland Rice Oxley telah mengharumkan nama Jabatan Pendidikan WP Labuan pada tahun 2018 apabila memenagi naib johan dalm Konvensyen SISC+ peringkat kebangsaan. Rentetan dari itu, kolokium kajian tindakan mula berkembang mekar pada tahun 2019 dan 2020. Pada tahun 2021, KT12L telah disebar luas dan mula meneriam pelibatan dalam kalangan warga pendidik dari seluruh negara.
“Semoga dengan pelantikan ini akan menyemarakkan lagi semangat para jurulatih utama yang dilantik ke arah penyuburan budaya serta amalan inovasi dan kajian tindakan dalam tugas-tugas seharian dalam menggali intervensi bagi memastikan kecemerlangan murid” tegas beliau lagi.
Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh Cikgu Mohd Asyraf bin Abd Hamid, guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun, WP Labuan.
Berita Oleh : Sektor Perancangan
Antara Jurulatih Utama yang membuat perkongsian ilmu
Urusetia siaran secara maya melalui youtube
JPWPL Komited mendapatkan Pensijilan Semula EKSA Dengan Pelancaran Gotong-Royong Perdana EKSA JPWPL 2022.
Labuan, 28 Mac – Ahli Jawatankuasa EKSA Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 26 Mac 2022 bermula jam 7.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPWPL yang melibatkan lebih 80 orang warga JPWPL.
Aktiviti ini merupakan gerak kerja semua warga JPWPL dengan membersihkan seluruh kawasan yang terdapat di semua Zon bagi memastikan persekitaran yang kondusif.
Usaha mengembeling tenaga bersama ini merupakan salah satu titik tolak JPWPL ke arah mencapai pensijilan semula EKSA oleh pihak MAMPU pada penghujung bulan Oktober 2022.
Majlis gotong-royong telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad.
Semasa ucapan pelancaran, beliau menekankan kepada semua warga JPWPL agar memastikan pejabat sentiasa kondusif bagi warga kerja dan juga kepada pelanggan. Amalan EKSA diharap mewujudkan suasana dan budaya kerja di jabatan yang lebih tersusun, kemas, selesa dan selamat.
Acara menanam pokok doa oleh Pengarah diiringi oleh Timbalan Pengarah SPb, KPP SSTP, KPP SPP, KPP SPg, KPP SPsK dan KPP SPI
Katanya, pelaksanaan Amalan EKSA memerlukan komitmen daripada semua peringkat warga jabatan.
Janganlah menganggap pelaksanaan EKSA merupakan satu lagi tambahan tugasan tetapi sebaiknya amalan EKSA diserap, dihayati dan diamalkan bagi mewujudkan suasana kerja yang aman, memupuk semangat berpasukan, sikap bertanggungjawab, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.
Selain itu ianya akan dapat menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau dan akhirnya meningkatkan imej korporat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan warga di sesebuah organisasi.
Saya percaya jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, kemanisan hasil bekerjasama akan lebih dirasai dan berkesan. Semangat gotong-royong perlu disuburkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara warga jabatan.
Tambahnya lagi, budaya gotong-royong bagi warga perlu dipupuk demi kebaikan semua pihak dan bukan jadi satu alasan kita meminggirkan gotong-royong sebaliknya terus berusaha kerana banyak kerja dapat diselesaikan dengan kerjasama antara satu sama lain.
Aktiviti senamrobik sebelum gotong-royongUcapan perasmian oleh Encik Yusup Haji Mohamad
Kemuncak aktiviti, Encik Yusup menyempurnakan penanaman pokok sebagai simbolik majlis gotong-royong EKSA dan pembudayaan amalan hijau. Sebelum aktiviti gotong-royong, acara dimulai dengan senamrobik bersama semua warga JPWPL yang hadir.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Encik Yahya bin Ahmad Putih dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah.
Selain pelaksanaan aktiviti gotong-royong perdana pihak pengurusan telah bersetuju mengadakan gotong-royong pada setiap hari rabu setiap minggu diperingkat sektor masing-masing bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Pelbagai aktiviti yang juga telah dirancang dengan mengadakan pertandingan zon terbaik, sudut terbaik, bilik kerja terbaik, ruang kerja terbaik, meja terbaik, kreativiti dan inovasi dan pelaksanaan go green terbaik.
Terdapat 8 Zon yang mewakili sektor dan mengikut lokasi iaitu Zon Botanikal (Pejabat Pengarah, Sektor Integriti, Sektor Pengurusan, Sektor Pengurusan Maklumat, Sektor Pendidikan Islam), Zon Ramsey (Sektor Perancangan, Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pendidikan Khas), Zon Manikar (Sektor Pembangunan Murid, Sektor Sumber Manusia, Sektor Psikologi dan Kaunseling), Zon Victoria (Sektor Infrastruktur dan Perolehan), Zon Lada (Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan), Zon Chimney (Sektor Pembelajaran dan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan), Zon Mawilla (Pusat Ko-Kurikulum) dan Zon Benua (Sektor Pengurusan Maklumat).
Untuk rekod, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan pernah mendapat pengiktirafan Sijil EKSA Cemerlang oleh MAMPU pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Mei 2019.
Berita Oleh : Jawatankuasa EKSA JPWPL
Gotong-Royong
Mengecat
Membersih
SSN SMK Mutiara telah melaksanakan ‘Continuous Professional Development’
Labuan, 22 Mac 2022 – SSN SMK Mutiara telah melaksanakan ‘ Continuous Professional Development’ ( CPD ) yang disampaikan oleh Pengetua SSN SMK Mutiara Encik Ag. Rozlan bin Manan. Seramai 67 guru telah menghadiri CPD tersebut yang telah diadakan di Dewan Arena SSN SMK Mutiara . Terdapat 25 intipati yang telah dikongsi oleh Pengetua yang perlu dijadikan fokus gerak kerja warga SSN SMK Mutiara bagi tahun 2022. Gerak kerja berfokus ini sangat penting bagi memastikan 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 dapat direalisasikan.
Pengetua berharap agar semua warga SSN SMK Mutiara yang merangkumi barisan pentadbir, guru – guru dan staf sokongan dapat memberikan kerjasama yang lebih proaktif dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Selain itu warga SSN SMK Mutiara perlu pantas bertindak serta konsisten dan sentiasa berfokus kepada kecemerlangan. Malah beliau yakin warga sekolah dapat mengekalkan ‘ High Performance Attitude’, kerja yang cekap dan komunikasi yang berkesan bagi meneruskan legasi kejayaan – kejayaan yang telah diraih.
CPD ini diakhiri dengan ucapan terima kasih atas segala komitmen, sumbangan dan tahniah atas kejayaan yang cemerlang sepanjang tahun 2021. Beliau berharap tahun 2022 sekolah dapat mengekalkan momentum melalui strategi program atau intervensi yang lebih memberikan impak untuk mengekalkan kecemerlangan dari segi kurikulum, kokurikulum dan kemenjadian murid selari dengan slogan “Mutiara Hebat, Juara Terpahat”.
MRC sampaikan sumbangan untuk murid Labuan
Labuan, 22 Mac – Majlis Getah Malaysia (MRC) telah menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada 27 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad lalu.
Program kerjasama MRC, Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) ini telah diadakan di Dewan Terbuka Pusat Ko Kurikulum Negeri di Merinding.
Menurut Encik Ismail Abdullah, YDP MPSM Labuan yang juga pengetua SMK Pantai, program ini adalah satu inisiatif kerjasama pelibatan pihak swasta untuk meningkatkan persediaan murid-murid sebelum memulakan sesi persekolahan tahun Akademik 2022/2023.
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Encik Nor Hizwan bin Ahmad.
Dalam ucapannya, beliau berkata MRC komited untuk terus memberi kerjasama dan membantu murid-murid di Labuan terutamanya dari aspek persediaan bahan-bahan pembelajaran.
“Pada tahun ini, MRC menyediakan peruntukan hampir 2 juta untuk bantuan awal persekolahan “back to school” kepada kira-kira 6000 orang murid seluruh negara. MRC akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyalurkan bantuan secara lebih meluas kepada murid-murid yang memerlukan pada masa akan datang” ujar beliau lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Encik Mohd Nizam bin Yasim yang mewakili Pengarah Pendidikan dan dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah MRC, Puan Dayang Rusimah @ Raynie binti Datuk Haji Mohd Din dan Tuan Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahim.
Selain itu, YDP MPSM Kebangsaan Encik Mohd Ariffin bin Haji Abdul Rahman dan Encik YDP GMGBM , Tuan Haji Abdul Rahman bin Ibas turut hadir dalam majlis berkenaan.
Berita Oleh : Sektor Perancangan
Akidah Mantap Lestari Sahsiah : Program Dakwah Bil Hal Peringkat Kebangsaan 2022
LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) berjaya melaksanakan Program e-Dakwah Bil Hal Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dengan tema Akidah Mantap Lestari Sahsiah baru-baru ini.
e-Dakwah Bil Hal (DBH) merupakan suatu inisiatif Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membangunkan modal insan yang berketrampilan, mempunyai jati diri yang tinggi serta memiliki sahsiah dan akidah yang teguh.
Objektif DBH ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam dari sudut Aqidah, Ibadah Sirah dan Akhlak disamping mendorong kesedaran dan keinginan kepada para peserta untuk melakukan perubahan lebih baik terhadap diri sendiri.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 Februari lalu melibatkan seramai 200 orang peserta daripada enam buah sekolah menengah di wilayah ini. Peserta terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga dengan dibantu oleh sepuluh orang fasilitator daripada kalangan Jurulatih Dakwah Negeri.Turut hadir memantau pelaksanaan DBH Zon W.P.Labuan ialah Tuan Haji Arifuddin Bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah, Unit Akidah dan Pemikiran dan Ustaz Muhamad Shafie Bin Hj Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Unit Akhlak dan Syiar Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Para peserta sedang mengikuti program secara dalam talian.
Antara pengisian program pada hari pertama ialah sesi taaruf bersama peserta dan barisan urusetia. Ceramah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shafie bin Abdul Ghani, Ceramah Akhlak penyuluh Hidup disampaikan oleh ustaz Mohd Fadzli Sheikh Abdul Rahim, Tahsin Solat dan bacaan surah Al Fatihah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Daud Bin Abdul Rahman. Para peserta juga diberi tugasan menjawab soalan kuiz dan membuat pembentangan pada sebelah petang.
Manakala pada sebelah malam pula diadakan majlis bacaan surah Yaasin dan tahlil yang dikendalikan oleh ustaz Mohd Saifulizzan bin Mat Yasin, Juru latih dakwah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara.
Peserta e-Dakwah Bil Hal menerima cenderamata daripada ustaz Arifuddin dalam program Ziarah Kasih Dakwah Bil Hal
Dalam ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam (SPI), Kamariah binti Salim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan urusetia yang diketuai oleh Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai, SPI, Sahrum bin Samlan kerana berjaya menyusun atur program dengan gerak kerja yang pantas dalam memastikan kelancarannya. Beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap keterlibatan semua peserta dan juru latih sepanjang program ini berlangsung dalam memastikan impak program tercerna melalui kemenjadian murid.
“Anak-anak ialah permata berharga anugerah Allah. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap generasi anak-anak kita, kerana bagi saya, anak-anak ialah aset kepada pembangunan negara. Oleh itu, generasi pada hari ini hendaklah dilengkapkan dengan bukan sahaja ilmu akademiknya yang tinggi tetapi juga tinggi kebolehan, kemahiran dan kecekapan dalam pelbagai bidang dan lapangan” katanya.
Majlis Penutupan diserikan dengan kehadiran Pengarah Pendidikan JPWPL, Yusup bin Hj Mohamad. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah memilih W.P Labuan sebagai salah satu zon dalam penganjuran program yang amat bermakna ini.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama sekolah yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan lancar di peringkat Zon W.P Labuan. Tidak lupa juga, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pendidikan Negeri Sabah selaku tuan rumah peringkat Zon Sabah dan tuan rumah Majlis Perasmian Penutupan Dakwah Bil Hal Peringkat Kebangsaan Tahun 2022” katanya lagi.
Majlis Penutupan e-Dakwah Bil Hal Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM, Tuan Haji Hassan Nudin bin A. Hamid secara telesidang melalui aplikasi google meet secara terus dari Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Timbalan Pengarah Pembangunan Program Adab Dan Nilai, BPI, Noriah binti Harun dan pegawai-pegawai kanan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, peserta e-Dakwah Bil Hal dan guru-guru Pendidikan Islam daripada seluruh negara.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Adik Atikatul A’Aliah menerima hadiah peserta terbaik program e-Dakwah Bil HalEncik Yusup sempat merakamkan gambar kenangan bersama urusetia dan pengetua sekolah terlibat dalam program e-Dakwah Bil Hal.Pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam merakamkan gambar kenangan bersama Encik Yusup, Arifuddin (tiga dari kanan) dan Muhamad Shafie (tiga dari kiri)
JPWPL Menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Munajat Dengan Jalinan Kerjasama SSN SMK Mutiara Sebagai Tuan Rumah.
Labuan,15 Mac 2022 – Sebagai satu usaha meningkatkan penghayatan Al- Quran, dan memohon pertolongan dari Allah SWT untuk keselamatan serta kemudahan semua calon SPM dan STPM 2021 W.P Labuan, Panitia Pendidikan Islam SSN SMK Mutiara bersama Unit SPI JPWPL telah mengadakan bacaan Yassin dan Doa Munajat warga pendidik secara atas talian. Program ini disertai oleh semua guru di W.P Labuan, warga JPWPL, PIBG dan sebahagian murid-murid SSN SMK Mutiara. Program bacaan Yassin dan Doa Munajat ini, dilaksanakan pada setiap malam dengan jalinan kerjasama sekolah-sekolah di W.P Labuan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh unit SPI JPWPL.
Objektif majlis ini dilaksanakan, sebagai tanda sokongan dan kebersamaan warga pendidik, dalam mendoakan calon-calon peperiksaan SPM dan STPM supaya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah, seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang. Di samping itu, warga pendidik turut mendoakan keselamatan, kesihatan dan perlindungan untuk calon SPM dan STPM, serta semua petugas dari sebarang bahaya dan musibah covid- 19.
Majlis Yassin dan Doa Munajat dikelolakan sepenuhnya oleh murid yang dipengerusikan oleh Adik Shamira daripada kelas 2 As Syafie. Manakala bacaan Yassin di ketuai oleh Adik Mohd AkifSyafie bin Hamzah juga dari kelas yang sama. Bacaan doa Munajat dipimpin oleh Adik Ahmad Dinie bin Bakri dari kelas 4 As Syafie. Mereka terdiri daripada murid-murid Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara. Uniknya, majlis pada malam ini, menampilkan seorang Daie muda berbakat yang menyampaikan tazkirah berkenaan Bulan Ramadhan yang bakal tiba. Beliau ialah Adik Dinca Al Fansia bin Omar Khayyam Ansari dari kelas 3 Juara.
Adik Shamira daripada kelas Aliran Agama 2 As-Syafie, mempengerusikan Majlis Yassin dan Doa Munajat pada malam ini.
Dalam ucapan aluan yang di sampaikan oleh Pengetua SSN SMK Mutiara Encik Ag. Rozlan bin Manan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam atas kejayaan program malam ini, kerana berjaya mencungkil bakat murid dan seterusnya beliau berharap agar calon SPM 2021 memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pada akhir majlis, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Encik Yahya bin Ahmad Puteh menyatakan, bahawa aspek kemenjadian murid merupakan satu kejayaan yang dapat dilihat kerana kesungguhan ibu bapa dan guru yang hebat, dalam membentuk anak-anak ini. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid tersebut, ibu bapa dan warga SSN SMK Mutiara atas pelaksanaan majlis pada malam ini.
Program ini disertai oleh warga guru di WP Labuan, warga JPWPL, PIBG dan sebahagian murid-murid Smk Mutiara.
Berita Oleh : SMK Mutiara
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Rancha-Rancha Kali Ke-7
Labuan, 4 Mac – SMK Rancha-Rancha telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-7 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah tersebut. Majlis ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, hal ehwal murid, kurikulum dan sahsiah.
Majlis anugerah ini diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula pada 16 Februari 2022 hingga 18 Februari dan telah memberikan penghargaan kepada seramai 92 orang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Majlis ini diadakan selama tiga hari kerana perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini bilangan individu yang dibenarkan berkumpul dalam satu-satu masa.
Menurut Pengetua sekolah tersebut, Ustaz Wan Azman bin Wan Awang, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada putera-putera dan puteri-puteri SMK Rancha-Rancha yang telah berusaha gigih demi mencemerlangkan diri dan mengharumkan nama sekolah. Beliau selaku nakhoda bahtera SMK Rancha-Rancha berasa bangga dengan pencapaian para murid dan guru. Beliau turut mengingatkan agar semua murid perlu ada unsur-unsur pembugaran kendiri dan tidak mengajar diri menilai sesuatu keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imaginatif dan praktikal terutamanya dalam suasana pandemik ini.
Ustaz Wan Azman turut mengharapkan agar sentuhan majlis ini dapat membuatkan murid-murid tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMK Rancha-Rancha. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar sehingga mampu melahirkan kemenjadian murid di SMK Rancha-Rancha sepanjang sesi persekolahan 2021/2022. Namun demikian, pengetua turut mengatakan bahawa perjuangan guru-guru dan murid tidak berakhir dalam majlis ini kerana mereka akan menempuh medan peperangan yang penting pada bulan Mac nanti. Pengetua turut berpesan agar mempersiap segala kelengkapan serta disulami dengan doa kepada yang maha Esa agar dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan nanti.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Angkat Sekolah, Ustaz Abdul Kahar bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau menyatakan bahawa pada hari ini, kita bersama-sama meraikan serta mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang telah menunjukkan ketabahan dan kecekalan untuk terus bersaing dan meningkatkan prestasi cemerlang walaupun proses pembelajaran terganggu kerana berdepan dengan penularan pandemik COVID-19. Beliau yakin banyak perkara yang boleh dipelajari dan ditauladani oleh para pelajar merangkumi semua aspek dan mendoakan usaha berterusan murid-murid dan guru-guru akan memberi manfaat kepada semua pihak.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Kahar bin Abdul Rahim, Pegawai Angkat Sekolah SMK Rancha-Rancha
Dalam majlis ini adik Nur Suhaila binti Omar Ali, murid tingkatan 5 diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Pelajar dan antara calon pelajar cemerlang SPM 2021. Manakala adik Nur Qyairul Syifaa Binti Ryzisyaini yang juga merupakan murid tingkatan 5 telah menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum untuk kali ini. Seramai 92 orang murid dan 20 orang guru telah menerima anugerah dan penghargaan dalam majlis yang berlangsung selama tiga hari ini. Seramai 9 orang guru telah diberikan penghargaan daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas pencapaian 100% dan peningkatan GPMP mata pelajaran dalam SPM 2020 sebelum ini.
Cikgu Sapri bin Idris telah diangkat sebagai penerima Anugerah Suri Teladan kerana telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2021 antaranya telah berjaya membawa kemenangan Naib Johan Pusat Sumber Kebangsaan Tahun 2021, Johan Pusat Sumber anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 2021 serta Tokoh Inovasi W.P.Labuan 2021. SMK Rancha-Rancha turut memberikan Penghargaan Komuniti Rakan Strategi kepada Pusat Pungutan Zakat Labuan kerana banyak terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh sekolah sepanjang tahun 2021.
Cikgu Sapri bin Idris telah menerima Anugerah Guru Suri Teladan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peringkat negeri dan kebangsaan.
Ustaz Abdul Kahar dan barisan pentadbir sekolah bergambar bersama-sama dengan guru-guru dan komuniti penerima anugerah dalam majlis tersebut
Ustaz Abdul Kahar dan barisan pentadbir sekolah bergambar bersama-sama dengan penerima anugerah yang merupakan barisan murid harapan cemerlang SPM 2021