KEM PEMERKASAAN JAWI KUKUHKAN KEMAHIRAN ASAS MURID SEKOLAH KPM

Labuan, 25 Oktober 2025 – Kem Pemerkasaan Jawi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan SK Bebuloh.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas membaca dan menulis tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.

Ia juga berperanan mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik melalui penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti bertemakan tulisan Jawi.

Kem yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disertai oleh seramai 195 orang murid dan guru dari pelbagai sekolah.

Kem ini dikendalikan oleh pasukan Jurulatih Utama Jawi negeri yang diketuai oleh Ustazah Dalilah Desa, dengan bantuan fasilitator daripada sekolah-sekolah terlibat.

Antara objektif utama kem ini ialah untuk meningkatkan penguasaan literasi Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.

Disamping itu para guru dapat memberi bimbingan berkaitan kaedah pembelajaran Jawi yang berkesan melalui aktiviti interaktif. Ia sekaligus dapat membantu murid memahami kandungan kurikulum Pendidikan Islam serta mengintegrasikan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian.

Loading

image_pdfimage_print