Capai Sasaran : Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Kecerdasan Kinestetik Peringkat Kebangsaan Zon Wilayah Persekutuan Labuan 2022

16th October 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 16 Okt – Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Kecerdasan Kinestetik Peringkat Kebangsaan Zon Wilayah Persekutan Labuan 2022 telah berlangsung dengan jayanya bermula 10 hingga 14 Oktober lalu. Program anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Negeri […]

Loading

Lahirkan Warisan Generasi ABC : Dialog Prestasi Nasional Bil 2/2022 Kementerian Pendidikan Malaysia

10th October 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 10 Okt – Dialog Prestasi Nasional (DPN) Bil 2/2022 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung di Labuan pada 6 hingga 7 Oktober 2022. Dialog Prestasi adalah salah satu program utama dalam pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP) dan merupakan satu forum perbincangan untuk menyemak prestasi berdasarkan data bagi memastikan sasaran […]

Loading

SMK Labuan Catat Keputusan STPM Memberangsangkan

22nd August 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 22 Ogos – Pengumuman Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Kohort 2021/2020 telah diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yusup Haji Mohamad Khamis lalu. Pengumuman secara dalam talian dipancarkan khas dari Kota Kinabalu yang telah disaksikan oleh semua pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan dan […]

Loading

Penyediaan Pelan Tindakan Terbaik : Bengkel Kerja Inisiatif DTP #54 Tahun 2022 Dan Post-Mortem SPM 2021

19th August 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 19 Ogos – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Bengkel Kerja Inisatif DTP #54 dan Post-Mortem SPM 2021 di Kota Kinabalu pada 17 hingga 19 Ogos 2022. Inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) dibangunkan bertujuan memacu prestasi sekolah melalui pelan intervensi bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Pengarah Jabatan […]

Loading

Sambutan Aidiladha 2022, Ibadah Korban Anjuran PEKDIS Labuan Kembali Meriah

13th July 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 13 Julai – Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Cawangan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah menganjurkan korban berkelompok di perkarangan Pusat ko-Kurikulum, Kampung Ganggarak baru-baru ini. Pelaksanaan ibadah korban kali ini kembali disambut dengan penuh rasa syukur dan meriah selepas dua tahun terikat dengan […]

Loading

Munajat Kesyukuran Mewarnai Sambutan Hari Guru Peringkat WP Labuan

23rd May 2022 JPWPL Sana Sini 0

LABUAN, 19 Mei 2022– Munajat Kesyukuran Warga Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan dengan jayanya di Masjid Kampung Sungai Bedaun dengan dihadiri seramai 250 orang jemaah yang terdiri daripada warga pendidik seluruh WP Labuan dan kariah setempat. Majlis yang diadakan saban tahun bertujuan untuk mengeratkan […]

Loading

Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat JPWPL Tahun 2022

11th April 2022 JPWPL Sana Sini 0

Labuan – Kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak diraikan dengan Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) yang diadakan Bilik Mesyuarat Botanikal, JPWPL pada 1 April yang lalu. Program Ihya’Ramadan yang dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI) diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan […]

Loading

Majlis Bicara Aspirasi Pendidikan 2022, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

8th April 2022 JPWPL Sana Sini 0

LABUAN, 02 April  2022 –  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Aspirasi Pendidikan 2022. Kehadiran warga pendidik adalah seramai 285 orang yang terdiri daripada Majlis Pengurusan Tertinggi Jabatan, Focal Person, Pengetua & Guru Besar, YgDipertua PIBG, pegawai-[egawai jabatan dan wakil warga pendidik di setiap sekolah. Turut hadir bersama […]

Loading

image_pdfimage_print