Perjumpaan Middle Years Programme International Baccalaureate : Ibu Bapa Pelajar SMK Pantai IB World School
Satu perjumpaan khas pihak pengurusan sekolah dengan ibu bapa pelajar SMK Pantai IBWS diadakan pada hari Sabtu 14 April 2018 di Dewan Gemilang IB sekolah ini.
Perjumpaan khas ini adalah untuk memberi penjelasan tentang Tugasan Individu (Personal Project) yang perlu dibuat oleh semua pelajar Tingkatan Empat di bawah keperluan Pengiktirafan MYPIB.
Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Tugasan Individu (personal project) bagi pelajar Tingkatan Empat selepas SMK Pantai diiktiraf sebagai iB World School dua tahun lalu pada 23 Julai 2016
Personal Project ini membuka peluang kepada pelajar untuk menyediakan tugasan berdasarkan minat, bakat, kecenderungan serta kemahiran para pelajar. Setiap pelajar akan dibimbing oleh penyelia masing-masing, yang terdiri daripada guru-guru SMK Pantai IBWS sendiri.
Setiap guru mempunyai tiga hingga lima pelajar di bawah pengawasan. Pelajar diberi tempoh selama lapan bulan untuk menyiapkan tugasan masing-masing.
Sehubungan itu, para ibu bapa dan penjaga pelajar perlu diberi kefahaman jelas tentang Tugasan Individu anak-anak mereka supaya dapat memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Para pelajar berpeluang mengembangkan bakat dan kemahiran masing-masing sebagai persediaan menghadapi cabaran yang lebih hebat di kolej dan universiti kelak.
Pengetua SMK Pantai IBWS, Sahar Misron berterima kasih atas kerjasama semua ibu bapa dan penjaga pelajar dapat menghadirkan diri pada hari Sabtu jam 8.00 pagi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pembelajaran anak anak.
Perjumpaan ini diisi dengan ucapan Pengetua, Penyelaras MYPIB, Edora Ellias serta taklimat Personal Project oleh Penyelarasnya, Norlialah Abdulla. Selain itu tayangan video tentang Personal Project diharapkan memberi kefahaman dan maklumat tambahan khasusnya kepada para pelajar dan para ibu bapa dan penjaga pelajar.
Disediakan oleh:
ENCIK SAHAR BIN MISRON
PENGETUA
SMKP IBWS
14.4.18