Murid Sk Rancha-Rancha dan Sk Kerupang Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan 2018 di SK Pekan Satu

Labuan, 26 Julai – Pertandingan bercerita Peringkat Negeri telah diadakan dan SK Pekan Satu telah terpilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah . Pertandingan yang berlansung di Dewan SKPS berjalan dengan lancar sekali . Pertandingan bercerita tersebut terbahagi kepada Tahap 1 dan Tahap .

Seramai 17 orang perserta daripada Tahap 2 serta 15 peserta daripada Tahap 1 dari seluruh sekolah rendah W.P Labuan pertandingan bercerita ini yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada murid mengetengahkan bakat, kemahiran serta pengetahuan dalam acara yang mereka sertai.

Untuk Tahap 1 , Adik Muhammad Azizan b. Md Azman dari sekolah SK Rancha-Rancha telah muncul sebagai Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri 2018 .Naib Johan telah diberi kepada adik Nur Arissa Ariana bt Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Kerupang dan Tempat ketiga jatuh kepada adik Ahmad Afham Iman b. Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.

Manakala Tahap 2 pula , adik Nur Waheeda bt Mohd Rizal  dari Sekolah Kebangsaan Kerupang telah berjaya memegang gelaran Johan . Naib Johan telah diberi kepada adik Hana Maisarah bt Ruslan dari SK Rancha-Rancha  dan tempat ketiga ialah adik Alyaa Nourelle dari SJK(C) Chung Hwa .

Turut hadir , En Hasbolah bin Amit , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian serta, Encik Subari Dwar, Ketua Unit Ko-Kurikulum. Encik Subari Dwar memberi ucapan ringkas atas bakat peserta dan usaha para guru-guru yang bersusah-payah melatih anak murid mereka .

Terima kasih kepada semua guru, pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap aktiviti yang disertai. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid” katanya .




SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018 dapat sambutan menggalakkan

Labuan – Program SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018 mendapat sambutan yang menggalakkan apabila disertai hampir 700 peserta dalam dan luar negara.

Charity Fun Run and Ride yang dianjurkan PIBG SMK Labuan itu diadakan sebagai salah satu inisiatif PIBG SMK Labuan untuk mengumpul dana tambahan yang diperlukan untuk membantu pihak sekolah membiayai programprogram akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebahagian keperluan asas seperti meja dan kerusi kelas.

Program yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Tanjung Purun pada Ahad lalu itu disertai 620 peserta yang membabitkan 341 bagi acara Ride, manakala 284 peserta acara Fun Run.

Seramai 134 peserta dari Labuan menyertai acara Ride di samping 109 dari Brunei Darussalam, 87 dari Sabah dan 14 dari Sarawak.

Acara Fun Run pula disertai 22 pelari dari Sabah, 3 dari Brunei Darussalam dan 258 merupakan peserta tuan rumah, Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Yang DiPertua PIBG SMKL, Tuan Haji Md Yusof Haji Chuchu pada pukul 6.30 pagi.

Pengetua SMK Labuan merangkap Penasihat PIBG SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai acara yang julung kali diadakan itu.

Encik Ismail dan Tuan Hj Md Yusof bergambar kenangan bersama sebahagian peserta dari Negara Brunei Darul Salam

Katanya, kehadiran ramai peserta termasuk dari Brunei Darussalam itu bukan sahaja memeriahkan acara tersebut tetapi juga menjana ekonomi dan merancakkan lagi industri pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kehadiran peserta dari Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak turut membantu menceriakan acara SMK Labuan Fun Run and Ride 2018 yang julung kalinya dianjurkan PIBG SMK Labuan,” katanya.

Ini termasuk penyertaan 35 orang ahli Brunei Folding Bike Club (BFBC) dan 30 ahli Best Cycling Team Tutong dari Brunei Darussalam yang diketuai Haji Aminudin Haji Abd Karim.

Encik Ismail tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd, Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman, Perbadanan Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan Beta Service Apartment serta JHK Events yang turut bekerjasama menjayakan program berkenaan.

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada Penyelaras Program, Encik Jaya Haji Masir, Ketua Marshall Ride, Encik Jamil Haji Kario, semua guru dan staf, AJK PIBG dan pelajar Tingkatan Enam SMK Labuan selaku AJK Pelaksana SMK Labuan Fun Run and Ride 2018.

“Sudah tentu ucapan terima kasih kami tujukan kepada orang perseorangan dan kumpulan, badan bukan kerajaan (NGO) dan alumni yang turut menyumbangkan kewangan dan tenaga. Kejayaan penganjuran program ini adalah disebabkan komitmen pelbagai pihak di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Kesungguhan para peserta dalam Charity Fun Run and Ride 2018 SMK Labuan

Sementara itu, murid SJKC Tsi Sin, Tenom, Melsheira Jumit, 11, muncul juara kategori Terbuka Wanita selepas mencatat 24 minit, 10.57 saat, manakala pasangan adik-beradik, Jessica dan Stella Suip yang berasal dari Kuala Penyu meraih tempat kedua dan ketiga.

Sementara atlet SMK Labuan, Mohd Alias Junaidi muncul juara kategori Terbuka Lelaki dengan catatan 18 minit 32.51 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Benry dan Kamarul Iqhwan Asiran.

Juara, kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300, RM200 dan RM100 serta medal manakala hadiah saguhati tempat keempat hingga ke-10 menerima RM50.

Peserta juga pulang ceria selepas menerima hadiah bertuah termasuk barangan elektrik, peralatan sukan, hamper serta baucar penginapan dan makanan.

Encik Ismail yakin kerjasama, komitmen dan kesungguhan semua pihak itu akan menaikkan semangat warga guru dan AJK PIBG untuk terus meningkatkan kecemerlangan SMK Labuan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Turut hadir Puan Zalina Zunkepely (PK Pentadbiran) dan Encik Cheah Teong Aik (Penolong Kanan Kokurikulum) serta Encik Saminan Sabtu (Penolong Kanan Tingkatan 6)

Encik Ismail bersama sebahagian dari para pemenang Charity Fun Run and Ride 2018 SMK Labuan

 

 




63 Orang Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Menerima Surat Kenaikan Pangkat

Labuan – Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 23hb Julai 2018 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, WP Labuan.

Seramai 59 orang warga Jabatan Pendidikan menerima surat Kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG32 hingga Gred DG44, 4 orang Guru Besar serta seorang pegawai jabatan menerima surat pengesahan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

72 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  ke Gred DG42 yang memangku pada 1 Disember 2016 telah menerima kenaikan pangkat pada Februari 2017 juga akan menerima surat pengesahan kenaikan pangkat yang disampaikan melalui Pengetua dan Guru Besar.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin dalam ucapan aluan berkata, kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi masing-masing, melaksanakan kerja dengan cekap dan produktif, beriltizam tinggi serta mensyukuri nikmat seperti yang terkandung dalam Teras Perkhidmatan Awam.

Suatu ketika dahulu, profesion perguruan hanyalah sebagai pilihan kedua dalam bidang pekerjaan, tetapi kini dengan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa, profesion guru telah menjadi pilihan utama. Encik Raisin Saidin

Dengan adanya penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang yang luas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada para guru.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga jabatan yang terus-menerus menyumbangkan khidmat bakti tanpa mengira masa dan tenaga dalam mempertingkatkan prestasi Kementerian Pendidikan Malaysia demi melihat kemenjadian anak-anak murid di Labuan.

Encik Saiful menerima surat kenaikan pangkat daripada Pengarah, Encik Raisin Saidin

 

 




SK Pekan Satu tuan rumah Pertandingan Story Peringkat Kebangsaan di Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan,24 Julai 2018- SK PEKAN SATU diberi mandat untuk menjadi tuan rumah untuk Pertandingan ‘Storytelling’ Peringkat Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan 2018. Pertandingan Storytelling ini melibatkan seluruh sekolah rendah dan menimbulkan persaingan yang sengit diantara peserta dengan bakat serta keyakinan mereka diatas pentas.Turut hadir, En Hasbolah bin Amit , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian serta, Encik Subari Dwar, Ketua Unit Ko-Kurikulum.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru SK Pekan Satu yang komited dalam menjayakan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri kali ini. Nampaknya kita mampu melahirkan lebih ramai murid yang berkebolehan dan berkeyakinan tinggi jika diberikan bimbingan serta galakan dari guru-guru dan pertandingan seperti begini”. kata Encik Subari Dwar.

Tempat pertama dimenangi kepada adik Ramona Roslan Daily dari Sekolah Kebangsaan St Anne manakala tempat kedua, adik Nur Izzian binti Mohd Idzan dari  Sekolah Kebangsaan Pantai dan yang ketiga, adik Natallie Chin Ming Hui dari SJKC Chung Hwa. Selain itu, pertandingan Storytelling juga mengadakan kostum terbaik dikalangan perserta yang terlibat . Pemenang pertama diberi kepada SJKC Chung Hwa .Tempat kedua, SK Sg Bedaun dan tempat ketiga Sekolah Kebangsaan Patau-Patau .




Perhimpunan Bulanan JPWPL, Julai 2018 : Bersungguh-sungguh Menjana Kemenjadian Murid

Labuan, 23 Jul – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2018 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, hari ini.

Dalam ucapan amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin pada perhimpunan ini lebih menjurus kepada aspek kualti sekolah dan kemenjadian murid.

Beliau menyeru agar pihak sekolah bersungguh-sungguh menjana kemenjadian murid mengikut tahap pertumbuhan umur, fizikal dan mental mereka.Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara holistik.

Aktiviti sekolah haruslah menjurus kepada kemenjadian murid dan kualiti sekolah selaras dengan fokus dalam Gelombang Kedua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bagi mengukur tahap kualiti sekolah, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 atau dikenal sebagai SKPMg2 yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan jaminan kualiti merupakan instrumen komprehensif yang wajar menjadi panduan yang praktikal kepada semua sekolah.

Pengetua, Guru Besar dan sekolah harus bersedia MELANGKAH KE HADAPAN seiring dengan pelaksanaan gerak kerja profesional KPPM 2018.

Pentaksiran berasaskan sekolah adalah anjakan paradigma dalam penilaian akademik dan bukan akademik, yang sentiasa memerlukan pembugaran untuk penambaikan berterusan. Encik Raisin Saidin.

Kemahiran setiap murid mempunyai keunikan yang tersendiri, tanpa perlu dibandingkan.

Beliau berkata, bagi merealisasikan hasrat kemenjadian murid, memerlukan penekanan kepada kepada pembinaan kemahiran dan sahsiah murid serta tidak menjadikan peperiksaan sebagai matlamat utama semata-mata.

Terdahulu, majlis diserikan dengan meraikan kenaikan pangkat dan persaraan kepada warga pendidikan Labuan.

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Maju Sejahtera, bacaan doa dan ikrar perkhidmatan awam.

Seterusnya perkongsian ilmu oleh Pegetua Guru Besar, persembahan nyanyian lagu sekolah dan muzik angklung dari sekolah-sekolah Labuan, penyampaian sijil anugerah kepada jabatan dan sekolah, staff of the month dan sambutan hari jadi kepada warga pendidikan yang lahir pada bulan Julai 2018.

Perhimpunan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor, para Pengetua dan Guru Besar, Pegawai-Pegawai dan Staf Jabatan.

Warga pendidikan yang diraikan Kenaikan Pangkat




SMK Labuan Ungguli National Science Challenge Peringkat Labuan 2018

Labuan, 20 Julai –  SMK Labuan mengungguli pertandingan National Science Challenge peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 yang telah diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan.

Pertandingan dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Format pertandingan dijalankan dalam empat pusingan iaitu kategori individu, kategori berpasukan, kategori terbuka dan kategori yang baharu diperkenalkan pada tahun 2018 iaitu “Pitching Session”.

Untuk rekod, SMK Labuan berjaya dinobatkan sebagai Johan NSC Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016 dan diberi peluang ke SMK Labuan juga pernah menjuarai Peringkat Negeri pada tahun 2015 dan 2016.

Sebanyak lima pasukan yang bertanding iaitu SMK Labuan, SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SM Sains dan pasukan wild Card yang terdiri dari gabungan pelajar SMK Labuan, SMK Pantai dan SM St Anne.

Berikut keputusan pertandingan National Science Challenge Labuan 2018.

Johan  : Pasukan SMK Labuan

Naib Johan : Pasukan “Wild Card Team

Ketiga : SM Sains Labuan

Keempat : SMK Pantai

Kelima : SMK Rancha-Rancha

Sijil kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), En Asbola @Hasbollah Amit.

Turut hadir Ketua Unit Program dari Akademi Sains Malaysia, Puan Nur Dayana Razmi dan Ketua Unit Beruniform, SPPK Encik Mohd Aminuddin Abd Malek.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan berlangsung 9 – 15 Ogos 2018, di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.




SMK Labuan Wakil Labuan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan

Labuan – SMK Labuan akan mewakili Labuan dalam Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 30 Julai  hingga 02 Ogos 2018.

Terdahulu, SMK Labuan telah muncul sebagai Johan Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Labuan dan ini merupakan kemenangan kali kelima berturut-turut.

Pada peringkat akhir, pasukan bahas SMK Labuan telah mengalahkan SMK Pantai dengan tajuk perbahasan THBT PARENTS ARE TO BE BLAMED FOR THE EROSION OF MORAL AND CULTURAL VALUES AMONG YOUTH.

Tempat ketiga disandang oleh SMK Taman Perumahan Bedaun dan SM St Anthony.

Pelajar SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen sebagai ketua pembangkang telah dipilih sebagai pembahas terbaik peringkat akhir.

Pembahas terbaik Eon Lee Jia Wen

Pembahas SMK Labuan turut diwakili oleh Adrian, Kenny Alfred, Louis Ker Wei Zhun dan Richard Ian Tanakinjal.

Guru Pengiring dan jurulatih SMK Labuan, Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum), Juliana @ Bibiana binti Nain, Norah Tan, Nasthasia Masiri, Juriati Jumat, Shahira Nadzira Ridzal.

Kepada Pasukan bahas SMK Labuan, semoga beroleh kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan kelak.

 




Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab di SK PEKAN SATU

Labuan,21 JULAI 2018SK Pekan Satu telah terpilih untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab sempena Program Khalam Shabie Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan  Wilayah Persekutuan Labuan 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dewan SKPS SK Pekan Satu baru-bru ini. Kalam Shabie dituturkan dalam Bahasa Arab yang menitikberatkan aspek sebutan arab yang tepat, jelas dan faseh disamping melihat aspek persembahan dari segi keharmonian gaya peserta.

Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar  dari seluruh sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Selain pertandingan dikir barat bahasa Arab , bacaan ayat suci Alquran juga dijalankan oleh seluruh pelajar-pelajar yang terlibat.

Gelaran tempat pertama diberikan kepada SK Bukit Kalam . Tempat Kedua , SK Pekan Dua manakala, SK Bedaun telah berjaya merangkap sebagai pemenang tempat ketiga .

Majlis Penyampaian hadiah dan cenderahati Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 telah disempurnakan oleh Pn. Vivi Erma, Timbalan Ketua Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.




Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri JPWPL 2018

Labuan – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah berlangsung sederhana dan meriah di Dewan SK Layang-Layangan pada 12hb Julai 2018.

Pada awal pagi, majlis bermula dengan Majlis Hari Bertemu Pelanggan, Majlis Pemuafakatan Pendidikan Bersama Agensi Kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti.

Disusuli dengan Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai warga pendidikan yang telah bersara.

Warga pendidikan dan orang ramai termasuk dari agensi-agensi lain mula membanjiri rumah terbuka JPWPL bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 3.30 petang.

Pelbagai juadah dihidangkan yang telah disediakan oleh setiap sektor, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Labuan dan Majlis Guru Besar Labuan.

Antaranya adalah nasi hujan panas, mee kari, soto, rendang, kelupis, sup daging, laksa, mee sup dan beraneka macam lagi juadah dihidangkan.

 




Program Peningkatan Disiplin Murid di SK Pekan Satu Dijadikan Salah Satu Langkah Untuk Membasmi Gegala Buli

Labuan, 5 Julai 2018 – Masalah pelanggaran disiplin atau kerosakan akhlak dalam kalangan pelajar secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pelbagai faktor. Tidak terdapat bukti nyata yang menunjukkan bahawa masalah ini disebabkan oleh sesuatu faktor yang dominan . Satu program khas anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPS telah diadakan iaitu ceramah disiplin dikalangan pelajar tahun 3 hingga 6. Ceramah ini bertujuan untuk mendisiplin pelajar tentang pentingnya disiplin dikalangan pelajar. Penceramah yang terlibat dan juga merupakan guru bimbingan dan kaunseling SKPS iaitu  Puan Farida Pasha bt Mansor memberikan ceramah yang bermakna kepada pelajar.

Program yang berlangsung daripada pukul 7.00-9.00 pagi di Dewan SKPS berlangsung dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar .Antara intipati ceramah tersebut adalah Tanda-tanda Membuli, Tanda-tanda Dibuli dan Cara-cara untuk Mengatasi Buli Disekolah. Selain daripada ceramah, program tersebut turut menjalankan aktiviti kuiz dan permainan untuk para pelajar.  Puan Jamayah selaku ketua Panitia Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Satu berkata ,

“Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja terutamanya anak-anak kita di SKPS”