Delegasi Jabatan Pendidikan WP Labuan Ke International Conference On Educational Measurement And Evaluation, Filipina.

23-25 Ogos 2018-Delegasi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan W.P. Labuan, Encik Raisin bin Saidin telah menghadiri International Conference On Educational Measurement And Evaluation di Hotel Jen, Roxas Boulevard, Manila, Filipina. Turut bersama di dalam delegasi ini ialah Puan Norismah Abd Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan Puan Maimoon Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dari Jabatan Pendidikan W.P. Labuan. Konferens yang bertemakan Interweaving Perspectives in Educational Assessment ini telah dianjurkan oleh Philippine Educational Measurement and Evaluation Association, Inc (PEMEA).

Konferens yang diadakan dua tahun sekali ini merupakan konferens khas yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penilaian, pengukuran dan pentaksiran dalam dunia pendidikan. Sebanyak 1 Keynote, 5 Plenaries, 3 Forums, 1 Workshop dan 58 Concurrent Papers dari seluruh negara seperti Filipina, Hong Kong, Nigeria dan Malaysia telah dibentangkan di dalam konferens ini. Wakil tunggal dari Malaysia iaitu pegawai SISC+ yang bertugas di Jabatan Pendidikan W.P.Labuan, Cik Suriani Alland Rice Oxley telah membentangkan kertas kajian yang bertajuk Enhancing Teacher’s Evaluation Skill In Increasing Pupils’ English Language Performances Using The Ruler Of ‘Tooth Decay’ pada hari pertama di konferens ini.

Suriani Alland Rice Oxley sedang membentangkan kertas kajian beliau di International Conference On Educational Measurement And Evaluation, Filipina

Konferens ini turut membuka peluang jalinan kerjasama antara Jabatan Pendidikan W.P.Labuan (JPN W.P. Labuan) dengan Philippine Educational Measurement and Evaluation Association, Inc (PEMEA) di mana kesemua delegasi dari JPN W.P. Labuan ini telah ditawarkan untuk menjadi ahli PEMEA seumur hidup. Kerjasama ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan lagi kualiti penilaian, pengukuran dan pentaksiran dalam bidang pendidikan antara negara Filipina dan Malaysia khususnya di Labuan melalui kajian dan penyelidikan

Pengarah JPN W.P.Labuan (berdiri no.5 dari kiri) bersama Presiden PEMEA (berdiri no.4 dari kiri) bergambar bersama para pembentang dari Nigeria.




Johan Pertandingan Scrabble Peringkat W.P Labuan : SK Pekan Satu Mewakili W.P Labuan Ke Pulau Pinang

LABUAN , 15/OGOS/2018 – SK Pekan Satu berjaya memegang tempat pertama di Pertandingan Scrabble Sekolah Rendah Peringkat Negeri baru-baru ini bertempat di Bilik Benua BTPN . Pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh sekolah rendah dan sekolah menengah di W.P Labuan . Adik  Muhammad Daniel Faris bin Mohd Fazil dan adik Che Wan Ahmad bin Che Wan Mat Yusof merupakan peserta mewakili SK Pekan Satu telah berjaya membawa nama sekolah untuk ke bertanding ke peringkat kebangsaan yang berlansung di UITM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan.

Puan Wong Lee Choo yang merupakan guru pengiring dan juga guru yang melatih para johan celik merasa amat bersyukur atas kejayaan anak muridnya atas usaha mereka .

Pada mulanya , saya tidak sangka bahawa kami akan johan kerana saingan teramatlah sengit . Namun , saya bersyukur bahawa ini semua berkat usaha dan doa dari ibu bapa serta seluruh warga SKPS yang telah banyak memberi sokongan kepada kami. “ katanya.

Para johan bersama Puan Wong Lee Choo telah berangkat ke Pulau Pinang pada 16 Ogos 2018 (Khamis) untuk bertandingan dengan sekolah-sekolah lain di sana . Keberangkatan di Lapangan Terbang W.P Labuan mereka diiringi oleh Guru Besar SKPS , Pn Anita bt Shyamini  serta Pn.  Zailiana Zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Pekan Satu serta guru-guru dan ibubapa .

 

SKPS  truly number 1 !
Labuan Hebat Guru Sayang Muridnya
Kemenjadian dan kecemerlangan murid bermula disini



Murid 11 tahun SK Tanjung Aru kutip pingat perak bagi ‘3rd Malaysia Open International Taekwondo Championship 2018

13 Ogos 2018 / Labuan – Mohammad Mainiezam Bin Maswandie, murid 11 tahun yang bersekolah di SK Tanjung Aru telah mengharumkan nama Labuan dengan memenangi pingat perak dalam 3rd Malaysia Open International Taekwondo Championship 2018 pada 9 hingga 12 Ogos yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Murid ini juga telah menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan Ke-32 dan Jemputan Pulau Pinang Ke-29 pada 4 hingga 6 Mei 2018 yang lalu bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohammad Mainiezam berjaya sehingga ke pusingan ketiga sahaja pada kejohanan ini, Namun perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus cemerlang di peringkat antarabangsa pada Kejohanan ‘3rd Malaysia Open International Taekwondo Championship 2018’.

Hasil daripada sokongan dan didikan daripada ibu bapa, adik Mohammad Mainiezam akhirnya berjaya mendapatkan tempat pada Kejohanan ini.  Disiplin serta azam yang tinggi daripada diri murid ini sendiri turut menyumbang kepada kejayaannya pada kali ini.

Lebih daripada 700 peserta yang terdiri daripada 42 pasukan dalam negara Malaysia dan luar negara seperti Indonesia, SIngapura, Kemboja, Brunei, Nepal, India, Kanada, Nigeria, Jepun, China dan Uzbezkistan mengikuti pertandingan ini.

Kesemua peserta yang terlibat memberikan saingan yang sengit dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Namun begitu, hal ini tidak meruntuhkan semangat murid 11 tahun ini dan setelah bertanding selama 3 hari, murid ini membuktikan bahawa dirinya dapat mengatasi semua cabaran dalam kategori ‘Kyorugi’ lelaki 11-12 tahun (Junior Middle Weight) dan akhirnya berjaya merangkul pingat perak dengan menewaskan peserta dari negara Indonesia.

Pingat emas pada kejohanan kali ini dimenangi oleh peserta dari negara Uzbezkistan.

Pertandingan ini dirasmikan pada 11 Ogos 2018 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, Yang Berhormat Arul Kumar Jambunathan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga  diberikan kepada murid ini daripada seluruh warga SK Tanjung Aru sempena kemenangannya pada tahun ini.




Program Pengantarabangsaan SMK Lajau Wilayah Persekutuan Labuan Ke Negara Brunei Darussalam

BRUNEI – Seramai 44 orang warga Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Lajau Wilayah Persekutan Labuan menyertai Program Pengantarabangsaan ke negara Brunei Darussalam selama 4 hari bermula 31 Julai dan berakhir pada 3 Ogos.

Rombongan yang terdiri daripada 13 orang guru, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid, dan 28 orang murid  diketuai oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip.

Sepanjang program lawatan ini, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas iaitu Sekolah Menengah Menglait.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan Program Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip berkata, antara objektif program pengantarabangsaan itu bertujuan untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang membolehkan SMK Lajau menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

Warga SM Menglait bergambar bersama rombongan SMK Lajau

Selain itu ia membolehkan para pelajar dan guru berpeluang berinteraksi secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza. Katanya dalam ucapan balas pada majlis resepsi meraikan peserta rombongan yang tiba di Sekolah Menengah Menglait, Negara Brunei Darussalam.

Selain mengadakan lawatan ke sekolah, rombongan itu juga tidak melepaskan peluang untuk melawat beberapa tempat yang menarik seperti  Muzium Maritim Brunei,  Muzium Teknologi Melayu, Rimba Garden Central, dan Muzim Alat Kebesaran Diraja yang mempamerkan pelbagai alatan sejarah diraja Negara Brunei.

Pada sebelah malam pula, ahli rombongan menerima undangan ke Restoran C’Dah Seafort & Grill dan diminta untuk membuat persembahan Angklong. Mereka telah menunjukkan bakat mereka dalam bermain alat muzik Angklung di hadapan pelanggan C’DAH Seafood & Grill sambil menikmati jamuan makan malam.

 

Pelajar Pendidikan Khas SMK Lajau membuat persembahan angklung di hadapan warga SM Menglait

Pengunjung-pengunjung terhibur dengan persembahan mereka. Mohd Jamatin berkata, apabila pelajar-pelajar membuat persembahan di khalayak ramai, secara tidak lansung ia akan menanamkan rasa keyakinan diri dalam setiap pelajar seseuai dengan salah satu objektif lawatan pengantarabangsaan permainan Anglung pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau. Lawatan ke sekolah ini mendapat liputan berita dari Radio Televisyen Brunei Darussalam, termasuklah membuat rakaman penuh persembahan Anglung pelajar-pelajar PPKI  SMK Lajau.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Noraini Hj Sabudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Jasmi Sabtu, Pengarah Projek Encik Mohd Fizree Zakaria, Pengurus Keselamatan Encik Mohd Aminuddin Fahmi Mohd Zahari, Pengurus Penginapan Encik Muhd Zuraihi Razali, Encik Muhammad Ashrah Mat Yuti, Puan Rata Anak Lutau, Pn Juliana Jamrin, Pn Zurinah hj Daud, Pn Sadiah Jakob, Cik Noordiana Abdul Karim, Cik Maslinah Mohammad, Pn Herlina Alimuddin, cik Rita Jamin dan Cik Noorsalbinah Salleh. Rombongan SMK Lajau disambut oleh pengetua Sekolah Menengah Menglait Tuan hj Osman Rajab, Timbalan Pengetua Pentadbiran Puan Hjh Khadijah Awang Hj Mohd Salleh, Timbalan Pengetua Akademik  Puan Dayangku Aminatun Farida Pg Hj Mohd Ali dan warga sekolah SM Menglait.

Kanan : Tuan Hj Osman Rajab, pengetua SM Menglait menyampaikan cenderakenangan kepada Encik Mohd Jamatin, disaksikan oleh Encik Jasmi Sabtu dan Tuan Hj Awang Ali Yusri bin Abd Ghafor, Pegawai Kementerian Pendidikan Negera Brunei.

 

 

 

 

 

 




SM Sains Labuan Juara Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri W.P Labuan Tahun 2018

Labuan,11 Ogos – SM Sains Labuan telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri W.P Labuan Tahun 2018 yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri. Penaja Rasmi pertandingan ini ialah dari Syarikat Nestle Product Sdn Bhd.

Majlis penutup pertandingan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan W.P Labuan Raisin bin Saidin, dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa

Matlamat utama pertandingan ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang berbakat dalam bidang kulinari. Program ini juga merupakan program tahunan Kementerian sebagai usaha untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

  • Juara = SM Sains Labuan
  • Naib Juara = SMK Pantai IBWS
  • Ketiga = SMK Mutiara

Juara : SM Sains Labuan

SM Sains telah dinobatkan sebagai juara setelah menyediakan dua sajian yang menarik dan memukau pihak juri iaitu :

  1. Peringkat Pertama = Masakan Tema : Nasi Lobak Bersayur, ayam berempah & kerabu sotong
  2. Peringkat Kedua = ‘Mystery Cooking Challenge’ Nama Resipi: Ayam Rangup Maggi

SM Sains akan mewakili Labuan ke peringkat Kebangsaan 2018 yang akan diadakan pada 29-31 Okt 2018 di Kedah.




SMK Rancha-Rancha Sekolah Pertama di Labuan Miliki Radio Sekolah

Labuan, 8 Ogos – SMK Rancha-Rancha melakar sejarah dengan melancarkan stesyen radio yang dikenali sebagai Rancha’s FM 107.5Mhz, sekolah pertama di Labuan yang memiliki radio sekolah.

Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin menzahirkan rasa syukur kerana projek ini dapat dilaksanakan dengan hasil kerja keras dari guru-guru serta para pelajar sekolah.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha, terutama Guru Perpustakaan dan Media, Encik Sapri Idris dan Juruteknik Komputer, Encik Mohd Nuzhul bin Mat.

Menurutnya, SMK Rancha-Rancha telah membina sebuah bilik konti yang memudahkan Rancha’s FM 107.5Mhz bersiaran secara langsung dan uniknya ianya dikendalikan sendiri oleh para pelajar dengan bimbingan guru-guru.

Secara tidak langsung, projek ini dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar dalam dunia kerjaya yang melibatkan bidang penyiaran termasuklah juruhebah, wartawan, editor, juruteknik, penceramah dan pelakon.

Sudah tentunya projek ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kualiti komunikasi pelajar.

SMK Rancha-Rancha juga bertindak progresif dengan membuat kolaborasi perjanjian persefahaman antara sekolah dan Radio Malaysia Labuan.

Deejay Radio Sekolah ketika mengendalikan Siaran Rancha’s FM 107.5Mhz eksklusif bersama Pengarah Encik Raisin Saidin dan Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha, hari ini.

Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya merealisasikan penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz.

Tambahnya lagi projek ini menggunakan Spektrum Frekuensi Radio berjenis Frequency Modulation ( FM )  dan jarang-jarang dibuat oleh sekolah-sekolah di Malaysia.

Kewujudan stesyen radio ini diharapkan akan menyebarkan maklumat terkini berkaitan pembelajaran, aktiviti sekolah dan komuniti setempat. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menjadikan radio sekolah ini  salah satu medium penting untuk menarik minat pelajar dan orang luar terhadap sekolah.

Hebahan maklumat yang menarik dan menghiburkan melalui radio secara langsung dapat memberi publisiti kepada sekolah.

Sesungguhnya penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz merupakan suatu usaha dan kreativiti SMK Rancha-Rancha yang sangat membanggakan.

Syabas dan Tahniah diucapkan !

Encik Raisin Saidin dan Encik Omar Baki bersama tetamu yang hadir dihadapan konti Rancha’s FM 107.5Mhz




Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-61, Sayangi Malaysiaku Peringkat SK Sungai Bedaun

Labuan,06 Ogos (Isnin) – SK Sungai Bedaun telah melancarkan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sewaktu perhimpunan pagi yang telah dikelolai oleh Panitia Sejarah. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod, Guru Besar SK Sungai Bedaun W.P.Labuan.

Majlis Pelancaran ini, melibatkan seluruh warga SK Sungai Bedaun, murid-murid dan guru-guru. Murid seawal usia 5 Tahun juga turut bersama-sama mengibarkan bendera bagi merasai semangat kemerdekaan. Seluruh warga SK Sungai Bedaun telah menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-61 dan beberapa buah lagu patriotik dalam pelancaran bulan kemerdekaan.

Murid Prasekolah turut bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan, mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam tema merdeka, pertandingan teka silang kata, pertandingan sajak, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.

Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SKSB.

Semua Guru bersama-sama menjayakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Sungai Bedaun, WPLabuan




Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah

Labuan, 4 Ogos – Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan telah menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah anjuran SMK Pengiran Omar, Sipitang, Sabah.

Pada peringkat kumpulan, SMK Labuan telah menewaskan SMK Beaufort II (14-2), SMK Merapok (26-2) dan SMK Pengiran Omar (24-1).Keputusan separuh akhir, SMK Labuan mengalahkan SMK Beaufort II dengan 32-1.

SMK Labuan telah memenangi perlawanan akhir dan dinobatkan sebagai johan dengan menewaskan SMK Beaufort dengan keputusan 27-1.

Manakala dalam pertandingan Catan Seni Visual, SMK Labuan juga telah muncul sebagai johan dan tempat ketiga. Johan dimenangi oleh Nurhidayah Ismail dan tempat ketiga Dean Delaina D. Ejoh.

Acara Bola Tampar pula menduduki tempat ke-dua dan Futsal mendapat tempat ke-empat.

Sekolah yang terlibat dalam karnival sukan tingkatan enam ini termasuk SMK Labuan, SMK Kinarut, SMK Beaufort, SMK Weston, SMK Beaufort II, SMK Pengiran Omar, SMK Merapok dan SMK Majakir.

Majlis  Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Hj Yusof bin Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah.

Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih kepada PIBG SMK Labuan dan Koperasi SMK Labuan Berhad kerana membiayai sebahagian kos penyertaan kontinjen SMK Labuan.

Terima kasih juga atas kerjasama Unit Sukan JPWPL dan sokongan para ibu bapa. Setiap Murid SMK Labuan Bernilai.

Nurhidayah, Johan Catan Seni Visual menerima Sijil daripada YB Datuk Dr Hj Yusof




SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018

Labuan, 04 Ogos (Sabtu) – SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2018.

Paling manis, kejayaan ini tercipta di laman sendiri iaitu di Dewan Permata SK Sungai Bedaun, selaku tuan rumah Pertandingan Bicara Berirama bagi tahun 2018.

Majlis berlangsung dengan meriah melibatkan 12 Sekolah Rendah di Wilayah Persekutuan Labuan dan setiap pasukan diwakili oleh 31 orang murid.

SK Sungai bedaun telah membuat persiapan dan persediaan sehabis baik yang diketuai oleh  Guru Besar, Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod bagi memastikan pertandingan berlangsung dengan jayanya.

Menurut Pegawai Teknikal pertandingan, Encik Mohd Radzi berkata “Inilah penyertaan paling meriah berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini”.

Persembahan Bicara Berirama daripada Murid-Murid SK Sungai Bedaun

Sekolah-sekolah yang telah menyertai dan membuat persembahan menarik ialah SK Tanjung Aru, SKK SK Rancha-Rancha, SK Layang-Layangan, SK Pantai, SK Bukit Kalam, SK Bebuloh, SK Sungai Bedaun, SK Kerupang, SJKC Chi Wen, SJKC Chung Hwa, SK Pekan Satu, dan SK Membedai.

Sementara itu, Puan Dg Sarifah menyifatkan kemenangan ini sebagai kejayaan berganda bagi SK Sungai Bedaun selaku tuan rumah dan muncul sebagai Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk membuat persembahan dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri pada tahun ini.

SK Kerupang telah diistiharkan sebagai naib johan dan tempat ketiga menjadi milik SKK SK Rancha-Rancha.

Bagi Kategori Skrip Terbaik, Tempat Pertama SK Kerupang, Tempat Kedua SJKC Chi Wen, dan SK Sungai Bedaun mendapat Tempat Ketiga.

Konduktor Terbaik pula diberikan kepada Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen.

Konduktor Terbaik, Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen

Sebelum majlis penyampaian hadiah, ketua hakim Encik Yahya Bin Burhanuddin telah memberi ulasan dan komentar untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Antara isi penting dalam ulasan beliau, penulisan skrip perlu lebih ilmiah, penggunaan tanda baca perlu dititikberatkan. Dari segi persembahan, kesepaduan dan keseragaman suara serta pergerakan mempengaruhi markah. Manakala pemarkahan untuk penilaian konduktor, konduktor perlu menghayati skrip dan dapat memimpin pasukan dengan cemerlang.

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 2018 (Guru Besar Pn Dg. Sarifah binti A.Mahmod, bersama guru-guru dan AKP) SK Sungai Bedaun, WP Labuan.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Encik Asbola @ Hasbollah bin Amit (Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, JPWPL). Turut hadir Encik Subari bin Dwar (ketua Unit Kokurikulum, JPWPL), Guru Besar-Guru Besar Sekolah-sekolah di WPLabuan.

 




Program Pemantapan Jayaris Murid Tahun 6 SK Pekan Satu WP Labuan

Labuan,5 Ogos 2018 – Program khas Tahun 6 diadakan dibawah anjuran Unit Kurikulum Dan Unit Hal Ehwal Murid SK Pekan Satu WP Labuan dengan kerjasama PIBG sekolah. Program ini diadakan adalah untuk menyampaikan progres kemenjadian murid Tahun 6 dari segi akademik dan kebimbangan terhadap isu-isu melibatkan sahsiah murid-murid kepada waris mereka. Program yang diadakan di Dewan SK Pekan Satu dihadiri oleh Pn. Zaliha Mohd Salleh , Penolong Pengarah JP WP Labuan , Pn. Anita Shyamini Azman, Guru Besar SK Pekan Satu dan En Mamduh Bin Zakaria, YDP PIBG SK Pekan Satu. Turut hadir , Shawal Abdul Rahman,  Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Pekan Satu, WP Labuan , Pn Noorlihan Binti Abdul Alip , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,  SK Pekan Satu ,Pn.  Zailiana Zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Pekan Satu serta guru-guru Tahun 6 dan ibubapa .

Program yang dijalankan ini diisi dengan  Taklimat Pencapaian Prestasi Murid Tahun 6 : Ujian Sumatif 1, Ujian Sumatif 2 (Peperiksaan Pertengahan Tahun) dan Ujian Pra UPSR 1) oleh Guru Besar,Pn Anita Shyamini S Azman .Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai perkembangan anak-anak murid dalam subjek.

Selain itu , Ceramah Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh En.  Zaki Bin Talib,  Kaunselor Pelajar,  SMK Labuan. Ceramh dijalankan dengan tujuan sebagai panduan kepada ibubapa cara membantu anak- anak mereka untuk menapai kecemerlangan  dalam peperiksaan .

 

Secara keseluruhan, program dapat dijalankan dengan baik atas wujudnya kerjasama yang diberikan oleh para ibubapa yang hadir . Pn Anita Syamini S Azman menyatakan dalam ucapan beliau

kerjasama dan sokongan daripada waris / ibu bapa murid Tahun 6 amat diperlukan bagi menjamin kemenjadian murid berada di landasan yang betul.” katanya .