Labuan, 21 Januari 2024 – Kelab Pendidikan (KelPen), Jabatan Pendidikan WP Labuan telah menganjurkan Santai-santai KelPen Labuan pagi tadi bertempat di Pantai Rekreasi Kampung Sungai Lada.
Aktiviti Senamrobik beramai-ramai mendahului aktiviti lain yang diketuai oleh Cikgu Norhayati, Encik Ismail, Cikgu Murni dan Puan Julynah. Acara sukanika kanak-kanak turut diadakan. Antaranya memasukkan air dalam botol dan memancing botol.
Manakala acara dewasa pula ialah meniup belon, memecahkan belon dan bowling kelapa. Seramai 70 orang staf jabatan bersama ahli keluarga hadir dalam majlis ini. Santai-santai KelPen merupakan cetusan idea Tuan Pengarah Ybrs Tn Hj Abidin Marjan semasa perjumpaan pertama ahli kelab pada 11 Januari 2024 yang lalu yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga jabatan serta menyatu dan meningkatkan kerjasama antara warga JPWPL.
Aktiviti ini turut disertai oleh Tuan Pengarah JPWPL Ybrs Hj Abidin Marjan, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Encik Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Encik Awg Marten Datuk Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Encik Sawal Hj Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan Puan Noraini Hj Sahbudin. Ketua- ketua Penolong Pengarah dan warga jabatan.
Berita Oleh : Kelab Pendidikan JPWPL
Kelab Pendidikan JPWPL Sesi 2024/2025
Labuan, 11 Januari 2024 – Perjumpaan Pengarah Pendidikan bersama Ahli Jawatan kuasa Kelab Pendidikan (KelPen) Sesi 2024/2025 diadakan pagi tadi di Bilik Mesyuarat Botanikal, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dalam suasana penuh harmoni.
Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Hj Abidin Marjan mengharapkan agar 145 warga pendidikan yang merupakan ahli KelPen dapat bersama-sama bersatu hati dalam menyokong dan menjayakan aktiviti yang dirancang oleh KelPen. Antara fokus utama KelPen ialah mengeratkann hubungan silaturrahim di kalangan ahli melalui acara hari keluarga, aktiviti ziarah menziarahi dan bersukan.
“Aktiviti lawatan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Tidak kisahlah kita melawat dengan kawan mahupun keluarga, di dalam ataupun di luar negara yang pasti hubungan yang terjalin antara kita akan menjadi lebih rapat dan mesra lagi” ujarnya lagi.
Dalam majlis tersebut turut disampaikan surat lantikan ahli jawatankuasa berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025 yang dipengerusikan oleh Puan Suriani Allan Rice Oxley.
Beliau cukup yakin barisan jawatankuasa yang baharu dilantik dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini secara professional dengan penuh komitment, cekap dan berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi jabatan ini.
Berita Oleh : Kelab Pendidikan JPWPL
Tuan Haji Abidin menyampaikan amanat kepada AJK KelPenPuan Suriani menerangkan aktiviti KelPenAJK begitu tekun mendengar amanat daripada Tuan PengarahPuan Kamariah Salim, Timbalan Pengerusi KelPen menerima surat pelantikan daripada Tuan PengarahEncik Mohd Khairul Rizal, menerima surat pelantikan sebagai bendahari daripada Tuan PengarahPuan Suriani Allan Rice Oxley, Pengerusi KelPen menerima surat pelantikan daripada Tuan Pengarah
Kunjungan Hormat Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) W.P Labuan Ke Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Labuan, 8 Januari 2024 – Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) W.P Labuan telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan pada 3 Januari 2024. Rombongan 10 orang pengetua tersebut diketuai oleh Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai merangkap Yang DiPertua MPSM WP Labuan.
Ahli-ahli MPSM WP Labuan yang hadir ialah Tuan Hj Mohd Nizam bin Yasim (SMK Labuan), Puan Mary Anita Abah (SM St Anne), Puan Siti Aminah Zakaria (SMA MAIWP Labuan), Puan Norazita Md Nor @Shamsuri (SMK Taman Perumahan Bedaun), Encik Ag Rozlan Manan (SSN SMK Mutiara), Encik Wan Azman Wan Awang (SMK Rancha-Rancha), Encik A Zailani A Mumin (SM Sains Labuan) dan Puan Wong Tong Moi @Connie (SM St Anthony).
Tuan Haji Abidin bin Marjan Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah menerima kunjungan hormat tersebut bersama tiga orang Timbalan Pengarah iaitu Encik Yahya bin Ahmad Puteh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Tuan Haji Sawal bin Salleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Puan Noraini binti Haji Sabudin Timbalan Pengarah Sektor Perancangan.
Selain daripada untuk sesi suaikenal dan ramah mesra, kunjungan hormat tersebut juga bertujuan untuk menerangkan peranan MPSM dalam memperkasakan pendidikan di WP Labuan, serta mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan.
Encik Ismail (2 dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Abidin disaksikan semua Timbalan Pengarah
Encik Ismail Abdullah menekankan tentang peranan MPSM W.P Labuan melaksanakan Task Force SPM yang mempunyai matlamat, objektif dan konsep seperti berikut.
MATLAMAT :
Menerajui pasukan guru mata pelajaran untuk meningkatkan atau melonjakkan prestasi matapelajaran SPM WP Labuan.
OBJEKTIF :
Merancang strategi meningkatkan pencapaian mata pelajaran SPM peringkat WP Labuan
Menyediakan panduan untuk pelaksanaan strategi meningkatkan pencapaian mata pelajaranSPM peringkat sekolah
KONSEP :
Program Untuk Guru – Peningkatan kualiti PdP dan kemahiran teknik menjawab soalan.
Program Untuk Murid – Peningkatan penguasaan teknik belajar dan teknik menjawab soalanSPM bagi kelompok murid lemah, sederhana dan cemerlang
Tuan Haji Abidin Marjan telah menyampaikan beberapa amanat penting untuk tindakan semua pengetua.
Pengetua memberi fokus yang besar kepada Kepimpinan Instruksional dalam mengemudi sekolah
Setiap Pengetua perlu tahu data dan maklumat berkaitan prestasi semasa sekolah.
Sekolah perlu membuat persediaan melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam tempoh 3 bulan sehingga April 2024.
Pengetua mengajar mata pelajaran sesuai dengan opsyen masing-masing.
Setiap Pengetua perlu menggerakkan jentera pentadbiran dalam pengoperasian sekolah dan jangan bekerja bersendirian.
Kehadiran murid ke sekolah mestilah mencapai purata sekurang-kurangnya 93% kerana pencapaian murid berkait langsung dengan kehadiran mereka ke sekolah.
Persekitaran sekolah mesti sentiasa bersih, selamat dan selesa.
Kunjungan hormat ini menghasilkan persefahaman yang jelas antara hala tuju Pengarah dan kesepaduan tindakan dalam kalangan pengetua untuk mencapai matlamat yang ditetapkan serta memartabatkan pendidikan WP Labuan ke tahap yang lebih tinggi.
Berita Oleh : MPSM Labuan
Rangkuman JPWPL Sana Sini Oktober-Disember 2023: MAJLIS LAUTAN KASIH SEJUTA KENANGAN
JPWPL telah mengadakan Majlis Lautan Kasih Sejuta Kenangan pada 23 November 2023.Majlis yang dianjurkan oleh MPT,MPSM dan MGB tersebut diadakan bersempena pertukaran YBrs.Tuan Yusup bin Hj Mohamad yang telah menerima kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Kanan,Gred JUSA C di Sektor Dasar Dan Perancangan Pembangunan Keguruan Bahagian Profesionalisme Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kenaikan pangkat tersebut mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila YBrs.Tn.Yusup bin Hj Mohamad merupakan anak tempatan dari WP Labuan pertama yang dilantik ke jawatan kanan di KPM tersebut.
Dalam ucapan beliau, YBrs.Tn.Yusup menyampaikan nasihat-nasihat dan saranan-saranan sebagai panduan semua.Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan boleh tempa oleh warga pendidikan di Labuan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua Timbalan-Timbalan Pengarah,Ketua-Ketua Penolong Pengarah, para Pengetua dan Guru Besar serta pegawai dan kakitangan JPWPL.Majlis tersebut diurusetia dan dikelola bersama oleh Sektor Sumber Manusia, MPSM dan MGB.
YBrs.Tuan Yusup bin Hj Mohamad telah memulakan tugas secara rasmi di BPG KPM pada 28 November 2023.
Rangkuman JPWPL Sana Sini Oktober-Disember 2023: BENGKEL KEPIMPINAN DAN HIGH PERFORMANCE TEAM 2023
Sektor Sumber Manusia dan Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL telah mengadakan dengan jayanya Bengkel Kepimpinan & High Performance Team pada 6-8 November 2023 yang melibatkan para Pengetua dan Guru Besar di sekolah-sekolah Labuan.
Program yang memberi penekanan kepada aspek pengukuhan kapasiti kepimpinan tersebut turut disertai kepimpinan tertinggi JPWPL termasuk Pengarah serta Timbalan-Timbalan Pengarah JPWPL serta KPP SSM.Turut terlibat dalam program kali ini adalah penceramah dari IAB serta KKPN JPN Sabah. Disamping didedahkan dengan kemahiran-kemahiran teori, peserta jua turut dimantapkan lagi dengan aktiviti-aktiviti outdoor dan fizikal yang telah diadakan di Pulau Manukan Kota Kinabalu.
Program tersebut turut mendapat maklumbalas positif dari peserta dan rata-rata berharap kesinambungan program ini akan dapat diadakan pada masa akan datang.
Rangkuman JPWPL Sana Sini Oktober-Disember 2023: KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN CUTI, ELAUN DAN KENAIKAN PANGKAT
Sektor Sumber Manusia JPWPL telah mengadakan dengan jayanya Kursus Pemantapan Pengurusan Cuti,Elaun dan Kenaikan Pangkat kepada AKP – AKP yang terlibat dalam mengendalikan urusan tersebut di Sekolah dan Jabatan. Kursus yang telah diadakan pada 6-8 Oktober 2023 di Miri Sarawak tersebut telah dihadiri hampir 40 peserta dari pelbagai sektor dan sekolah-sekolah di Labuan.
Disamping memberi panduan dan pendedahan terkini berkenaan dengan Pengurusan Cuti,Elaun dan Kenaikan Pangkat, sebagai tambah nilai kursus ini juga berjaya merapatkan lagi jalinan yang lebih erat antara SSM serta semua AKP sebagai sebuah pasukan yang padu dan mantap demi kecemerlangan JPWPL.
Semoga kerjasama yang erat ini akan dapat diteruskan utk program akan datang.
Anugerah DUTA 2023
Labuan, 6 Disember 2023 – Anugerah DUTA 2023 ( Digital Utilisation and Technology Awards ) Peringkat negeri telah diadakan di Auditorium Institut Latihan Perindustrian Labuan. Majlis yang diadakan secara tahunan ini telah disertai oleh 11 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah. Majlis pada tahun ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan W.P Labuan Encik Yahya bin Ahmad Puteh
Dalam ucapannya perasmiannya, Encik Yahya bin Ahmad Puteh berkata, budaya inovasi hendaklah diberi keutamaan untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam sesuatu organisasi. Hal ini memberi nilai tambah positif kepada usaha ke arah pengajaran dan pemudahcaraan berkesan dan dinamik ke arah transformasi yang berterusan. Guru mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab yang amat penting dalam tonggak kemajuan murid-murid. Dalam bidang ICT pula, fokus adalah kepada inisiatif pembestarian sekolah dan pengukuhan pembelajaran DIGITAL atau DIGITAL LEARNING. Tambah beliau :
Aktiviti Asas Literasi Maklumat merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah pembelajaran. Program Nilam khususnya perlu dilestarikan dan dilaksanakan secara berterusan. Pusat Sumber Sekolah mestilah dilibatkan secara langsung dalam aktiviti penghasilan bahan pembelajaran digital. Pelancaran TVPSS yang akan menjadi pemangkin digitalisasi di peringkat sekolah dan bakat-bakat pelajar terserlah contohnya dalam bidang pengacaraan, bidang kewartawanan, merakam video dan sebagainya.
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan W.P Labuan Encik Yahya bin Ahmad Puteh
Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Award (DUTA) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2023 merupakan salah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh pihak sekolah, para guru dan murid-murid yang cemerlang dalam usaha untuk melestarikan pembudayaan pendigitalan sekolah yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara seterusnya melahirkan anak-anak yang baik lagi cerdik.
Sementara itu dalam ucapan alu-aluan , Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Encik Mohammad bin Pindut berkata bahawa pendidikan digital memainkan peranan penting dalam pembangunan modal Insan negara. Hasrat negara terletak di bahu kita untuk membantu melahirkan murid-murid celik dan fasih digital yang berupaya menggunakan teknologi digital secara kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan keberkesanan komunikasi dan menghasilkan inovasi.
Bacaan ikrar oleh barisan pentadbir sekolah dan penerima anugerah Majlis Anugerah DUTA 2023
Pada tahun ini sebanyak 179 hadiah untuk anugerah telah disampaikan dalam majlis ini merangkumi kluster Anugerah Anugerah NILAM , Pertandingan Bicara Buku, Pertandingan Pengkarya Muda, Pertandingan Video Kreatif, Pertandingan Digital Story Telling, Pemerkasaan Pendidikan Digital, Pembudayaan DELIMA, TVPSS , Pengurusan Sumber & Teknologi Pendidikan dan Anugerah Khas & Ikon.
Anugerah Emas merupakan hadiah utama Digital Utilisation and Technology Awards peringkat negeri W.P Labuan 2023. Pada tahun ini kategori Sekolah Menengah dan PPKI telah dimenangi oleh SSN Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara dan Sekolah Rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Pekan 2. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah ketua-ketua sektor , pegawai jabatan dan semua pengetua serta guru besar sekolah menengah dan rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Berita Oleh : Cikgu Sapri, SMK Rancha-Rancha
Nasrullah bin Hanudin Naib Johan Ikon Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2023
LAPORAN TAKLIMAT PENGURUSAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL 2/2023
JABATAN PENDIDIKAN WP.LABUAN
09 DISEMBER 2023
BILIK MESYUARAT BUNGA RAYA, TINGKAT 8, KOMPLEKS UJANA KEWANGAN.
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP.Labuan telah mengadakan sesi Taklimat Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Perkongsian Amalan Terbaik kepada YDP PIBG sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di WP.Labuan. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di setiap sekolah, bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kompleks Ujana Kewangan pada 09 Disember 2023.Taklimat ini bertujuan memperkasakan lagi pengurusan PIBG disemua sekolah khususnya sekolah-sekolah di WP.Labuan.
Selain itu, YDP PIBG dari sekolah Kebangsaan Bebuloh, En.Asmadi bin Hj.Ahmad telah berkongsi Amalan Terbaik “1K1R” iaitu 1 Keluarga 1 Rumah Sukan, yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah. Manakala YDP PIBG sekolah Kebangsaan Kerupang, En.Madzan bin Md.Yunus juga turut berkongsi Amalan Terbaik bertajuk D’Voice 2.0 ( Suara Dangsanak).Program ini juga telah berjaya dilaksanakan di peringkatsekolah.
Taklimat diteruskan oleh Pn.Zaliha binti Mohd.Salleh, penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah mengenai peranan YDP PIBG dan Focal Person, diikuti peranan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta peranan Sukarelawan Dalam Kelas (SDK). Peruntukan Kewangan untuk aktiviti gotong royong dan taklimat terakhir mengenai Pelaksanaa Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK) yang telah disampaikan oleh Pn.Zaleha binti Hassan, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah.
Hadir bersama-sama dalam taklimat ini ialah Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah Tn.Hj.Sawal bin Hj.Salleh merangkap pengerusi ,Tn.Louren @ Laurence bin Abon, SIPartner dan urus setia dari Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP.Labuan.
Kejohanan Badminton, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Kejohanan Badminton, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah berlangsung pada 2 Disember 2023 bertempat di Dewan Cun Sekolah Kebangsaan Pekan 1 W.P Labuan.
Tujuan Kejohanan ini dilaksanakan adalah membudayakan amalan hidup sihat dengan aktiviti bersukan disamping merapatkan silaturahim dikalangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Seramai 4 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini. Peserta kumpulan adalah terdiri dari AKP sekolah rendah, Sekolah menengah, SM Sains, Kolej Vokasional dan juga AKP yang berada di Jabatan Pendidikan W.P Labuan. Pertandingan dijalankan adalah secara berpasukan iaitu 2 Regu Lelaki, 2 Regu Wanita dan 1 Regu Campuran bagi setiap pasukan. Johan bagi pertandingan ini adalah kumpulan 2, Naib Johan Kumpulan 1 dan Tempat Ketiga bersama ialah kumpulan 3 dan 4. Pengadil Kejohanan sepanjang kejohanan ini berlangsung ialah Mohamad Farris bin Ramli dan Arif Hasnan bin Abdul Aziz dari SK Patau-Patau W.P Labuan.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ag Marten bin Datuk Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPWP Labuan mewakili Pengarah Pendidikan.
Tahniah kepada Penyelaras Sukan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Encik Laidin bin Saipin dari (SK Patau-Patau) serta Penganjur Kejohanan bagi Kejohanan iaitu Encik Hamiedy bin Haruna (SM Sains) dan Encik Jcalso Brynn Joseph (Jabatan Pendidikan W.P Labuan)
Johan: Kumpulan 2
Naib Johan: Kumpulan 1
Ketiga: Kumpulan 3 & Kumpulan 4
Penyampaian Sijil kepada Pengadil Kejohanan
Kejohanan Bola Tampar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Kejohanan Bola Tampar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah berlangsung pada 18 November 2023 bertempat di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) SK Bukit Kallam W.P Labuan.
Tujuan Kejohanan ini dilaksanakan adalah membudayakan amalan hidup sihat dengan aktiviti bersukan disamping merapatkan silaturahim dikalangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Seramai 6 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini iaitu D Alpha VT, Sapurata VT, Barkoba, Chickadees, Raduu VC dan Gorgon. Peserta disetiap kumpulan adalah terdiri dari AKP sekolah rendah, Sekolah menengah, SM Sains, Kolej Vokasional dan juga AKP yang berada di Jabatan Pendidikan W.P Labuan.
Johan bagi Pertandingan ini adalah kumpulan Sapurata VT, Naib Johan kumpulan D Alpha VT dan Tempat Ketiga adalah kumpulan Gorgon, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ag Marten bin Datuk Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPWP Labuan mewakili Pengarah Pendidikan. Turut hadir di Kejohanan ini adalah Encik Ismail bin Mohd Yaakub, Pegawai Akauntan, Sektor Pengurusan JPWP Labuan.
Tahniah kepada Penyelaras Karnival Sukan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Encik Laidin bin Saipin dari SK Patau-Patau W.P Labuan dan Penganjur Kejohanan bagi Kejohanan bola tampar iaitu Encik Rizwan bin Sumon (SK Bebuloh) dan Cik Chin Jin Hung (SK Patau-Patau)
Sebagai makluman kejohanan seterusnya adalah Kejohanan Badminton Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Piala Pengarah Pendidikan yang akan diadakan pada 02 Disember 2023.
Antara Warga Anggota Khidmat Pelaksana yang menyertai Kejohanan Bola Tampar pada kali ini.
Penyampaian Cenderhati daripada Pengelola Kejohanan